Pendekatan ibubapa menyumbang kecemerlangan anak-anak.

TIPS UNTUK IBU BAPA BANTU ANAK MENJELANG PEPERIKSAAN

Sokongan Moral: Membantu Meringankan Tekanan yang Dihadapi oleh Anak

Anak-anak yang menghadapi peperiksaan akan berhadapan dengan satu perasaan bimbang.

Mula-mula kebimbangan yang sedikit dan sekejap, semakin menghampiri hari peperiksaan semakin kerap dan cepat kebimbangan dirasa yang akhirnya membawa kepada tekanan.

Tekanan boleh menyebabkan perubahan karakter dan tingkah laku yang berbeza dari kebiasaan. Kebiasaannya, daripada seorang yang kuat makan tiba-tiba menjadi tidak berselera, ada yang semakin banyak tidurnya, ada yang sensitif dan marah-marah.

Beri masa andai anak-anak berubah karakter. Janganlah dimarah dan ditekan. Tempoh ini hanya untuk seketika. Andai ibu bapa juga berada dalam situasi tertekan, ibu bapa juga pasti akan mengalami perasaan yang sama.

Seharusnya, ibu bapa ambil langkah yang lebih selamat dengan membantu kurangkan rasa kebimbangan dan tekanan anak-anak:

1.Berbual Santai Berdua Bersama Anak

Ucapkan kata-kata yang positif. Ambil waktu yang terbaik berbual secara berdua bersama dengan anak seperti waktu selepas solat. Waktu itu suasana lebih tenang, fikiran lapang dan perasaan lebih damai untuk anak menerimanya.

Bicara kepada anak-anak:

Ibu mahu Along belajar untuk menjadi orang yang berilmu. Dengan ilmu, Along memenuhi salah satu syarat untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Allah mengasihi hambanya yang menuntut ilmu kerana-Nya.

Ibu tahu Along akan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Peperiksaan ini adalah sebagai medan perjuangan Along. Jadikan perjuangan ini sebagai pencetus semangat Along untuk kejayaan yang lebih besar akan datang. Semua dengan izin Allah S.W.T. Tiada daya bagi ibu, ayah, cikgu atau sesiapapun untuk menolong Along melainkan Allah S.W.T.

 

2. Lakukan Aktiviti-aktiviti Ringan Bersama

Rancang aktiviti-aktiviti yang ringan dan boleh dilakukan bersama-sama. Aktiviti mampu membuat kita terleka dan melupakan sebentar tekanan yang dirasa.

Digalakkan melakukan aktiviti yang dapat menyumbang kepada persediaan menghadapi peperiksaan. Persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi anak-anak.

Banyak aktiviti ringan yang boleh dilakukan seperti permainan SAHIBBA, catur, building blocks dan banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh tercipta dari minda kreatif kita.

Elakkan daripada melakukan aktiviti yang berat yang sudah pastinya akan membuatkan anak keletihan dan menganggu jadual waktu ulangkaji. Sebolehnya, kurangkan aktiviti luar menjelang peperiksaan. Ini bagi menjaga keselamatan anak daripada perkara yang tidak diingini dan memastikan kesihatan anak berada pada tahap yang baik. Moga Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin melindungi anak-anak kita.

 

3.Kerjasama Ahli Keluarga

Ibu bapa berikan anak layanan istimewa setiap kali menjelang peperiksaan. Agihkan sementara tugas mingguan anak seperti membersih halaman rumah, mencuci tandas, mengemas bilik dan sebagainya kepada adik-beradik yang lain.

Insha Allah, dengan keistimewaan yang diperolehi dan kesungguhan ahli keluarga memberi kerjasama akan membuatkan anak ini berasa disayangi. Seluruh ahli keluarga benar-benar mahu melihat dia cemerlang.

Dengan cara ini, anak mendapat peluang masa yang lebih untuk mengulangkaji pelajaran dan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi menghargai pengorbanan ahli keluarganya.

 

Sokongan Rohani: Bicara Hati dengan Memuji & Memuliakan Allah

Disini sedikit perkongsian bagi Ibu Bapa yang anak-anaknya bakal menduduki PEPERIKSAAN.

Ibu Bapa boleh mulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah & Selawat serta ZIKIR :

1. Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rasyid (40x)

“Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak kami agar dia dapat menjawab peperiksaan dengan baik”

2. Allahumma Ya Zohir (40x)

“Ya Allah, Engkau Yang Maha Menampakkan, ilhamkan & nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak kami”

3. Allahumma Ya Fatah (40x)

“Ya Allah, bukakanlah minda anak kami seluas langit dan bumi agar dia dapat menjawab soalan2 dengan betul”

4. Allahumma Ya Baari’ (40x)

“Ya Allah, kami serahkan seluruh jiwa raga anak kami hanya kepadaMu untuk Engkau uruskan dengan sebaik-baiknya sepanjang dia menghadapi peperiksaan ini. Engkau Aturkanlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanMu Ya Hadi”

Kami yakin hanya dengan Kekuasaan-Mu sahaja Ya Allah, KUN FAYAKUN…kami tiada daya melainkan dengan Daya dan IzinMu Ya Rabb

Bayangkan wajah anak-anak senyum sedang menjawab peperiksaan dengan tenang dan tepat, Biiznillah. Andai anak-anak dalam keadaan berwuduk semasa hendak pergi ke sekolah lagi bagus. Ibu Ayah perbanyakkan Istighfar & Zikir Penyucian Jiwa juga sepanjang peperiksaan ini ya
__________

Boleh juga Mengamalkan DOA BICARA HATI ini 👇:

Mulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah & Selawat..

Allah Allahurobbi,
Ya Rahman (Yang Maha Pengasih) Ya Rahim (Yang Maha Penyayang) Ya Sami’ (Yang Maha Mendengar) Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)

Ya Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan),
Nampakkan Ilham Jawapan buat anak kami bagi soalan-soalan Peperiksaan UPSR/PT3 /SPM nanti Ya Rabb.📝

Ya Allah Ya Haadi (Maha Beri Petunjuk),
berikan petunjukMu kepada jawapan-jawapan bagi soalan-soalan Peperiksaannya.🔑

Ya Allah Ya Nuur (Maha Bercahaya) Ya Baari’ (Yang Maha Mengatur)
pancarkan CahayaMu di dalam fikirannya agar mudah dia memahami bentuk Soalan dan menjawab segala persoalan Peperiksaan serta persoalan kehidupannya. 💡 Aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis jawapan dengan tenang.

Allah Ya ‘Alim (Yang Maha Mengetahui) Ya Hakim (Yang Maha Bijaksana) Ya Rasyid (Yang Maha Cerdas)
Ya Allah, kurniakan kepada anak kami kefahaman ilmu-Mu yang luas, Kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang di akhirat dan dunia ini.💖

Semoga Anakanda ( nama anak kita) tenang menjawab Peperiksaan dengan jayanya. AAMIIN YA MUJIB YA ROBBAL’ALAMIN

 

MENARIK! Perkongsian Dr Azura Mengenai Anak Disleksia & Rahsia Tulisan Tangan

Artikel tambahan: Analisis Tulisan Tangan di Malaysia

Anak-anak adalah anugerah, rahmat kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ketika dilahirkan, mereka adalah suci, masih tiada dosa dan bersih pemikirannya. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak ini kita dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan mencorakkan diri mereka. Bagaimanakah hasil yang akan terhasil daripada corakan tersebut? Terlalu menekan, hasilnya tidak akan cantik tetapi tidak menekan, lain pula jadinya.

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. Mudah-mudahan dengan pertolongan Allah Ya Wahhab, Ya Haadi menunjukkan kita jalan yang benar dan diredhai-Nya.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Anda ingin tahu lebih lagi mengenai ilmu tulisan tangan dan rahsia disebalik tandatangan?

Terus maju ke link ini http://bit.ly/secretsofhandwriting

Sekiranya perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply