SOCIAL INTELLIGENCE FOR ENTREPRENEUR

Tempoh hari direzekikan Allah Ya Razzaq untuk Azura Hashim bersama usahawan dibawah KPDNKK berkongsi ‘Tip Usahawan Cemerlang dengan Rahsia Tulisan Tangan’.

Penting sangat mengenali karakter terutama sekali usahawan dalam meningkatkan potensi bekerja dan pemilihan bakal pekerja yang serasi dengan jawatan yang akan diduduki oleh mereka. Penting memang penting memilih pekerja yang terbaik bagi membentuk satu pasukan yang utuh dan berjaya dalam industri.

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sebagaimana dalam Surah At Tin, ayat 4:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

Insha Allah, tiada lagi kesulitan dan stress bila mana sebagai majikan anda kenal karakter pekerja dan boleh meletakkan pekerja tersebut pada jabatan yang padan dengan potensi sebenar diri dia. Barulah harmoni syarikat dan produktiviti meningkat.

Azura Hashim turut berkongsi ‘Teknik untuk Mengenal Pasti dan Tip-Tip Pembangunan Karakter Pemimpin’ kerana setiap insan sebenarnya adalah pemimpin. Karakter pemimpin boleh dipupuk dan dipraktikkan.

 

#THROWBACK BERSAMA USAHAWAN CEMERLANG

Jutaan terima kasih pihak KPDNKK atas jemputan. Semoga perkongsian yang disampaikan oleh Azura Hashim membangkitkan semangat peserta kearah usahawan cemerlang dunia akhirat yang diredhai Allah. Yang sentiasa menyebarkan manfaat dan kebaikan.
Ini semua adalah ilmu milik Allah Ya Alim pemilik seluruh ilmu di alam buana.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Leave a Reply