Krisis rumah tangga yang tiada penyelesaiannya lama kelamaan akan merosakkan hubungan suami isteri. Selalunya isteri yang akan risau lebih, memikirkan banyak perkara dan andaian yang berbagai-bagai. Sementara si suami lebih suka berlagak ‘cool’ dan merasakan semuanya akan baik-baik sahaja.

Syaitan amat suka mendekati pasangan yang bergaduh, bermasalah dan bermasam muka. Janji syaitan kepada Allah, syaitan akan memecah belahkan manusia dan memperdayakan mereka dengan tipu helahnya sehingga mereka sama-sama masuk ke neraka bersamaanya.

Allahu…

Segeralah mohon perlindungan Allah S.W.T.  Kuasa Allah S.W.T itu Maha Hebat, Maha Berkuasa dan segala kebesaran dibawah kekuasaanNya.

Ayuh! Bangun, dirikan solat sunat hajat. Mengadulah pada Allah dan mohonlah pertolongan kepadaNya supaya dikurniakan jalan keluar. Solat sunat hajat adalah antara solat sunat yang dianjurkan untuk memohon hajat ketika berhadapan permasalahan, kesukaran, musibah dan lain-lain lagi.

 

Amalan Solat Hajat

Sebelum kita menghadap pencipta Agung, Allah S.W.T hendaklah kita bersihkan diri dan kemudian berwudhu dengan tertib.

Langkah 1:

Lakukan Solat Sunat Hajat

Lakukan solat hajat sebaiknya 2/3 malam. Minta Allah S.W.T buka pintu hatinya supaya kembali kepangkuan serta kasih sayangnya kepada anda dan anak-anak.

Minta Allah S.W.T tutupkan pintu hatinya kepada perkara-perkara berikut:

  • Lupa kepada kekasih gelapnya.
  • Hilangkan keinginan untuk berjudi.
  • Hilangkan ketagihan arak jika suami seorang pemabuk.
  • Dan yang lainnya yang menjadi penyebab krisis rumah tangga anda.

Kadang ada yang iri hati, menggunakan sihir atau menghantar jin berdamping dengan anda tanpa pengetahuan anda menyebabkan suami kadang-kadang tengok muka isteri cukup benci sekali. Tawakal padaNya.

Jemput Baca: Rahsia Besar Solat Sunat Waktu Malam

 

Langkah 2:

Berdoalah Dengan Beradab kepada Allah Selepas Solat 

1. Istighfar 100x

 

2. Selawat keatas Nabi junjungan mulia 10x

 

3. Bacaan Doa daripada Kitab Al-Quran

#Doa Menutup dan Membuka Pintu Hati

Dalam Surah al-Maidah, ayat 15 & 16.

Maksudnya:

Ayat 15

“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad S.A.W) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan Ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah. dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.” 

Ayat 16

“Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” 

 

#Doa Memohon Ketabahan Hati

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 250.

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”.

 

5. Doa Perlindungan dari Sebarang Sihir

Dalam Surah al-An’am, ayat 61

Maksudnya:

“Dan, Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).”

Dalam Surah Hud, ayat 57.

Maksudnya:

“Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang akan diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepadaNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu” 

Dalam Surah al-‘Araf, ayat 118

Maksudnya:

“Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka lakukan

 

#Doa Minta Kebahagiaan Sejati atau Doa Pengikat Kasih Sayang

Dalam Surah Shaad, ayat 42.

Maksudnya:

“(Maka Kami kabulkanlah permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).”

 

#Doa Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 201.

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka” 

Sumber: kisahsuamiisteri.files.wordpress.com

 

Perkahwinan adalah sebuah perjalanan bersama yang panjang dan getir. Segala kesusahan dan kesukaran haruslah ditempuhi bersama untuk mencapai matlamat perkahwinanan yang utama; hingga ke jannah ( syurga abadi milik Allah). Jangan cepat berputus asa, selalu ingat kita ada Allah, Allah Ya Rahman Ya Rahim. Allah Ya Fattah, bukakanlah jalan keluar bagi permasalahan kami ini.

Wallahualam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan Kebahagiaan…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *