Alhamdulillah,

Mendapat jemputan untuk berkongsi ‘Tips Cemerlang dengan Rahsia Tulisan Tangan’ kepada Badan Wakil Pelajar dan pelajar tingkatan 5 MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Allah Ya Musowwir menciptakan setiap manusia itu unik. Ada kelebihan yang menjadikan mereka khalifah Allah dan juga kelemahan sebab tu kita ini hanyalah AbdiNya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

(Surah At-Tiin 95:4).

Doa bicara hati Asmaul Husna untuk memohon ilmu dari Allah:

“Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid Ya Nuur, alirkanlah ilmuMu, kepintaran dan kefahaman yang laju ke dalam otakku, beserta dengan cahayaMu agar dapat kami menjadi Anak dan Pelajar Cemerlang yang mengenalMu dan berjaya Dunia Akhirat”

#THROWBACK

Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi MRSM Kuala Klawang sudi menjemput Azura Hashim berkongsi ilmu tulisan tangan. Semoga pertemuan dan perkongsian dalam majlis ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua dan diredhai Allah S.W.T.

Teristimewa buat adik-adik yang akan menduduki SPM, “Lakukan yang TERBAIK!!” seperti sabda Nabi S.A.W.

Maksudnya: “Lakukanlah pekerjaan itu pada puncak kemampuanmu”

(HR. Bukhari & Muslim)

Pengakhiran hidup kita nanti, sekali lagi kita akan mengambil SPM iaitu Sijil Padang Mahsyar (SPM). Jadi, jangan cepat lelah dan putus asa. Kedua-dua SPM kita kena dapatkan keputusan yang cemerlang. Ayuh! Berusahalah dengan meminta pertolongan Allah. Maha Suci Allah dari sebarang kelemahan. 

Admin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *