Manusia tidak mampu hidup berseorangan. Zahirnya memang ada manusia yang mengatakan “aku boleh hidup sorang-sorang, tanpa bantuan sesiapa”. Tetapi dalamannya, emosi dan jiwa dia tidak mampu hidup sorang-sorang.

Kita hidup bermasyarakat dan bersaudara. Hakikatnya kita saling memerlukan sokongan antara satu sama lain.

 

KITA BERSAUDARA:

#1-Harus Memberi Manfaat Kepada Saudara yang Lain

  • Dekati Ibu Tunggal & Orang Miskin

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Orang-orang yang berjalan untuk membantu ibu tunggal dan orang miskin nescaya mereka akan mendapat pahala seperti mana orang yang berjuang di jalan Allah. Atau seperti orang yang mendirikan ibadat (solat) pada malam hari dan yang berpuasa pada siang hari”

(HR Bukhari dan Muslim)

  • Kasihi Anak Yatim

Mengasihi dan memelihara anak yatim seolah-olah kita sedang mendekati Nabi kerana mereka ini merupakan duta kecil Nabi S.A.W.

Diriwayatkan Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:

“Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini-sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya-jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga).

(HR Bukhari)

Firman Allah S.W.T dalam Surah ad-Duha ayat 9 yang bermaksud:

“terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang”

 

#2-Harus Mudahkan Urusan Saudara Kita, Insha Allah akan Mudah Urusan Kita

Dari Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa  menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.”

(HR Muslim)

Berusaha memberi pertolongan meski bantuan yang dihulurkan adalah kecil. Kerana apa yang penting adalah manfaat dan kebaikan yang akan dirasai oleh penerima nanti.

 

#3-Harus Dekat & Rapatkan Hubungan Bersaudara

Sikap Peramah Anda dalam Tulisan Tangan 

Menulis dengan jarak antara huruf adalah rapat atau hampir bertindih, anda digambarkan seorang yang mesra alam. Sikap peramah anda menjadikan, orang sekeliling mudah rapat dengan anda dan selesa menjadikan anda sebagai sahabat.

Ini contoh tulisan dengan jarak antara huruf adalah rapat:

Tahukah anda?

Tulisan tangan boleh menceritakan karakter luaran dan dalaman seseorang tanpa perlu individu tersebut memberitahu dan berkongsi dengan orang lain. Tujuan kita mengenal peribadi seseorang itu bukanlah untuk menghina apatah lagi menunjuk kelemahan tetapi untuk kita memahami mereka dengan lebih mendalam.

Mengenali dan memahami karakter seseorang juga adalah salah satu cara untuk kita merapatkan hubungan bersaudara.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’.

Admin.

Saudara terdekat yang kita semua ada adalah keluarga sendiri, betul?

Jadi mulakan langkah awal dengan perbaiki hubungan dalam keluarga dan fahami dengan lebih dalam lagi peribadi masing-masing.

Insha Allah, dapatkan rujukan yang menarik untuk anda!

Info lanjut, layari website ini: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *