Allah Ya Hamiid, Yang Maha Terpuji. Allah satu-satunya yang layak dipuji dan diagungkan kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan segala rezeki dan kebaikan pada mahlukNya

Alhamdulillah, dengan izinNya Seminar Jom Hijrah Dengan Tulisan Tangan berjalan lancar semalam mengikut perancangan dan mendapat kerjasama yang sangat memberangsangkan dari para peserta.

Terima kasih Allah Ya Fattah, Yang Maha Pembuka, telah membuka hati insan-insan ini untuk mengenal diri mereka melalui kaedah daripada tulisan tangan iaitu, grafologi.

#Throwback Seminar

Persediaan sehari sebelum program seminar.

Setiap peserta diberikan Workbook Seminar Jom Hijrah dengan Tulisan Tangan

Produk keluaran daripada Handwriting Analysis Academy iaitu buku Dahsyatnya! Tulisan Ini Milik Siapa dan Graphology Employer Handbook bersama dua DVD sebagai rujukan yang lebih jelas.

TERBARU & TERKINI, sempena seminar yang berlangsung telah dikeluarkan dua DVD baru iaitu DVD 9 ASAS Tulisan Tangan dan DVD Terapi Tulisan Tangan.

Pendaftaran para peserta seawal jam 8.00 pagi.

Alhamdulillah, syukur kami melihat dewan seminar yang full house dengan para peserta.

Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memilih untuk hadir ke seminar ini dan memanfaatkan masa cuti mereka pada perkara yang berkualiti.

Para peserta terdiri dari peringkat umur yang berbeza dan pelbagai latar belakang seperti usahawan, kakitangan, pensyarah, pelajar, dan ibubapa. Teruja kami melihat ada peserta yang datang dari luar Selangor seperti Kedah dan Terengganu.

Ada SLOT ISTIMEWA..

Sharing session dari sahabat-sahabat yang pernah belajar dan menggunakan teknik tulisan tangan dalam mengenal seterusnya memahami karakter diri dan orang sekeliling khususnya suami dan anak mereka. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah S.W.T. Ilmu analisis tulisan tangan hanyalah sebagai alat dan kaedah yang boleh dijadikan panduan.

Perkongsian dari Puan Nurliya Salleh, founder Laawri Workshop.

Menurut beliau:

“Huruf pertama yang saya tukar adalah cara tulis huruf t”

Beliau menaikkan sedikit palang huruf ‘t’ dan selari dengan itu telah memotivasikan beliau untuk memasang matlamat dan membina keyakinan diri berhadapan orang lain. Sebelum ini karakter beliau seorang yang tidak suka bercakap di hadapan.

Perkongsian dari Dr Nurhidayah Roslan

“Saya kenal orang yang tersayang iaitu suami saya setelah belajar tulisan tangan. Rupa-rupanya karakter suami saya berlawanan dengan karakter saya”

Dengan mengenal karakter masing-masing, beliau dapat melakukan komunikasi dua hala tanpa perlu salah paham dan ada yang memendam rasa. Lebih seronok lagi beliau lebih rapat dan menjadi kawan kepada anak beliau.

Kami sangat menghargai atas kesudian Puan Nurliya dan Dr. Nurhidayah berkongsi pengalaman mereka. Semoga dalam perkongsian tersebut dapat membangkitkan semangat para peserta dalam memahami karakter diri dan orang lain.

BONUS SLOT!

Slot bersama Ustazah Edayu Hamdah iaitu Terapi Asmaul Husna dalam penyucian jiwa. Asmaul husna adalah 99 nama Allah yang indah, agung dan mulia sesuai dengan sifat-sifat Allah.

“Daku mengaku tiada daya dan kekuasaan untuk memberi rezeki kepada orang sekelilingku, melainkan yang wujud hanya kekuasaanMu Ya Razzaq Yang Maha Memberi Rezeki yang telah memberi rezeki kepada orang disekelilingku melalui diriku”

Bonding time antara hamba dengan Pencipta

“Daku mengaku segala penyelesai masalah adalah diselesaikan olehMu Ya Fattah yang Maha Membuka segala simpulan dan halangan”

Bonding time sesama peserta

“Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha mempertautkan silaturrahim”

Tahniah kerana menjadi yang terawal di tahun 2018 bersama kami di Seminar Jom Hijrah!

Kami dari Handwriting Analysis Academy Malaysia memohon maaf di atas segala kekurangan dan akan berusaha untuk menambah baik untuk program akan datang. Maklum balas dan cadangan dari pihak anda amatlah kami hargai.

Di doakan agar sedikit perkongsian kami memberi manfaat kepada kalian dan mencetuskan rasa semangat untuk anda memperbaiki kekurangan dan menambah baik kelebihan. InsyaAllah

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *