Ragam dalam sesuatu perhubungan.

Solusinya kerjasama dan komitmen antara dua pihak sangat penting bagi menentukan hala tuju perhubungan tersebut.

Dikongsikan disini antara tip-tip mudah yang boleh dilakukan oleh setiap pasangan bagi membina hubungan yang kekal lama.

TIP MUDAH BINA HUBUNGAN YANG KEKAL LAMA

#1-Jangan kedekut dengan kata pujian

“Awak nampak manisla hari ini, aurat pun tertutup cantik je. Suka saya tengok”

Kata-kata pujian seperti diatas dapat membunga-bungakan hati perempuan. Perempuan memang suka akan kecantikan dan lelaki juga suka melihat kecantikan.

Apabila suami dapat membahagiakan isterinya, maka syurgalah rumahtangga mereka. Sebaliknya pula apabila perempuan mogok, rumahtangga tiada seri dan keadaan rumah tunggang terbalik kesan daripada hilang sentuhan dari seorang isteri.

Lelaki juga mahu mendengar dirinya dipuji. Lebih-lebih lagi pujian yang ada unsur kewibawaan pada seorang lelaki seperti bertanggungjawab, bertolak ansur, rajin dan romantik.

Seorang isteri yang memuji sifat positif suami dihadapan anak-anak akan memupuk rasa hormat anak kepada ayah mereka dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.

Lelaki dan perempuan mempunyai keperluan emosi yang berbeza. Menarik untuk dibaca ASAS KEPERLUAN EMOSI lelaki dan wanita.

Apabila anda sudah memahami asas keperluan emosi pasangan, lebih mudah untuk anda mengeluarkan pujian pada perkara yang mereka suka dengar.

 

#2-Apabila berkata, jangan suka guna ayat negatif

Kerap menggunakan ayat negatif adalah tidak baik untuk sesuatu perhubungan.

Ayat negatif seperti “Saya tidak suka abang balik lewat malam main futsal”

Tukar kepada: “Saya lebih suka kalau abang boleh tetapkan masa bermain futsal pada hari yang lebih sesuai seperti hujung minggu ke, boleh abang?”

Selalu juga didengar ayat yang berbunyi seperti dibawah:

“Kalau suatu hari nanti, tiba-tiba kita tidak lagi bersama, kita akan berkawan baik tak?”

Ayat diatas tiada salahnya jika sekali baca. Melahirkan niat yang baik untuk tidak memutuskan persaudaraan walaupun setelah berpisah adalah digalakkan dalam Islam.

Cuma ada sedikit yang perlu dijaga dari sudut hati…

Hati yang ada keraguan akan mudah untuk syaitan membisikkan kata-kata negatif. Seterusnya akan lahirlah sangkaan-sangkaan buruk dalam pemikiran terhadap perkara yang belum pasti akan berlaku.

Bila asyik memikirkan perkara-perkara negatif sahaja kesannya pada perhubungan dengan pasangan. Pasangan akan mula menjauh dari kita dan hubungan semakin hari semakin tidak mesra.

Oleh itu, mohonlah dengan nama Allah Ya Waliy, Yang Maha Melindungi supaya melindungi hati kita dari tipu helah dunia dan fitnah dajjal.

“Ya Allah Ya Waliy, pagari hati kami dan pasangan kami dari bisikan nafsu sendiri, gangguan jin atau syaitan dan hasad dengki manusia”
“Lindungilah kami sekeluarga dari tipu daya dunia dan fitnah dajjal. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung”

 

#3-Fokus pada kehidupan hari ini dan hari akan datang

Anda ketika ini berada di dalam putaran roda waktu dimana pergerakan roda dalam bulatan seperti pusingan bumi mengelilingi matahari dan bulan. Selesai satu pusingan bumi, maka majulah kita ke satu hari dan seterusnya.

Sedar tidak sedar seiring masa bergerak usia juga semakin tua. Tidak dapat berpatah balik dan tiada peluang untuk kembali ke masa lepas.

Jika dalam perhubungan, menghormati kisah silam pasangan adalah perlu.

Keterbukaan dia menceritakan kisahnya kepada kita mungkin atas dasar persediaan untuk kita menerima dia dengan seadanya. Sebaiknya kisah tersebut dijadikan contoh dan iktibar yang disimpan dalam journal kehidupan kita yang nyata.

Kehidupan kita fokus pada realiti yang kita hadapi dan mempersiapkan diri untuk kehidupan yang akan datang.

Fokus pada hubungan yang sudah terjalin dan berusaha membawa hubungan ini sebaik mungkin.
Fokus pada pasangan yang sedia ada bersama kita.
Terima kasih sudi menyambut kebaikan yang dihulurkan dan menerima kelemahan diri kita.

 

Kehidupan rumahtangga yang dibina atas rasa cinta sahaja tidak cukup kuat. Ia memerlukan sesuatu yang lebih hebat dari cinta sebagai tempat bergantung.

Kebergantungan kepada Allah S.W.T yang memegang hati-hati kita.

Menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan sekiranya menghadapi masalah dalam kehidupan rumah tangga seperti firman Allah S.W.T dalam Surah an-Nisa’, ayat 59 yang bermaksud:

“Kemudian jika kamu selisih faham atau pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasulullah (Sunnah)”
Doa yang baik-baik sahaja untuk hubungan yang terjalin.
Bersangka baik pada Allah dengan nama Allah Ya Barr (Yang Maha Baik), lindungilah dan pelihara hubungan kami dengan kebaikanMu.

Wallahua’lam. Biidznilah Ya Baari’

Admin

 

Sebar-sebarkan kebahagian..

Seronoknya dapat membaca karakter diri daripada tulisan tangan.
Teknik MUDAH, PANTAS dan MENYERONOKKAN dengan kaedah grafologi (analisa tulisan tangan).
Insha Allah, Mac ini akan diadakan Seminar Jom Hijrah! di Kuantan yang dibawakan khas untuk anda yang berada di Pantai Timur untuk mempelajari ilmu analisa tulisan tangan.
Pendaftaran adalah terbuka kepada semua individu, ibubapa, majikan dan juga mahasiswa yang mahu mengetahui rahsia di sebalik tulisan tangan.

Pendaftaran boleh melalui online JOM HIJRAH KUANTAN (klik sini) atau hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply