Berjuang untuk mendamaikan hati adalah perjuangan yang besar.
Hati sifatnya berubah-ubah. Bagi menjaga hati supaya tidak melemahkan jiwa, menyakitkan tubuh badan dan mencederakan mental, kita perlu dekat dengan Allah S.W.T
Terapi dengan al-Quran dan Sunnah dapat membantu psikologi minda kita berfikiran positif dan menyakini janji-janji Allah yang hebat untuk hambaNya.

3 TIP KAUNSELING JIWA & HATI

#1-KEUTAMAAN MENAHAN MARAH

Selalu terjadi perasaan marah berpunca dari tekanan. Misalnya tekanan dari tempat kerja akan dibawa ke rumah menyebabkan individu ini melempaskan kemarahan dan tekanan tersebut kepada anak-anak, isteri atau suami.

Tip meredakan kemarahan:
  1. Rendahkan kepanasan diri: Ambil wudhu’. Kita sedia tahu air sifatnya penyejuk
  2. Rendahkan diri: Jika anda sedang berdiri, anda perlu duduk
  3. Rapatkan diri ke bumi: Jika duduk tidak membantu, maka baringlah, jika tidur lebih baik
  4. Rendahkan jiwa dan rohani: Sujud menyembah Allah, zikir asmaul husna

Rasulullah S.A.W bersabda yang membawa maksud

Jauhilah semua sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemarahan dan jangan terdedah padanya, atau jangan melakukan sesuatu mengikut dorongan kemarahan”

(HR al-Bukhari dari Abu Hurairah)

“Siapa saja yang menahan marah, padahal dia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya pada Hari Kiamat di atas kepala para makhluk hingga dipilihkan baginya bidadari yang dia sukai”

(HR At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Ganjaran bagi yang menahan marah, Allah S.W.T akan memberikan dia bidadari dari syurga mengikut pilihan yang disukai. Amat beruntung bagi orang yang mendapat menahan diri dari marah.

 

#2-KEUTAMAAN MEMBERIKAN KEMAAFAN

Gesaan untuk kita menghulurkan kemaafan terlebih dahulu kepada orang yang berbuat salah terhadap kita supaya hati kita senang, tidak menyimpan dendam terhadap orang tersebut.

“Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada. Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?”

(Surah an-Nur: 22)

Memberi maaf sebelum diminta. Mereka yang enggan memberi maaf pada hakikatnya enggan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. Allahu..

Keampunan bagi mereka yang memelihara persaudaraan dengan kasih sayang dan bermurah hati untuk memaafkan kesalahan.

“Memaafkan itu lebih dekat dengan taqwa. Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Allah Maha Melihat segala yang kamu lakukan”

(Surah al-Baqarah: 237)

Ironinya jangan terlalu sombong hidup di muka bumi Allah. Semuanya hanya pinjaman dari Allah supaya kita bersyukur. Bahkan hati kita yang menidakkan kata maaf juga milik Allah S.W.T.

 

#3-KEUTAMAAN BERSIFAT SABAR

Mudah mengucapkan sabar “Sabarlah, insha Allah kau boleh buat” tetapi untuk melatih diri menjadi orang sabar memerlukan perjuangan.

Perjuangan yang dihadapi oleh orang yang sabar tidak kurang hebatnya. Mereka ini perlu menjaga diri dari rasa gelisah dan menahan lidah dari mengeluh.

Berbicara pada orang yang sedang bersabar tentang keutamaan bersifat sabar.

Janji Allah S.W.T bersama orang yang sabar 

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”

(Surah al-Baqarah: 153)

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. Allah S.W.T akan menjaga, melindungi dan menolong mereka tempuh ujian yang datang. Anda tidak berseorangan dan tidak pula dibiarkan terkontang-kanting seorang diri.

 

Allah S.W.T turut memuji orang-orang yang sabar dan menyanjung mereka.

“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”

(Surah al-Baqarah: 177)

 

“Mereka memperoleh keberuntungan, keselamatan dari sesuatu yang ditakuti dan masuk syurganya Allah”

(Surah ar-Ra’d, ayat 24)

 

Mari lakukan ‘Proses Penyucian Jiwa dengan Zikir Asmaul Husna’
“Ya Allah Ya ‘Affuw (maafkanku), Ya Ghaffar (ampunkanku), Ya Tawwab (terimalah taubatku), Ya Quddus (bersihkan) dan Ya Jalil (jernihkan) hatiku dari penyakit hati, karat dosa, berhala dunia, kotoran syirik dan syaitan yang mengalir dalam darah”

Insha Allah jika dapat dilakukan setiap hari selepas solat, jiwa kita yang dahulu mati akan hidup semula, jiwa yang keras akan beransur-ansur menjadi lembut.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari’

Admin

Ada apa dengan tulisan tangan?
Kami bawakan anda Mac ini SEMINAR JOM HIJRAH (mini series) di Kuantan, Pahang
Jom ramai-ramai mempelajari rahsia di sebalik tulisan tangan.
Tahukah anda, tulisan tangan membawa imej diri seperti:
  • Cara komunikasi
  • Tahap motivasi dan keyakinan diri
  • Jenis emosi
  • Kemahiran berfikir
Dan nak tahu lebih mengenai ilmu analisa tulisan tangan ini, jom hubungi admin di 016-9237881
Info lanjut mengenai testimoni peserta seminar boleh klik gambar dibawah.
* Sampaikan kebaikan untuk mereka yang ingin berhijrah kepada yang lebih baik *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *