Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.

Segala puji bagi Allah, merezekikan kita semua bersama dalam bulan ramadhan yang mulia.

TIPS BERPUASA CARA RASULULLAH S.A.W

#1-Waktu Bersahur

Ibadah berpuasa bagi orang muslim bermula dengan bersahur. Bagaimana Rasulullah S.A.W bersahur?

Rasulullah S.A.W bersahur bukan ditengah malam atau awal pagi. Baginda bersahur pada waktu yang hampir dengan waktu subuh.

Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:

Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.

(HR. al-Bukhari)

Jangan malas-malas bersahur, kerana sahur melambangkan ciri-ciri kita sebagai seorang Islam.

 

#2-Selain Puasa Makan Minum, Lidah juga Disuruh Berpuasa

Apa maksudnya dengan lidah berpuasa?

Lidah harus berpuasa dari mengumpat, mengata, mengkritik, memfitnah dan dari kata-kata kesat yang menjauhkan rahmat Allah S.W.T.

Jika dalam bulan-bulan yang lepas kita didorong dengan hasutan syaitan, maka dalam Ramadhan ini tempat kita untuk membaik pulih peribadi kita. Juga dalam bulan ini kita boleh usaha untuk didik hawa nafsu, merendahkan ego dan menambah amalan kebaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:

Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.

Jangan kotori kesucian Ramadhan dengan lidah kotor kita.

 

#3-Bersedekah: Memberi Makan Orang yang Berpuasa

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripadanya”

(HR Tirmidzi dan Ibn Maja)

*Perkongsian mengenai sedekah yang luar biasa dalam bulan Ramadhan akan dikongsi dalam penulisan seterusnya.

 

#4-Mencari Kekuatan Melalui Qailulah

Dalam bulan puasa, kita akan berebut-rebut untuk melakukan kebaikan bagi mengejar pahala yang berlipat ganda. Oleh itu, bagi mengekalkan stamina dan momentum kita seharian, dianjurkan untuk kita berqailulah iaitu tidur sebentar sebelum zohor.

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:

“Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam”

 

#5-Waktu Berbuka Puasa

Di awal tadi, Rasulullah memperingatkan kita supaya bersahur di akhir-akhir waktu. Sementara waktu berbuka puasa, Rasulullah menggesa kita supaya menyegerakan berbuka puasa.

“Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa”

(HR Bukhari & Muslim)

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa sama sekali tidak disukai Rasulullah kerana termasuk dalam amalan Yahudi dan Kristian.

 

#6-Amalan 3 Biji Kurma

Rasulullah memulakan berbuka puasa dengan tiga biji kurma, kemudian baginda akan solat maghrib. Sekiranya baginda lapar lagi, baginda akan sambung semula makan selepas solat.

Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang disampaikan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:

“Rasulullah S.A.W apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air”

Begitulah antara amalan-amalan Rasulullah S.A.W semasa bulan Ramadhan. Dalam beribadah, ada rehat sebentar untuk recharge energy. Dalam sibuk menguruskan hal dunia, tidak lupa untuk bersedekah. Dalam makan, sentiasa bersederhana, baginda berhenti sebelum kenyang bagi menjalankan misi utama beribadah kepada Allah S.W.T.

Wallaha’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan Kebahagiaan…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *