Ceritara cinta yang didukung oleh Hero Adam dan Heroin Hawa. Cerita tentang hidup berpasang-pasangan atas sifat Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah dia menciptakan pasangan-pasangan untuk kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir”

(Surah ar-Rum 30:21)

 

TIP KESERASIAN HUBUNGAN SELEPAS BERKAHWIN

#1-BERADAPTASI DENGAN DIRI YANG BARU

Jangan terkejut dengan perubahan yang berlaku dalam diri anda. Diri anda akan mengalami fasa perubahan status yang besar dan mental anda sedang menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang berlainan.

Kehidupan anda bukan hanya untuk memikirkan diri sendiri sahaja tapi jauh lebih menarik lagi hidup anda akan bermatlmat selepas berkahwin. Secara automatik, apabila anda mahu berbuat sesuatu anda akan memikirkan hati dan perasaan pasangan anda.

Perubahan yang ketara berlaku pada pasangan yang baru berkahwin adalah dari segi pembahagian masa. Pembahagian masa untuk diri, pasangan, keluarga semuanya perlu diputuskan bersama pasangan kerana anda kini sedang menjalani hidup berdua dan bukan lagi hidup sorang-sorang.

“Adam, saat melafazkan akad nikah (aku terima nikahnya…) Adam telah terikat dengan perjanjian dan tanggungjawab. Perjanjian kepada Allah, isteri yang baru dinikahi dan keluarga mertua bagi menjaga amanah ini dengan sebaiknya”
“Hawa, pasakkan pada dirimu (Ini suamiku, jodoh yang dihantar oleh Allah). Selepas lafaz akad, ketaatan Hawa diutamakan pada sang suami. Syurga Hawa kini telah bertukar dari ibunya kepada suaminya. Ketaatan Hawa kepada suaminya selagi mana perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan syarak”

 

#2-MENGENAL SISI LAIN PASANGAN KITA

Ramai orang kata selepas duduk bersama di bawah satu bumbung, maka akan terlihatlah sisi lain pasangan yang jarang-jarang terkeluar semasa sedang bercinta.

Cantik di luar, adakah cantik juga di dalam?
Karismanya seorang lelaki di hadapan orang lain, adakah dia juga dapat menonjolkan karismanya dalam keluarga sendiri?
” TEPUK DADA, TANYA DIRI “

Kecantikan Hawa diuji dengan pengurusan kelengkapan suami, kebersihan dan kekemasan rumah. Bonus yang menguntungkan bila lagak Hawa di dapur seperti seorang chef profesional yang mahir dan tangkas memasak.

Itu Hawa, tugas Adam lebih berat. Adam akan disanjungi dan disayangi apabila Adam ini menjaga solatnya. Kerana dengan solatnya Adam, maka Hawa juga akan ditarik bersama untuk solat. Solat menjaga rumahtangga dan pemeliharaan diri dari kemungkaran.

Tidak tergesa-gesa menilai pasangan kita dengan cepat. Tempoh mengenal antara satu sama lain berjalan sepanjang masa kerana manusia adalah mahluk dan mereka boleh berubah.

Walaubagaimanapun, hidup berpasangan memerlukan kepekaan anda terhadap hak dan tanggungjawab, sensitiviti pasangan dan memahami nature kerjaya masing-masing.

 

#3-KEMERIAHAN KELUARGA MERTUA

Kemeriahan keluarga mertua terisi dengan pelbagai ragam dan karakter yang mengejutkan dan pelik. Pelik tapi ini adalah realiti.

Keluarga mertua adalah kumpulan baru yang penting untuk anda selidik. Lihat pada skop yang besar di mana anda kini dalam perhatian keluarga kecil pasangan anda dan saudara mara mereka.

Anda perlu bijak menggunakan kata dan bercampur bersama dengan mereka. Dalam pada itu, ambil tahu cara pergaulan, budaya dan adat mereka supaya bila mana anda dalam kumpulan ini anda mudah berinteraksi dan mencapai keserasian.

 

RAHSIA TULISAN TANGAN

Biasa jumpa huruf o seperti gambar di bawah?

Dalam bidang grafologi (analisa tulisan tangan), lingkaran atau bulatan dalam huruf o (arah sebelah kanan) menunjukkan karakter perahsia. Jika lingkaran dalam huruf o semakin besar, semakin kuat individu ini cuba mengelak memberi jawapan yang lengkap dan sebolehnya akan menyimpan rahsia.

The larger the inner loop is, the more secrets this person will withhold from others

Suka berahsia, adakah baik untuk sesuatu hubungan?

Mendapati pasangan kita ada karakter perahsia ini, menjadikan sesuatu hubungan itu tidak telus.

Jika ditimbang balik antara baik dan tidak baik, pasti jawapan majoritnya suka berahsia adalah suatu perkara yang tidak baik, tidak sihat untuk perhubungan.

 

Berminat untuk dapatkan Profil Analisa Tulisan Tangan anda dan pasangan?

Profil analisa ini berbentuk laporan bertulis dan secara individu, yang menerangkan karakter positif dan negatif dalam diri. Dapatan daripada laporan analisa, akan di bentangkan kepada anda
  • Corak pemikiran
  • Pengaruh emosi
  • Produktiviti
  • Komunikasi sosial
  • Tahap motivasi
  • Dan ketakutan dalam diri
Pertanyaan lanjut hubungi admin di 016-9237881

 

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

 

 

 

Leave a Reply