Kekurangan yang dimiliki terkadang membuatkan kita mengimpikan keadaan yang sebaliknya, yang lebih baik, lebih cantik, lebih pandai dan lebih berduit. Namun seringkali impian tersebut membuatkan kita lupa diri.

Life is Not A Race. Hidup bukan satu perlumbaan, siapa yang lebih mendahului dia yang berjaya. Tetapi hidup adalah sebuah perjuangan yang boleh dimulai apabila kita mahu belajar menerima diri sendiri.

 

PENTINGNYA SELF-ACCEPTANCE

#-Penerimaan Diri Sendiri

Banyak sahabat kita pada hari ini suka menyalahkan diri sendiri dengan perkara yang menimpa mereka apatah lagi dalam waktu itu juga datang ujian lain yang menduga keupayaan mereka. Situasi yang disengajakan ini boleh mengundang tekanan pada diri sendiri.

Kita BOLEH BERJAYA dan BOLEH MENERIMA DIRI SENDIRI apabila:

  • Kita tahu cara menyayangi diri sendiri
  • Kita tidak menyerah pada kelemahan dan kekurangan diri
  • Kita tidak suka pada kritikan tapi kita mampu untuk berhadapan dengan kritikan dan jadikan sebagai kekuatan untuk berubah
  • Kita boleh bertanggungjawab atas pilihan dan keputusan yang diambil
  • Kita sudah ada keyakinan dan tidak berasa malu dengan kekurangan diri

Dengan belajar menerima diri sendiri, sedikit sebanyak beban yang dirasakan akan berkurang, jadi ringan baru boleh bahagia.

Setiap hari niatkanlah untuk kita menjadi seseorang yang lebih baik dari semalam, semoga dengannya akan memudahkan proses menerima diri dengan baik.

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan semalam, celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.” -Saidina Ali (r.a) –

 

#-Penerimaan Diri Anak Bermula Dengan Ayah Ibunya

Penerimaan diri seorang anak bermula daripada cara penerimaan ayah dan ibu terhadap dirinya.

Berharganya seorang anak bukan atas sebab pencapaian akademiknya atau rupa paras yang sempurna cantik atau atas sebab lain yang membawa kebanggaan kepada ayah ibunya.

Anak adalah harta yang berharga, sangat berharga kerana harta ini jika elok jagaannya akan dapat memperoleh kebaikan dunia dan akhirat. Lagipun, anak ini adalah harta pinjaman Allah S.W.T yang bila-bila masa sahaja Allah akan mengambilnya semula.

Sebelum kenikmatan ini hilang, ayah ibu doakanlah yang baik-baik untuk anak-anak. Semoga penerimaan ayah ibu akan anaknya maka akan menolong anaknya juga menerima dirinya sendiri.

Dengan anak yang boleh menghargai dirinya secara positif, baru boleh membina keyakinan pada diri anak.

Kerana, kesukaran ayah ibu untuk menerima, akan bertambah sukar lagi bagi anak untuk menerima diri mereka sendiri. Membesar dengan merasakan diri mereka tidak layak akan mempengaruhi cara hidup mereka pada masa akan datang.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Garis Asas Bergelombang

Jika garis asas anda bergelombang, ia menggambarkan anda seorang yang mudah berubah-ubah perasaan. Sekejap gembira, sekejap sedih. Mungkin anda terlalu tertekan dengan gaya hidup yang suka mengejar ‘expectation’ orang lain daripada kualiti diri sendiri.

Jika hujung ayat kebanyakannya menurun anda seolah-olah memberitahu anda sedang berputus asa.

TERAPI TULISAN TANGAN

“Lenyapkan 11 Ketakutan yang Menghambat Diri dari Menjadi Lebih Berjaya dan Bahagia” 

Jom dapatkan DVD Terapi Grafologi yang mengandungi 11 Modul untuk fahami cara membuang karakter negatif yang anda miliki

Info lanjut, klik link: http://graphology.com.my/dvd-tutorial-terapi-grafologi/

Menerima diri tidak semudah membalikkan telapak tangan. Menerima diri sama seperti redha atas ketentuan dan takdir Allah. mohonlah pertolongan dariNya, Allah Ya Wahhab. Semoga dengan bantuan Allah dan namanya Ya Nuur dipancarkan cahaya Makrifat dalam jiwa agar kita mampu melihat kebaikan di sebalik setiap manusia dan peristiwa. Insha Allah, Biidznillah Ya Baari’.

Wallahua’lam

Admin.

Leave a Reply