Kumpulan ekstrovert gemar memaksimakan hidup mereka dengan melakukan perkara-perkara yang dapat mengembirakan diri dan orang lain. Mereka menyerlah dan disenangi ketika dalam kumpulan yang ramai. Tidak hairan jika individu ekstrovert menjadi centre of the point ke mana sahaja mereka pergi.

Sikap ekstrovert yang mudah menyesuaikan diri, berfikiran terbuka, mesra alam dan aktif semulajadi menjadikan mudah bagi mereka untuk memulakan hubungan yang baru.

4 SEBAB PASANGAN EKSTROVERT DISAYANGI

#1-Cepat menyesuaikan diri di tempat baru.

Individu ekstrovert tiada masalah menyesuaikan diri di tempat baru.

Memilik pasangan ekstrovert, mudah untuk anda meletakkan dia bersama keluarga mertua. Senang cerita, mereka ini pandai bawa diri.

Mereka ini tidak perlu bantuan untuk diperkenalkan kepada orang baru. Mereka sendiri akan memulakan perbualan dan dalam masa singkat sudah boleh melakukan aktiviti bersama keluarga.

Interaksi antara ekstrovert dengan orang sekeliling tidak perlu dibimbangkan lagi. Cuma, ada ketika perlu diberitahu kepada individu ekstrovert akan sesetengah topik sensitiviti dalam keluarga supaya tidak berlaku salah paham.

 

#2-Berfikiran Terbuka & Easy Going

Bersama dengan individu ekstrovert, anda bebas menceritakan apa sahaja walaupun perkara tersebut tidak logik, lawak dan juga boleh dibawa berbincang dengan topik-topik yang serius.

Gaya pemikiran ekstrovert yang terbuka menjadikan dia cenderung bersikap jujur dalam memberi pandangan dan nasihat kepada anda.

Ada ketika reaksi mereka yang spontan dalam perlakuan dan kata-kata menyebabkan ada yang tidak selesa dan meyinggung perasaan orang lain.

Karakter ekstrovert yang easy going membuka peluang untuk orang lain mendekatinya. Oleh sebab itu, sesetengah orang suka mendapatkan pandangan dari ekstrovert kerana ekstrovert menerima dengan hati terbuka. Orang sekeliling juga tahu ekstrovert tidak akan menyembunyikan rahsia dan susah untuk mengawal respon yang keluar dari diri mereka.

 

#3-Karakter yang Ceria & Mesra Alam

Seperti yang dikatakan dalam pendahuluan di atas, kumpulan ekstrovert menjadi pusat perhatian di mana mereka berada. Karakter mereka yang ceria dan mesra alam menjadikan mudah untuk orang lain merasai kehadiran mereka.

Ekstrovert suka suasana yang riuh, happening dan menyeronokkan. Berbeza dengan introvert yang lebih senang dengan suasana yang mendamaikan. Kekosongan kumpulan ekstrovert di suatu tempat, maka boleh dijangka akan senyap sunyi tempat tersebut.

Pasangan ekstrovert suka melakukan kejutan-kejutan untuk pasangan mereka.

Mereka akan mencipta kejutan bagi menghidupkan suasana dan menyediakan tambahan peralatan, muzik, dan pemilihan tempat  supaya kejutan yang diberikan tidak sekadar memberi hadiah tetapi lebih kepada untuk disimpan sebagai kenangan manis.

 

#4-Gaya Hidup Aktif & Energetik

Individu ekstrovert tidak betah duduk sahaja dan melakukan aktiviti yang statik seperti melukis dan menonton televisyen.

Ekstrovert suka menggunakan aktiviti yang memerlukan tenaga besar, melibatkan penggunaan tubuh badan keseluruhannya. Oleh sebab itu, masa mereka banyak diluangkan dengan aktiviti di luar yang dapat memberi mereka kepuasan untuk bergerak aktif.

Gaya aktif dan energetik yang diamalkan oleh ekstrovert menjadikan mereka ini dilihat sebagai individu yang bermatlamat dan bercita-cita tinggi.

Dalam perhubungan, perlu ada salah seorang yang aktif dan energetik untuk menjadi nadi menggerakkan masa depan hubungan supaya dapat pergi jauh. Individu yang aktif ini akan meyediakan pelbagai inisiatif untuk menambah warna-warni hubungan dan pihak yang lagi satu harus menjadi penyokong setia kepada individu aktif ini.

 

Akhirnya dapat disimpulkan memiliki pasangan yang ekstrovert adalah lebih mudah untuk dipahami berbanding introvert. Keberanian sosial yang ditunjukkan oleh ekstrovert dapat dikagumi dan dipelajari cara interaksi yang dapat merapatkan hubungan bersama orang lain.

Wallahua’alam. Biidznillah Ya Baari’.

Admin.

 

Setiap orang memiliki gaya dan cara menulis yang berbeza. Ada yang suka tulisan bersambung, bentuk bulat, saiz kecil, besar dan banyak lagi bentuk tulisan yang ada. Sebenarnya, tulisan kita mencerminkan peribadi diri kita diluar dan didalam.

Pernah mendengar mengenai analisa tulisan tangan?

Dalam analisa tulisan tangan, peribadi anda tidak dilihat pada cantiknya dan kemasnya tulisan.
Tetapi yang lebih menyeronokkan tulisan tangan anda dinilai dari beberapa penanda aras yang terdapat dalam 9 Asas Analisa Tulisan Tangan, antaranya:
  1. Saiz (besar, sederhana, kecil)
  2. Kelajuan (laju, sederhana, perlahan)
  3. Tekanan (kuat, sederhana, ringan)
  4. Garis Asas/ Baseline (menaik, mendatar, menurun)

Jom berjumpa pakar analisa tulisan tangan anda, di SEMINAR JOM HIJRAH! : Hijrahkan Dirimu Dengan Tulisan Tangan

  • Tarikh: 4 Mac 2018
  • Lokasi: Kuantan, Pahang
  • Speaker: Pn Azura Hashim, pengasas Handwriting Analysis Academy Malaysia
Pn Azura Hashim telah diitiraf sebagai ‘Master of Handwriting Analyst’ oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis.
Berminat untuk menghadiri seminar, Pendaftaran ONLINE SEMINAR DISINI

Anda tidak dapat menghadiri seminar di Kuantan? Jangan khuatir, anda juga boleh dapatkan Profil Analisa Tulisan Tangan  untuk anda dan pasangan.
Jom hubungi admin di 016-9237881 untuk dapatkan pertanyaan lanjut mengenai Profil Analisa Tulisan Tangan.

Leave a Reply