SEMINAR

Jom Hijrah

DENGAN TULISAN TANGAN

MINI SERIES | KUANTAN

4 MAC 2018 | 9.30AM-12.30PM
BILIK SEMINAR MAKASYA, KUANTAN

Ajaibnya Bila Hijrah Mengubah Tulisan Tangan

Jika YA, teruskan bacaan anda…

KENALI KARAKTER DAN PERSONALITI DIRI ANDA MELALUI TULISAN TANGAN

Berapa lama sudah anda hidup tetapi masih lagi tidak tahu kekuatan dan kelemahan diri anda yang sebenarnya. Mungkin ketika ini anda merasakan bosan di tempat kerja. Ia mungkin berpunca daripada kerja yang anda sedang lakukan itu tidak ‘kena’ dengan jiwa anda yang sebenarnya. Lama-kelamaan anda jadi stress anda tidak produktif.

ATASI KETAKUTAN ANDA

Bagaimana untuk mengenal ketakutan yang selama ini menghalang kejayaan anda. Dan bagaimana untuk melenyapkan ketakutan tersebut  dengan teknik brainwriting.

TINGKATKAN KEYAKINAN ANDA

Anda mungkin tidak perasan selama ini anda tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Tulisan tangan anda akan bongkarkan segalanya. Ketahui teknik untuk mengubah minda, menjadikan anda individu baru yang lebih berkeyakinan dan lebih bersemangat.

TINGKATKAN KEPIMPINAN ANDA

Tahukah anda, tahap kepimpinan boleh dibentuk. Dengan memahami tulisan tangan, anda berupaya menjadi pemimpin yang lebih baik.

UBAH TANDATANGAN YANG MENGHALANG KEJAYAAN

Tandatangan anda mungkin menghalang anda untuk mencapai kejayaan yang maksima. Anda akan pelajari bentuk tandatangan yang paling sesuai untuk membawa anda kepada kejayaan.

Untuk Diri Sendiri

Anda dapat mengetahui potensi sebenar diri anda dan  memilih kareer yang sesuai dengan kebolehan dan potensi diri anda.

Untuk Anak-Anak

Anda dapat memahami karakter sebenar anak anda dan mendidik mereka bersesuaian dengan potensi sebenar mereka.

Untuk Pasangan

Anda dapat mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi, dan dapat menerima kekurangan pasangan dengan lebih baik

Untuk Pekerja Anda

Anda dapat meletakkan pekerja anda di tempat yang betul. Barulah perniagaan anda maju sebab semua pekerja memaksimakan kebolehan masing-masing.

Untuk Pelajar Anda

Anda dapat menolong pelajar-pelajar anda untuk memilih jurusan yang tepat dengan bakat dan minat yang dimiliki.

Bagaimana Saya Terjebak Dengan Dunia Grafologi?

Bermulanya saya dengan grafologi  secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.

Bayangkan, umur baru 7 tahun terpaksa pergi kelas tambahan membaca. Kelas tersebut pun bukannya murah. Dikatakan, murid-muridnya boleh membaca sepantas 6 bulan berada di program itu. Tapi, anak saya yang seorang ni masih lagi tak boleh membaca. Saya buntu!

Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia

Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri. 

Oleh sebab itulah saya terbitkan buku pertama saya ini sebagai satu initiatif untuk membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap buku ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.

AZURA HASHIM
Certified Master Of Handwriting Analysis
Certified NLP Coach
Entrepreneur

PENAMPILAN AZURA HASHIM DI MEDIA

“KENAL DIRI DAN PASANGAN” - Aini Shamsul

Saya dapat mengenali diri sendiri dan pasangan saya. Saya juga dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam pengurusan HR syarikat saya. Ilmu ini sangat-sangat mahal ! Tak terbanding dgn nilainya. Setelah saya telah berusaha untuk ubah huruf ‘d’ dan ‘t’ saya, ia memberi kesan yang sangat-sangat besar dalam hidup saya. Dulu ‘d’ saya ada looping besar. Setelah saya ubah, saya lebih flexible dan kurang sensitif. Ini dapat membantu dalam memperbaharui hubungan saya dengan keluarga terutamanya.

“SAYA UBAH CARA SAYA MELAYAN ANAK” - Roslin Kamal

The best handwriting class ever. Selepas balik dari kelas terus saya suruh anak menulis atas kertas putih. Dengan ilmu ini saya mula selidiki yang saya jenis diktator. Anak saya pula jenis perlukan sentuhan dan kasih sayang. Dengan itu saya perlu mengubah cara mendidik dan melayan anak saya. Saya mengaku sikap saya memang begitu, jadi ada yang kena berubah. Saya kena lebih banyak bersabar dan fokus.  

“PANTAU TULISAN ANAK-ANAK UNTUK MASA DEPAN YANG CERAH DAN POSITIF” - Yatt Hayati

Saya kenal dan perbaiki kelemahan saya dari tulisan saya. Dan yang pentingnya saya dapat pantau anak – anak saya melalui tulisan mereka. Saya latih mereka untuk tukar huruf-huruf unik itu untuk jadikan mereka lebih positif dan cipta masa depan yang lebih baik.

Bilik Seminar Makasya, Makasya Trading & Services
B 14, Tingkat Bawah, Jalan Haji Ahmad 3, Sri Pahang Business Centre, 25300 Kuantan, Pahang

https://goo.gl/maps/o4HMm9TwXWx

Perlukan Bantuan?

Hubungi 016-923-7881

Klik untuk terus Whatsapp

Mengenali Diri Orang Lain Adalah Kebijaksanan. Mengenali Diri Sendiri Adalah Kebahagiaan.