Tandatangan dan tulisan tangan boleh dianalisa melalui ilmu grafologi. Tandatangan jauh lebih jujur daripada tulisan tangan. Sebab tandatangan jarang-jarang sekali berubah sedangkan tulisan tangan senang berubah.

Sudahkah anda cukup mengenali tokoh yang akan diceritakan ini dengan lebih mendalam?

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang cukup dikenali di dalam dan di luar Malaysia atas bakat kepimpinan beliau. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda analisa tandatangan Tun Dr Mahathir yang menceritakan karakter-karakter lain yang menyokong sifat beliau sebagai seorang ketua negara Malaysia.

 

RAHSIA DISEBALIK TANDATANGAN TUN DR MAHATHIR

Jom kita lihat kepada gabungan tulisan dan tandatangan Tun M. Beliau adalah seorang yang…

#1-Mempunyai Karakter Kepimpinan yang Kuat

Ini memang terbukti nampak jelas karakter yang kuat. Untuk kita semua sebenarnya boleh di asah untuk lebih menyerlah. Namun, ramai juga yang Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin kurniakan karakter ini memang kuat dalam diri mereka. Contohnya Tun M sendiri.

 

#2-Berfikiran Positif

Ini sangat penting sebagaimana hadis mengatakan bahawa Allah itu mengikut sangkaan hambaNya.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata bahwa Nabi S.A.W bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku.

Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”

(HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675)

Hadis di atas mengajar kita untuk bersangka baik pada Allah S.W.T dan sentiasa mengharapkan kepadaNya. Dalam erti kata lain adalah berfikiran positif. Allah Ya Baari’, Yang Maha Mengatur, segala aturan yang berlaku adalah dibawah perancanganNya dan kehendakNya.

 

#3-Tinggi Benchmark

Allah Ya Alim mengurniakan kebijaksaan kepada Tun Mahathir dengan banyak idea dan buah fikiran yang kadang tak terfikir oleh orang lain.

 

#4-Diplomasi

Dalam ketegasan, Allah Ya Latif mengurniakan Tun Mahathir pandai mengambil hati dengan ayat diplomasi bila berkata- kata.

 

#5-Keyakinan yang Tinggi

Disebabkan yakin dan tahu apa yang dilakukan, ada kala Tun Mahathir mengambil sikap kurang terbuka kepada pendapat orang lain.

Baik, ada banyak lagi boleh dihuraikan daripada satu bentuk tandatangan. Cuma buat masa ini hanya menceritakan lima karakter sahaja. Apa-apa pun, segala ilmu adalah dari Allah pemilik seluruh alam buana.

Wallahua’lam.

AKAN DATANG !

” SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TANDATANGAN “

Jom analisa tandatangan anda pula dan berjumpa terus dengan Puan Azura Hashim pakar analisa tulisan tangan dari KAROHS International School of Handwriting Analysis
Info lanjut klik pada gambar

 

Dijemput daftar seminar dengan kami untuk anda pula bongkar rahsia di sebalik tandatangan anda !
DAFTAR SEMINAR
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply