Belajar dari batu dan air, yang sifat keduanya bertentangan.

Sifat lembut air telah dapat mengubah fizikal batu dari bentuk asal. Tekanan dari titisan-titisan air yang berterusan akan dapat menghasilkan lekuk pada batu yang semulajadinya keras.

Jika pasangan anda batu, anda harus menjadi air. Hadapi lawan anda dengan sikap yang bertentangan darinya. Menjadi seperti air, hadapi dengan kelembutan. Batu bertemu batu tidak akan pergi kemana silap-silap akan melantun keduanya menjauh.

 

TIP MENGHADAPI PASANGAN KERAS KEPALA

#1-Mendengar, Tidak Memotong Kata-katanya

Langkah pertama berhadapan individu yang keras kepala adalah jangan memotong kata-kata mereka.

Menunggu sehingga dia selesai berbicara.

Dia sedang memperjuangkan hak sebagai orang yang menyayangi anda dan mempertahankan ideologi yang dia bawa.

Anda yang berada di pihak satu lagi harus mendengar dan tahan diri dari untuk melawan.

Jika anda turut melawan untuk mempertahankan kebenaran, anda tidak akan dapat paham keinginannya.

 

#2-Fahami tujuan dan keinginan

Jadi langkah kedua, anda perlu buka hati dan minda untuk fahami tujuan dan keinginannya.

Kebanyakkan pasangan yang bersifat keras kepala ini ingin memberitahu anda bahawa dia sangat mencintai, ingin menjaga anda sepenuhnya dan takut kehilangan diri anda.

Bayangkan anda di situasi mereka, adakah anda juga akan berasa risau, runsing memikirkan keselamatan pasangan anda.

Fahamilah tujuan pada perkara-perkara yang mereka tegaskan.

Jika anda susah untuk menjangka sebab dia menjadi keras kepala, solusinya adalah dengan bertanya terus kepada mereka alasan mereka menjadi keras kepala pada perkara tersebut.

Sekejap,

Nak bertanya alasan mereka bersikap begitu, perlu tepat dengan teknik dan caranya. Salah satu cara terbaik adalah bercakap dengan nada rendah.

 

#3-Intonasi suara yang rendah

Sampai ke langkah yang ketiga, perlu langkah yang lebih efektif dan boleh beri kesan pada pasangan yang keras kepala.

Langkah efektif dengan intonasi suara.

Intonasi suara anda kepada pasangan amat berperanan penting ketika dalam perbualan. Bercakap dalam intonasi suara yang rendah dapat membantu memudahkan penyampaian soalan kepada pasangan.

Persoalan tentang alasan dan sebab mereka berkeras dengan anda adalah soalan yang sukar bagi mereka untuk memberi jawapan. Jawapan cepat mereka boleh beri sebab mahu melindungi anda.

Rasa tidak puas hati mendengar jawapan cepat dari mereka, betulkan? Anda juga akan merasakan ini tidak cukup dan tidak adil. Tidak adil bagi diri anda bila mana mereka begitu bersungguh-sungguh bertegas dan melarang anda tanpa diberikan alasan yang kukuh.

Oleh itu, anda perlu cari masa dan tempat yang sesuai untuk beri dia masa berfikir bagi membincangkan alasan mereka berkeras dengan anda.

Mudah-mudahan dalam keadaan tenang dan emosinya telah reda, pasangan yang keras kepala ini akan berfikir kewajaran dan kesan tindakan mereka terhadap anda.

Mohon pertolongan dari Allah S.W.T untuk memelihara dan menjaga keharmonian rumahtangga:

“Allahumma Ya Baaqi Ya Rouf, kekalkanlah ikatan ini agar kami saling berkasih sayang keranaMu. Allah Ya Salam Ya Mukmin, berkatilah perkahwinan ini dan alirkan rasa aman dan tenteram ke dalam jiwa kami dengan selalu berzikir mengingatiMu agar harmoni rumahtangga kami”

Semoga anda tidak mudah menyerah kalah berhadapan dengan pasangan keras kepala. Insha Allah sama-sama berusaha memberikan terbaik.

Wallahua’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

Kami di Handwriting Analysis Academy Malaysia menjalankan pelbagai program yang bermanfaat dengan objektif mahu membantu masyarakat sekeliling mengenal karakter diri mereka, pasangan, majikan, bakal pekerja dan sahabat-sahabat mereka dengan cara lebih mudah dan cepat.

Kaedah yang diperkenalkan adalah melalui kaedah grafologi atau analisa tulisan tangan. Hasil analisa tulisan tangan, karakter luaran dan dalaman individu serta potensi mereka yang menentukan hala tuju hidup di masa depan.

Anda kurang jelas bagaimana tulisan tangan mampu membaca karakter diri anda?
Jom sertai program terdekat kami pada 4 Mac ini,

** SEMINAR JOM HIJRAH! : Hijrahkan Dirimu Dengan Tulisan Tangan **

Insha Allah, anda boleh dapatkan penjelasan mengenai analisa tulisan tangan oleh pakar analisa tulisan tangan yang diiktiraf sebagai ‘Master of Handwriting Analyst’ oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis.

Berminat untuk menghadiri seminar, Pendaftaran ONLINE SEMINAR DISINI

Hubungi admin di 016-9237881 untuk dapatkan pertanyaan lanjut mengenai Seminar Jom Hijrah Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *