Ungkapan “Bercinta Selepas Nikah” sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Pengarah drama dan penulis novel juga tidak mahu ketinggalan menghasilkan karya-karya cinta seperti kahwin terpaksa, kahwin kerana pilihan ibu bapa yang kemudian akan bertukar menjadi sebuah cinta yang bahagia.

Anak-anak muda yang terpengaruh sudah pasang niat mahu kahwin dahulu kemudian baru bercinta. Insha Allah, niat yang dilafazkan untuk tujuan yang baik akan dipermudahkan jalannya oleh Allah S.W.T.

Jom teruskan pembacaan untuk tahu cerita tentang persepsi dan pengalaman sebenar dari mereka yang memilih untuk bercinta selepas nikah.

 

JAWAPAN UNTUK BERCINTA SELEPAS NIKAH

#1-Tidak Mahu Buang Masa

Pernah putus cinta suatu ketika dahulu menyebabkan perasaan ingin bercinta semakin kurang, sebaliknya mahu terus mempunyai komitmen iaitu mendirikan rumah tangga. Bukan menolak hubungan percintaan, namun difikirkan adalah lebih baik bernikah untuk hubungan lebih serius.

Berdasarkan pengalaman saya, bercinta itu merugikan. Lebih-lebih lagi apabila bercinta dalam tempoh lama, namun akhirnya tidak membuahkan apa-apa hasil iaitu mendirikan rumah tangga. Tidak salah jika ingin bercinta, namun pada saya, adalah lebih baik jika bernikah terus.

Tiada perasaan sayang atau cinta ketika mula berkenalan, sebaliknya hanya merasakan wujud chemistry dengan suami apabila mempunyai hobi yang sama.

Apabila suami melamar ketika itu, saya tidak fikir panjang dan terus menerima kerana sebelum itu, sudah berniat nak nikah untuk kumpul pahala dan nikmat yang Allah SWT janjikan apabila kita bernikah.

Nikah dulu baru bercinta sebenarnya memberikan peluang kepada setiap pasangan untuk terus mengenali diri masing-masing, sesuai dengan sifat dan sikap manusia yang sering berubah.

 

#2-Nikah Dulu Baru Bercinta Lebih Ikhlas

Nikah dulu baru bercinta menanam sikap lebih ikhlas antara pasangan untuk mengenali hati budi masing-masing bagi melayari bahtera rumah tangga. Konsep itu juga menunjukkan golongan muda mula tidak percaya atau enggan berada dalam hubungan cinta yang terlalu lama.

Bercinta sebelum kahwin dalam tempoh lama akan memberi satu harapan kepada setiap pasangan dan jika berakhir di tengah jalan, sama ada pasangan itu boleh menghadapinya atau keadaan menjadi buruk.

Jika di negara Barat, pasangan kekasih tiada batasan, namun di Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam, hubungan perlu ada batasan dan mengikut hukum agama supaya tidak terpesong dan terlanjur. Sehubungan itu, konsep nikah dulu baru bercinta amat bagus. Apabila hubungan sudah dihalalkan, maka pasangan boleh mengenali dan menikmati kemanisan rumah tangga.

 

#3-Jangan Takut dengan Komitmen

Apabila bercakap soal nikah, pasti timbul isu komitmen. Alam rumah tangga memerlukan komitmen tinggi kerana cara hidup mula berubah dan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran serta dugaan.

Bagaimanapun, perasaan was-was itu hanya akan melemahkan diri, sebaliknya perlu berpegang kuat pada niat yang diingini.

Saya percaya kepada perancangan Allah SWT. Perkahwinan saya dan isteri adalah ketentuan tuhan biarpun kami hanya berkenalan selama tiga minggu dan tidak sempat bercinta seperti pasangan lain.

Tidak perlu bimbang mengenai komitmen apabila sudah berkahwin kerana rasa tanggungjawab itu secara automatik akan ada dalam diri kerana inginkan rumah tangga yang bahagia dan di jalan yang benar.

Pada saya, bercinta dulu baru nikah atau nikah dulu baru bercinta adalah perkara sama, cuma situasi berbeza. Apa yang paling penting, jangan terlalu terpengaruh dengan drama-drama yang memaparkan jalan cerita fairy tale.

 

Persepsi dan pandangan ini diambil dari artikel Utusan Online: Bahagiakah Bercinta Selepas Nikah  Artikel penuh klik sini.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sesungguhnya lebih banyak manfaat yang tersembunyi dalam bercinta selepas nikah jika dibandingkan bercinta dahulu kemudian nikah. Namun begitu, tidaklah menolak kenyataan bahawa bercinta dahulu sebelum nikah adalah salah. Cuma, pasangan yang bercinta sebelum nikah ini harus jaga-jaga dan patuhi batas syarak yang dibenarkan. Perkara yang menjadi keutamaan harus ada matlamat jelas dalam perhubungan iaitu perkahwinan. Bukan sekadar hubungan suka-suka bagi mengisi masa lapang.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan Kebahagian…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

Dapatkan TIP-TIP KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA, antaranya:
1. Keserasian dan kefahaman yang dicari
2. Atasi ketakutan yang mengagalkan hubungan anda
3. Tingkatkan keyakinan dalam pembinaan rumahtangga
4. Mengetahui kelemahan untuk mengecapi kebahagiaan

Jom Pre Order Buku ini sekarang!! Klik BUKU LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply