Pn Azura berkongsi dengan Sinar Harian apa yang menyebabkan beliau berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang tulisan tangan.

 

papercut

papercut-2

BERKEBOLEHAN menilai orang melalui tulisan tangan, kini Azura Hanim Hashim, 39, sudah dianggap sebagai pakar dalam bidang ini. Walaupun bermula sekadar untuk pemahaman dirinya terutama membantu anak ketiga beliau yang mempunyai masalah disleksia, ia dianggap rezeki yang tidak dijangka.

Menurut anak kelahiran Klang ini, fokusnya bukanlah semata-mata untuk menjalankan bisnes. Namun atas permintaan ramai, beliau kini aktif berkongsi tentang rahsia tulisan tangan.

“Sebenarnya perkara ini sangat penting untuk mengubah minda separa sedar bagi menjadikan seseorang individu lebih cemerlang dalam hidup dan kerjaya mereka.

“Saya bukan tukang tilik, cuma ilmu yang diperoleh ini untuk pengetahuan ramai orang yang mungkin boleh menjadi lebih positif terutama dalam mengenali personaliti diri masing-masing.

“Lagipun pengalaman saya sebelum ini yang pernah bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi dan bergelar pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya banyak memberi kelebihan terutama dalam mengenali setiap karakter orang ramai dan gelagat organisasi,” katanya.

Azura yakin pilihan yang dibuat untuk berhenti kerja dan memfokuskan kepada bidang bisnes serta perkongsiannya dalam analisa tulisan tangan adalah sesuatu yang tepat.

“Bagi orang lain, mungkin kerja makan gaji lebih mudah kerana tidak perlu memikirkan masalah. Namun tidak bagi saya kerana saya suka kepada cabaran. Tambah lagi kepuasan dalam bekerja adalah keutamaan kerana saya nak waktu yang lebih fleksibel dengan anak-anak,” ujar ibu kepada empat cahaya mata.

Dapat banyak permintaan

Bergelar penceramah dalam perkongsian rahsia tulisan tangan sejak tiga tahun lalu, Azura sudah banyak membantu individu yang inginkan lonjakan dalam hidup.

“Biasanya saya membuat kelas ini atas permintaan dari jabatan kerajaan atau swasta untuk kakitangan mereka atau usahawan yang berminat bagi mengetahui di sebalik diri mereka. Melalui kelas yang diikuti secara tidak langsung setiap identiti mereka boleh diketahui.

“Jika yang positif wajar diteruskan tetapi sekiranya ada yang negatif dari situlah kita boleh mengubah personaliti diri untuk menjadi lebih baik.

“Bukan mudah untuk saya mendapat ilmu dan kemahiran menilai seseorang individu dalam tulisan tangan. Sebenarnya saya banyak mengikuti kelas khas, membuat penyelidikan dan rujukan dari pelbagai sumber sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Coach NLP dari National Federation Neuro Linguistic Program (NFNLP, USA).

“Niat saya hanya satu iaitu kebolehan ini akan menjadi perkongsian berguna buat semua orang,” jelasnya sambil tersenyum.

Keluarkan produk sendiri

Sementara itu, tahun 2014 adalah detik yang bermakna buat Azura apabila berjaya mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama Medina Essential.

Dengan menekankan konsep halalan toyyiba, produk Medina Essential kini menjadi pilihan utama pelanggan yang menitikberatkan produk halal dan buatan 100 peratus keluaran Muslim.

Azura menyatakan keistimewaan produk ini adalah menggunakan bahan utama seperti collagen marine, kurma, buah tin, madu, habbatus sauda, kismis dan ekstrak delima.

“Saya percaya dengan dua produk semula jadi ini iaitu Nutrishine White dan Glow Beauty Soap pengguna akan mendapat lebih kebaikan dalam memelihara kecantikan dalaman dan luaran.

“Walaupun masih baharu di pasaran, permintaan sangat menggalakkan dan saya percaya persaingan bukan penghalang rezeki untuk terus mengukuhkan jenama ini dalam arena perniagaan.

“Paling menggembirakan golongan wanita turut memperoleh pendapatan tambahan dengan menjadi jemaah Medina dalam membantu keluarga,” akhirinya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/wow/berkongsi-minat-kepakaran-1.559448

 

Leave a Reply