Siapa yang tak kenal dengan Donald Trump, Presiden Amerika yang penuh dengan kontroversi.
Membongkar lima karakter Presiden Donald Trump, hasil daripada analisa tandatangan beliau. Menariknya, ada perbezaan yang ketara pada tandatangan beliau sebelum dan selepas dilantik menjadi Presiden AS.
ANALISA TANDATANGAN PRESIDEN DONALD TRUMP
#1-Ekstrovert
Seorang yang suka bergaul, senang di kelilingi orang yang ramai dan aktif.
#2-Ingin dilihat
Suka di lihat orang, mahukan pengiktirafan.
#3-Pemikiran Analitikal
Sentiasa nak tahu cause and effect, tajam pemikirannya, tegas dalam buat keputusan. Sering buat apa yang tidak patut dibuat, atau keluar dari skop tugasan. Kalau kerja dengan dia boleh tension sebab suka nak cepat dan sangat tegas.
#4-Ego
Seorang yang amat mementingkan pride. Siapa ada tengok video DT pasal yang dia lah yang terbaik?
#5-Self- confident
Percaya kepada diri sendiri yang tinggi, yakin dengan apa yang dibuat.
Cuba lihat perbandingan antara dua tandatangan Presiden Donald Trump dibawah:

Pasti anda boleh nampak perbezaan pada kedua-dua tandatangan tersebut.
Allah menzohirkan dalam gambar tu ada perbezaan sebelum dan selepas dilantik menjadi presiden AS. Perbezaan yang ketara adalah ketinggian dan ketajaman, iaitu tandatangan selepas adalah lebih tinggi dan tajam.
Siapa tahu kenapa?
Tulisan tangan sangat unik dan umpama cap jari manusia. Setiap orang ada karakter, kekuatan dan kelemahan diri yang berbeza- beza.
Semua ini adalah ilmu Allah Ya Alim pemilik seluruh alam buana. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada DT, membolakkan hatinya untuk menjadi pejuang agama Islam. Aamiin..
Wallahua’lam.


