Rata-rata pasangan yang telah puluhan tahun berkahwin seakan hilang sikap romantik antara satu sama lain. Pasangan veteran ini berpendapat bahawa romantik ini tidak sesuai lagi ditunjukkan dalam hubungan mereka. Kesetiaan dan tanggungjawab yang dilaksanakan sudah cukup menggambarkan kecintaan mereka pada pasangan.

Lainlah pasangan muda, baru berkahwin pula. Mereka kata pasangan muda sesuai untuk bersikap romantik dengan pasangan, berlemah lembut bagi mengukuhkan ikatan perkahwinan yang baru dibina.

Tahukah anda?

Romantik itu sifat Rasulullah S.A.W.

 

TIPS ROMANTIK CARA RASULULLAH S.A.W

#1-Berkongsi Makanan Bersama

Aisyah r.a. menceritakan:

“Suatu ketika aku telah minum. Ketika itu aku sedang haidh lantas aku memberikan gelasku kepada Rasulullah dan baginda meminumnya dari kesan mulutku di gelas itu.
Dalam kesempatan lain aku memakan sepotong daging, lantas aku memberikan baginda potongan daging itu dan baginda memakannya tepat di tempat aku memakannya.”

HR. Muslim

Jemput Baca: Makan Bersama Walau Sekejap

 

#2-Bergurau Senda dengan Pasangan

Rasulullah S.A.W juga sering bergurau bersama isteri baginda. Aisyah r.a telah berkata yang bermaksud:

Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya.
Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.”

HR Abu Daud

Jemput Baca: Adab Bergurau Senda dengan Pasangan

 

#3-Meluangkan Masa Bersama-sama

Rasulullah S.A.W adalah seorang pemerintah Negara, pemimpin angkatan tentera, penyampai wahyu malah kekasih Allah tetapi masih mampu meluangkan masa emasnya bersama isteri baginda.

Diriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan. Katanya:

“Hari itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (Aishah r.a.) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya atau Rasulullah S.A.W yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya.
Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi baginda. Baginda berkata: Biar yang lain wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.”

HR al-Bukhari

 

#4-Mengkhabarkan Kepergian Baginda kepada Isteri

Semua tahu, seorang isteri wajib mendapat izin suami jika mahu keluar ke mana-mana malah ketika ingin melakukan sesuatu. Tidak ada perintah serupa pula untuk para suami.

Namun, Rasulullah S.A.W. mempraktikkan amalan memberitahu dan mengkhabarkan kepergian baginda kepada isteri baginda.

Mengikut satu riwayat, Sayidatina Aishah r.a pernah bertindak mengekori Rasulullah S.A.W. pada waktu tengah malam ketika sedar Rasulullah S.A.W keluar tanpa memaklumkan kepadanya yang sedang tidur. Diekorinya Rasulullah S.A.W hingga jelas di matanya, Rasulullah SAW mengunjungi makam Baqi’ dan berhenti seketika serta membacakan tiga doa. Usai berdoa, Rasulullah S.A.W kembali ke rumah.

Tindakan Sayidatina Aishah diketahui oleh Rasulullah S.A.W lalu baginda Rasul menjelaskan: “Jibril datang kepadaku dan menyampaikan agar aku segera ke Baqi’. Aku sangkakan kau tidur lena maka aku keluar tanpa memaklumkannya kepadamu.”

 

#5-Membantu dengan Kerja Rumah

Rasulullah S.A.W juga membantu isteri baginda dalam melakukan kerja di rumah. Diriwayatkan daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang bermaksud,

“Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi S.A.W kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya iaitu membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk sembahyang (ke masjid).” 

HR al-Bukhari

 

#6-Ambil Tahu Emosi Pasangan

Diceritakan daripada hadis Aisyah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya yang bermaksud:

“Aku tahu masa anda redha dan marah kepadaku.”Bagaimana anda mengetahuinya wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika anda senang denganku, anda akan berkata; tidak demi Rabb Muhammad. Sementara jika anda marah terhadapku, anda akan mengatakan; tidak demi Rabb Ibrahim. Aisyah r.a berkata; “Tepat wahai Rasulullah. Demi Allah, namun aku tidak mendiamkanku (ketika aku marah) kecuali tidak menyebut namamu.”

HR Bukhari dan Muslim.

Aisyah masih kekal bersopan terhadap suaminya walau dalam keadaan marah. Aisyah masih kekal melayan suaminya dengan baik, malah bercakap dengan suaminya hanya tidak menyebut nama suami sebagai tanda protes dan tanda emosinya terganggu. Dalam masa yang sama, Rasulullah S.A.W. pula sebagai suami berusaha untuk memahami dan dalam masa yang sama, berusaha memujuk.

 

Rasulullah S.A.W adalah idola dan contoh suami terbaik dalam perkahwinan. Sabda Nabi yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku”

HR al-Tirmizi

Baginda sentiasa bersikap romantik kepada isteri baginda dari zaman mudanya hingga ke tua. Mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W dalam kehidupan sama seperti kita mengamalkan sunah Rasulullah. Insha Allah, mana-mana pasangan melakukannya dengan tujuan mengamalkan sunah pasti akan mendapat pahala daripada Allah S.W.T.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan Kebahagiaan…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *