“If I had six hours to chop down a tree, I’d spend the first four hours sharpening the axe” –Abraham Lincoln

Lebih lama masa diperuntukkan untuk fokus pada proses mengasah kapak berbanding masa untuk proses memotong kayunya. Dapatkah kita fahami disitu?

Kapak itu sebagai contoh objek sahaja. Yang lebih dekat untuk senang diterima adalah diri kita. Diri kita ibarat sebilah kapak, perlu diasah hari-hari dan sekiranya dibiarkan sahaja, maka akan tumpul dan berkaratlah diri kita. Lalu mereput dan tenggelam dalam keasyikan dunia.

Jadi, kita tidak boleh lagi mensia-siakan masa begitu sahaja. Segera lakukan proses mengasah diri, menajamkan, meningkatkan kualiti dan menambah baik amalan untuk menuju kepada tujuan yang utama. Nabi S.A.W turut memberi peringatan:  “Orang Islam adalah orang yang begitu sibuk memperbaiki diri, sehingga tidak memiliki waktu lapang untuk mencari-cari aib orang lain”

Mengasah untuk menajamkan, mempertingkatkan kualiti dan menambah baik nilai yang sedia ada untuk memudahkan jalan bagi kita menyelesaikan tugasan yang telah diperintahkan.

 

Sharpen The Saw, Be A Better Muslim

Tidak hanya menyampaikan peringatan, Nabi S.A.W juga turut menerangkan siapkah manusia yang paling berjaya ketika baginda bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam”

(HR Bukhari dan Muslim)

Kita akan berjaya tetapi kita tidak akan mampu menjadi yang terbaik. Kerana, kita dan semua makhluk itu tidak sempurna. Hanya Allah S.W.T yang memiliki kesempurnaan, Ya Malikul Quddus Allah yang Memiliki Kesempurnaan.

Jadi, tugas kita sebagai hamba sudah diringankan. Kita ditugaskan hanya untuk menjadi lebih baik daripada yang lain. Ayuh! ini antara perkara yang dapat sama-sama kita lakukan untuk ‘sharpen’ diri menjadi muslim yang lebih baik:

  1. Hentikan melihat orang lain, sebaliknya lihat pada diri kita sendiri dan keburukan di sekeliling kita yang menjadi pelajaran untuk kita
  2. Renung semula tingkah laku dan akhlak kita yang terdahulu dan sekarang, sama ada sesuai dengan cerminan anak cucu kita akan datang
  3. Fokus pada akhirat dan benar-benar yakin adanya hari pembalasan.
  4. Menjaga akhlak supaya tidak menyakiti sesama makhluk Allah.
  5. Bertanggungjawab atas perkataan yang diucapkan, yang ditaipkan dan atas perbuatan yang kita lakukan.
  6. Audit aktiviti kita bagi menentukan arah mana yang kita pilih
  7. Jadikan al-Quran sahabat, menjadi amalan harian sekaligus membaca terjemahannya kerana di dalam al-Quran terkandung hikmah, amalan baik, amalan buruk serta kisah hari pembalasan
  8. Selalu ingat, setiap hari umur kita semakin berkurang dan semakin dekat dengan kita hari perhitungan.

 

Sharpen The Saw: Physically, Emotional, Mental & Spiritual

Teori Sharpen The Saw yang diperkenalkan oleh Dr Stephen Covey dalam buku beliau The 7 Habits of Highly Effective People membawa intipati memelihara dan meningkatkan aset terbesar yang kita miliki. Ia bermakna mempunyai program yang seimbang untuk pembaharuan diri dalam empat bidang kehidupan iaitu fizikal, sosial/emosi, mental dan rohani.

  1. Physical: Benificial eating, exercising and resting
  2. Social/ Emotional: Making social and meaningful connections with others
  3. Mental: Learning, reading, writing and teaching
  4. Spritual: Spending time in nature, expanding spiritual self through meditation, music, art, prayer or service
“As you renew yourself in each of the four areas, you create growth and change in your life. Sharpen the Saw keeps you fresh so you can continue to practice the other six habits. You increase your capacity to produce and handle the challenges around you. Without this renewal, the body becomes weak, the mind mechanical, the emotions raw, the spirit insensitive, and the person selfish. Not a pretty picture, is it?” -Dr Stephen Covey

(Info dari topik Habit 7: Sharpen The Saw)

Rahsia Tulisan Tangan: Tekanan

Tekanan? Tekanan yang bagaimanakah boleh dijelaskan dalam ilmu analisis tulisan tangan?

Tekanan adalah gambaran energy luaran dan dalaman seseorang yang juga dipengaruhi oleh emosi. Tekanan ini diukur sewaktu kita menulis. Kita dapat rasa jenis tekanan melalui kesan yang terhasil di belakang kertas. Tekanan yang kuat maka kesan yang terhasil akan menjadi jelas.

Tenaga yang dimaksudkan meliputi cara kita melakukan tugas seharian, cara mengawal perasaan dalam hati dan bagaimana reaksi kita dalam menguruskan emosi.

Contohnya, menulis dengan tekanan kuat individu ini secara luarannya adalah seorang yang energetik dan bersemangat dalam perkara yang dilakukannya. Namun perlu juga berhati-hati. Kerana secara dalamannya, emosi individu ini kelihatan tidak stabil dan sukar mengawal perasaan. Tekanan yang kuat, seolah-olah individu ini sedang memendam perasaan yang sudah lama terhadap sesuatu perkara.

Ini contoh tulisan dengan tekanan kuat:

(muka surat hadapan)

(muka surat belakang)

Jangan menulis terlalu menekan dan tidaklah pula menulis sehingga tidak menampakkan bentuk huruf langsung. Menulis dalam kesederhanaan seperti kita sedang belajar menguruskan tekanan dalam diri dengan sebaik-baiknya.

Besederhanalah dalam perbuatan. Perbuatan dan amalan yang dilakukan adalah untuk membawa diri menjadi ‘A Better Muslim’ bukan untuk mengejar menjadi yang terbaik dikalangan manusia.

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang usianya dan buruk amal pebuatannya”

(HR Ahmad)

Mudah-mudahan, kita tidak lelah untuk menambah baik amalan yang dilakukan. Semoga Allah Ya Muqaddim yang Maha Menyegerakan, meminjamkan kepada kita energy luar biasa untuk kita sharpen dengan segera amalan, fizikal, emosional, mental dan spiritual untuk menjadi muslim yang lebih baik.  La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Dah tahu sedikit tips dalam tulisan tangan, insha Allah boleh teruskan untuk mendalami ilmu tulisan tangan yang ‘rare’ dan unik

ADVANCED !!

Kali ini dibawakan SEMINAR ” THE POWERFUL SECRET OF SIGNATURE ” untuk semua mengenali karakter disebalik tandatangan!

Info lanjut, boleh layari: http://graphology.com.my/the-powerful-secrets-of-signature/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444