Masalah komunikasi adalah salah satu sebab penyebab meningkatnya kes penceraian. Isu-isu yang biasanya berbangkit adalah seperti

  • Suami yang tidak mahu mendengarkan isteri ketika mengeluh
  • Isteri yang merasa tidak dihargai oleh suami atas usahanya
  • Suami yang menganggap isteri terlalu banyak berbicara pada saat suami sedang kepenatan
  • Suami yang merasa tidak dipercayai akan kemampuannya ketika dia berhadapan dengan masalah 

Umumnya, kita mengetahui ciri-ciri komunikasi yang berjaya adalah tepat penggunaan bahasa, nada suara, bahasa badan dan informasi yang disampaikan terkandung kebaikan. Namun, ada satu lagi kekurangan dalam komunikasi yang ramai tidak sedar.

Apakah kekurangan tersebut?

Kurangnya Nilai Empati dalam Komunikasi

Rasa empati diharapkan mampu kita tunjukkan saat orang lain tertimpa musibah, walau ketika itu emosi kita juga tidak berapa baik.

Empati bermaksud kemampuan kita merasakan emosi orang lain, ditambah dengan keupayaan kita ikut membayangkan apa yang orang lain fikir dan rasakan.

Ada beza antara empati dan simpati…

Empati sifatnya lebih mendalam dari simpati. Simpati umumnya menunjukkan sikap prihatin terhadap apa yang orang lain rasakan tanpa memandang bahawa perlu atau tidak untuk membantu seseorang tersebut menangani kesulitannya, sebab dia merasa bahawa masalahnya juga sama.

 

EMPATI DALAM KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

Kebolehan meletakkan nilai empati dalam komunikasi contohnya suami atau isteri yang mendengarkan pasangannya dengan sepenuh perhatian dan bersedia menerima pesan dari pasangan. Empati juga dapat dilihat dengan tindak balas yang diberikan oleh pasangan seolah-olah dia juga mengalami hal yang dihadapi oleh pasangannya.

SITUASI 1

Perasaan isteri:

Ketika isteri menceritakan pada suaminya tentang masalah dirinya, kejadian-kejadian yang dia alami selama tidak bersama suaminya. Tentu seorang isteri akan berharap bahawa suaminya menumpukan perhatian kepadanya, mendengar dan menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut.

Tapi terkadang perkara tersebut tidak terpenuhi. Biasanya suami seperti tidak menunjukkan minat dan fokus pada perkara yang diceritakan isteri. Lalu dia akan memotong percakapan  isteri, membuat kesimpulan sendiri dalam fikirannya tanpa menanyakan isteri cerita lebih lanjut. Perkara ini membuat isteri terkadang merasa tidak disayangi dan jadi enggan untuk bercerita kembali pada suami.

Perasaan suami:

Sementara suami menganggap bahawa kelakuannya sudah mencerminkan kasih sayang ketika memotong percakapan dan memberikan cadangan penyelesaian ketika isteri mengeluh dan menceritakan masalahnya.

 

SITUASI 2

Ketika suami pula berkongsi tentang masalahnya pada isteri, mereka berharap isteri menjadi pendengar yang baik. Tapi kebiasaanya isteri akan memberi maklum balas yang cenderung kearah menasihati. Jika terus-menerus hal ini berlaku suami akan menganggap ketidak percayaan isteri terhadap kemampuan dirinya.

 

” Kebolehan untuk berkongsi perasaan dengan orang lain itulah empati “

Jujurnya wanita mempunyai lebih empati berbanding lelaki. Ini dipengaruhi oleh emosi wanita yang lebih mudah melahirkan perasaan sedih, gembira, marah dan kecewa berbanding lelaki. Lelaki tidak menunujukkan emosinya secara terbuka.

Kelebihan-Kelebihan Memiliki Sifat Empati:

  1. Meletakkan diri dalam situasi orang lain yang ditimpa musibah contohnya akan  dapat membantu kita memahami perasaan, mempelajari kesusahan dan pengalaman orang tersebut.
  2. Individu yang memiliki rasa empati yang cukup tinggi, akan menyingkirkan kepentingan diri sendiri dan akan membantu orang lain terlebih dahulu.
  3. Rasa empati melatih diri mengurangi prasangka buruk dan rasisme terhadap seseorang.
  4. Menambah nilai empati dalam perhubungan akan masing-masing akan cuba memahami emosi pasangan yang membawa kepada keutuhan rumah tangga.

 

Empati suatu nilai yang penting dalam komunikasi suami isteri. Berusahalah melihat dari sudut pandang pasangan kita sehingga kita boleh mendengarkan luahan yang disampaikan oleh pasangan dengan baik seterusnya dapat memberikan tindak balas seperti yang diinginkan oleh pasangan.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Sumber: Peranan Empati Dalam Komunikasi Suami Isteri

 

Sebarkan Kebahagiaan…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply