Bismillahirrahmanirrahim,
“Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan”

Surah al-Baqarah, ayat 33

Maha suci Allah, Allah Ya ‘Alim Yang Maha Mengetahui sebab dan mengapa sesuatu pertemuan, kejadian dan ujian diturunkan. Boleh jadi petanda untuk kita muhasabah balik diri dan sebagai jalan penghapus dosa lalu.

Khusnudzan iaitu berbaik sangka kepada Allah S.W.T. (khususnya) dan kepada sesama manusia. Hubungan manusia dengan sekeliling; Allah, alam semesta, alam semulajadi dan mahluk lain.

 

JOM TAMBAH LAGI DENGAN…

1.PERCAYA

Keyakinan bahawa doa kita didengari dan akan diperkenankan olehNya pada masa dan tempat yang betul.

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan kuperkenankan bagimu”

(Surah al-Ghafir: 60)

Jika tidak yakin doa menjadi ragu-ragu, hati jadi tidak senang dan bimbang.

 

2.TAWAKAL

Ubati rasa kebimbangan, hadirkan rasa tawakal kepada Allah S.W.T

“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah adalah zat yang menuntaskan (menyeluruh) urusanNya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(Surah al-Talaq: 3)

 

3.SYUKUR

Syukur melahirkan penghargaan atas pemberian, sokongan dan ingatan. Sebagai tanda terima kasih dari hamba kepada pencipta.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

(Surah Ibrahim: 7)

 

4.SEDEKAH

Sedekah satu amalan fizikal yang semua mampu melakukan jika dia mahu. Sedekah boleh jadi pada doa, senyuman, sukarelawan, makanan dan wang ringgit.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”

(Surah al-Hadiid: 18)

 

JOM ! JOM SEKALI LAGI !!

Jom hijrah bersama-sama sahabat.. Ajakan pada perubahan (1) pertamanya bagi mengenal diri. (2) Keduanya bagi menambah kualiti hidup dengan nilai-nilai positif. (3) Ketiganya mengatasi kelemahan yang menghalang diri ini untuk berjaya.

Anda dijemput hadir ke Seminar Jom Hijrah Dengan Tulisan Tangan pada 28 Januari 2018, beberapa hari sahaja lagi

Anda berminat untuk tahu lagi mengenai seminar? Info lanjut ADA DISINI

 

Berbaik sangka kepada Allah dan orang lain kerana sikap tersebut dapat menyelamatkan kita daripada menghukum dan menaburkan fitnah pada perkara yang tiada kepastian. Jika terbit sangkaan buruk terhadap sesuatu, cepat-cepatlah istigfar kepada Allah, kerana Allah Maha Pengampun dan penerima taubat.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *