Jom hari ini kita ulangkaji semula tujuan kehidupan.

Tujuan hidup kita untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sebagai tanda kesyukuran dan menghayati betapa besarnya kurniaan Allah pada manusia.

Memahami hakikat penciptaan manusia, maka hidup kita akan terarah dan berusaha untuk mendapatkan pengakhiran terbaik di syurga.

Penciptaan manusia itu unik dan istimewa, diciptakan manusia lain daripada mahkluk ciptaan yang lain, mempunyai akal fikiran, nafsu dan perasaan untuk membezakan perkara yang benar dan perkara salah

Rasulullah S.A.W dalam sabdanya :Islam didirikan dari lima sendi

  1. Mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa. Mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya
  2. Mendirikan solat
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Mengerjakan haji
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan

H.R. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar

 

DASAR KEHIDUPAN ORANG MUSLIM

1.KEWAJIPAN SOLAT

Solat adalah kewajipan bagi individu yang telah memenuhi syarat wajib solat iaitu beragama islam, baligh, berakal dan suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.

Sebelum solat, kita melakukan penyucian diri melalui wudhu. Rukun wudhu ada 6 dimulai niat, membasuh muka, kedua belah tangan, sebahagian kepala, kedua belah kaki dan tertib iaitu mengikut turutan.

Bacaan-bacaan dalam solat adalah doa yang kita hafal tapi tidak memahami makna doa tersebut.

Contohnya bacaan ketika duduk antara dua sujud.

  • Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
  • Warhamni (Sayangi aku)
  • Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
  • Warfa’nii (angkatlah darjatku)
  • Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
  • Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
  • Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
  • Wa’fuannii (Maafkan aku)

Kita mengucap bacaan tersebut laju-laju, tanpa menghayati maknanya dan dalam tidak sedar kita seperti sedang acuh tidak acuh memohon sesuatu kepada Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W Bersabda:

“ Berdoalah kepada Allah S.W.T dalam keadaan yakin akan di kabulkan dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai ”

Hadith Riwayat At-Tirmidzi

 

 

2.BACAAN AL QURAN

Belum terlambat untuk mempelajari al-Quran. Tiada had umur dan masa bagi sesiapa yang mahu menjadikan al-Quran sahabat mereka.

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-quran dan  mengajarnya” (Sahih al-Bukhari 5027)

Kelebihan al-Quran

Al-Quran itu sebagai pembersih hati dan penyembuh jiwa.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Pahala Membaca aL-Quran

Sangat besar pahala bagi mereka yang membaca Al-Quran.

Setiap satu huruf  ada pahalanya apatah lagi setiap satu ayat pun telah ditentukan pahalanya .

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”

Allah Ya Rahman, Ya Rahim Yang Maha Pemurah telah menggandakan pahala bacaan al-Quran sebanyak sepuluh kali ganda untuk pembacanya.

Kelebihan Membaca al-Quran

Ganjaran bagi orang yang ikhlas membaca al-Quran, dikurniakan keistimewaan yang berbeza semasa mereka hidup dan sesudah meninggal dunia.

Di tambah lagi kemuliaan kepada pembacanya dan kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah S.A.W :

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya”

Kerugian Tidak Membaca al-Quran

Hadis dari Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong”

 

Al-Quran adalah kata-kata dari Allah semestinya kita perlu menjaga kesucian dan kehormatan al-Quran. Membacanya dengan bertajwid dan menjaga makhraj (sebutan) huruf yang betul.

 

3.MENCONTOHI AKHLAK MULIA

Contoh teladan yang terbaik di kalangan manusia adalah Nabi Muhammad dan diyakini oleh Allah dalam Surah al-Qalam, ayat ke-4:

“Sungguh, Muhammad S.A.W mempunyai akhlak (budi pekerti) yang agung” 

Pada zaman Rasulullah, ada seorang Badawi yang ingin mengetahui bagaimana akhlak Nabi Muhammad S.A.W, sehingga para sahabat baginda sangat bersedih ketika baginda wafat. Ketika orang Badawi itu menanyakan kepada sahabat baginda, Saidina Umar dan Bilal bin Rabah, orang Badawi tersebut merasa hairan. Mengapa kedua sahabat Nabi Muhammad tidak sanggup menceritakan akhlak Nabi? Mengapa ketika ditanya akhlak Nabi, mereka malah menangis dan berlinang air mata mengenang kebaikan baginda?

Akhirnya, Badawi itu menemui Saidina Ali bin Abu Thalib. Badawi tersebut berkata, “Wahai Ali, tolong ceritakan padaku tentang akhlak Nabi Muhammad S.A.W sehingga orang-orang tak sanggup menceritakan kebaikan baginda”

Saidina Ali kemudian bertanya semula kepada orang Badawi tersebut. “Sekarang, ceritakan padaku bagaimana keindahan dunia?”

Orang Badawi itu menjawab, “Maaf Ali, saya tidak sanggup menceritakan keindahan dunia ini.”

Saidina Ali menjawab kembali, “Begitu juga akhlak Nabi Muhammad S.A.W, tidak seorang pun sanggup menceritakan kebaikan budi pekerti baginda”

 

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya” (Sahih al-Bukhari 6035)

Jom Hijrah Personaliti dengan Tulisan Tangan!!

Hijrah dengan tulisan tangan, persoalannya bagaimana?

Hijrah dengan tulisan tangan adalah berbentuk praktikal iaitu melalui kaedah grafologi atau analisis tulisan tangan. Anda mengubah personaliti anda dengan mengubah tulisan tangan.

Manfaatnya, anda beroleh teknik bagi membina imej diri yang cemerlang disamping menguasai potensi diri anda. Anda juga dapat berkongsi ilmu ini dan membantu orang lain melalui latihan mengubah gaya penulisan kearah positif.

Perubahan diri yang lebih baik akan menarik aura-aura positif dari sekeliling untuk mendekati dan membuka jalan untuk anda mencapai matlamat hidup.

Januari ini akan diadakan SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN oleh Azura Hashim, pakar analisis tulisan tangan anda.

Info lanjut klik pada gambar


Mengenal diri orang lain adalah kebijaksanaan, Mengenal diri sendiri adalah kebahagian

 

Semoga dalam penulisan yang ringkas ini dapat menjentik hati kita untuk menyedari semula tujuan sebenar kehidupan. Atas nama persaudaraan sesama islam, kita hendaklah saling mengingati kerana ada ketika urusan dunia membuat kita alpa dan lalai.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply