SIFAT PELUPA sering dikaitkan dengan orang tua yang lanjut usia. Akan tetapi, cerita ini sudah tidak relevan lagi. Ini disebabkan golongan yang masih muda, masih bersekolah dan masih anak remaja juga mengalami masalah pelupa ini.

Besar atau tidak masalah ini bagi anda?Tepuk dada tanya diri

Bagaimana seusia muda sudah menunjukkan sifat pelupa yang kronik. Mungkin berpunca dari cara pemakanan, masalah tekanan dan pengurusan diri.

Jangan tinggalkan masalah tanpa mengatasinya. Positifkan diri pasti ada solusinya

(1) Ya Allah Ya ‘Alim, nampakkan padaku punca masalah ini
(2) Ya Allah Ya Nuur, pancarkan cahayaMu pada masalah ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan masalah ini
(3) Ya Allah Ya Fattah, bukalah jalan penyelesaian untuk kami
(4) Ya Allah Ya Hakim Ya Rashid kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam membantu kami mengatasi masalah ini

LUPA? 3 TIP MENGATASINYA

1.MENJAGA PEMAKANAN

Perkara pertama kena jaga makan sebab apa yang kita makan menjadi darah daging. Para ilmuan dan cendekiawan sangat menjaga pemakanannya sebab mereka sangat memelihara ilmu, takut-takut mereka lupa akan ilmu yang dipelajari.

Cara pemakanan dan jenis makanan yang kita ambil diteliti khasiat dan kesannya.

Makanan ringan sangat tidak sihat untuk perkembangan minda kerana mengandungi bahan-bahan kimia yang berlebihan dan menjejaskan

Pemakanan terbaik datang dari makanan sunnah seperti madu, kismis dan habattus sauda dapat menguatkan daya ingatan

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Barang siapa ingin memiliki hafalan (yang kuat) hendaklah dia meminum madu.”

Bagi yang mahu menjaga pemakanan dengan diet, anda boleh diet dengan berpuasa sunat. Rehatkan tubuh kita dengan berpuasa. Puasa memberi kerehatan pada tubuh badan dan menstrukturkan minda.

 

2.MENGAWAL STRESS

Stress terjadi akibat dari cara hidup yang tidak teratur. Stress pada urusan kerja, sekolah anak, kewangan, kesihatan dan hubungan perkahwinan

Bila mana anda memikirkan banyak perkara, anda susah untuk fokus dan cenderung untuk cepat lupa.

Penyakit lupa boleh diubati dengan dekatkan diri pada Allah. Perlahan-lahan jom solat, baca al-quran dan berzikir.

 “Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya diwaktu pagi dan petang”
Surah al-Ahzab: 41-42
“dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa”
Surah al-Kahfi: 24

Kawal stress boleh bantu anda berfikir dengan jelas ditambah lagi terapi hati yang menyembuhkan dan membuka jalan keluar bagi sesiapa yang berusaha. Insha Allah

Seimbangkan antara ibadah, kerja dan hubungan sosial anda. Jangan melakukan terlalu banyak perkara sekaligus, sebaliknya rancang dan susun satu persatu urusan.

 

3.PENGURUSAN DIRI MELALUI JADUAL

Jadual kerja tidak perlulah yang rumit dan sempurna. Cukup ada nama tugasan, tahap kepentingan dan tempoh masa untuk kita rujuk dan sentiasa peka.

Pengurusan TERBAIK:

  • Dahulukan kerja anda dengan melakukan kerja-kerja yang penting diawal pagi
  • Tetapkan had masa untuk setiap tugas.
  • Sentiasa periksa jadual kerja sebelum memulakan tugas yang baru
  • Fokus dalam menyiapkan tugasan
  • Mengawal masa 10 minit lebih awal (boleh guna telepon sebagai penjaga masa) supaya lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.

Jadual sebagai rujukan.

Pernah kan anda tengah buat kerja tiba-tiba mesyuarat. Habis mesyuarat, dapat tugasan baru, seronok dapat kerja yang baru. Teruja nak siapkan tugasan tersebut segera. Macam mana yang pertama tadi, mesti dah lupa kan? sebab itu pentingnya ada jadual. Rujuk balik jadual dan susun tugasan ikut kepentingan.

Ada juga jenis individu yang sengaja tangguhkan kerja dan beri pelbagai alasan; sekejap lagi aku buat, lepas makan baru sambung. Akhirnya leka dan lupa. Eh, lupa lagi..

Anda boleh lihat, sikap suka bertangguh ini mengundang kita untuk akhirnya lupa. Suka bertangguh sikap yang melemahkan individu, menganggu gerak kerja dan memberi masalah dalam kerjasama berkumpulan

 

SUKA BERTANGGUH MEMBAWA KEPADA LUPA, ATASI SIKAP SUKA BERTANGGUH DENGAN ILMU GRAFOLOGI

 

Grafologi adalah kajian kepada tulisan tangan. Ilmu dalam grafologi bukan hanya menterjemah makna tulisan anda tetapi mendorong rangsangan minda bawah sedar anda untuk mengubah tulisan anda kepada bentuk yang lebih positif. Oleh sebab itu, grafologi juga dikenali sebagai psikologi tulisan tangan.

Kenal pasti tulisan tangan anda yang menunjukkan ciri-ciri individu suka bertangguh. Contoh tulisan yang menunjukkan ciri bertangguh

Sempurnakan huruf t anda, sama ada huruf t besar atau kecil. Laksanakan tugas sekecil dan semudah ini dengan segera. Jika tugas kecil ini pun anda tangguhkan, bagaimana anda mahu meneruskan tugas yang lebih besar.

 

Jom perbaharui karakter dan personaliti kita sempena permulaan tahun 2018

Anda semua dijemput untuk sertai Azura Hashim di SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN  28 Januari ini

Seminar ini membawa anda meningkatkan potensi diri dan mengatasi kelemahan dengan tindakan pertama di mulakan pada perubahan tulisan tangan anda 

TEMPAT ADALAH TERHAD DAN EKSKLUSIF . Klik disini sekarang!

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply