Seringkali kita mendengar hiburan itu sesuatu yang melalaikan. Sedangkan kita juga tahu tidak semua jenis hiburan itu menyesatkan, cuma cara kita berhibur berlebihan, itu yang merisaukan.

Syariat Islam juga mengatakan memang fitrah manusia sukakan hiburan yang menjurus kepada keinginan berada dalam keadaan gembira

Dalam perkahwinan, menghiburkan pasangan bererti kita sedang memberi diri kita kegembiraan. Hiburan bersama keluarga tidak akan lalai asal kita tahu hadnya dan kenal bagaimana cara kita berhibur yang boleh mendatangkan kebaikan.

 

5 JENIS AKTIVITI DAPAT MENGHIBURKAN PASANGAN

#1-Makan Bersama Walau Sekejap

Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang diamalkan oleh masyarakat kita disebabkan setiap orang sibuk dengan urusan masing-masing.

Walaubagaimanapun, cuba curi masa sekejap untuk makan bersama.

Tahukah anda? Waktu makan merupakan waktu yang paling istimewa. Ini kerana banyak perkara yang kita boleh tahu mengenai pasangan kita. Contohnya, semasa makan perhatikan pasangan kita sihat ke tidak, selerakah dia, makanan apa yang paling kerap dia ambil, sedang dietkah dia?

Kadang-kadang perhatian yang kita tunjukkan terhadap dia terutama pada perkara kecil cukup membuatkan dia berasa gembira dan bertambah sayang kepada kita.

Penulisan lepas ada menceritakan tentang ‘Makan Berjemaah. Lagi ramai lagi barakah!’ Artikel penuh klik sini.

 

#2-Keluar Bercuti, Rehatkan Diri

Memang seronok kalau dapat lari dari tugas harian dan kerja yang dilakukan setiap hari. Rehatkan sebentar diri kita. Semasa bercutilah kita ada ruang dan masa lebih bersama pasangan, lakukan aktiviti rekreasi bersama.

Tempat bercuti sama ada dekat atau jauh bukanlah ukuran. Sebaliknya, pengalaman dan aktiviti yang dilakukan bersama semasa bercuti lebih penting. Ia akan jadi lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pengalaman di rumah.

 

#3-Bergurau Senda, Eratkan Cinta

Gurau senda merupakan vitamin dalam sesebuah perhubungan. Kerap bergurau senda antara suami isteri akan mengeratkan hubungan, melahirkan keluarga bahagia. Barulah hubungan suami isteri itu jadi sweet kan!

Sememangnya fitrah manusia sukakan hiburan dan kegembiraan. Tidak ada siapa yang suka bersedih dan menangis dalam hidup. Jadi, sesulit manapun kehidupan kamu, jangan lupa ucapkan syukur kepada Allah dan hadapilah dengan tenang serta jiwa yang lapang.

 

#4-Nyanyian yang Mendamaikan

Ciri-ciri nyanyian yang mendamaikan adalah nyanyian yang bersih dari unsur kemaksiatan dan kemungkaran.

Lirik dan senikatanya memuji sifat-sifat Allah S.W.T, mendorong pendengar meneladani Rasulullah S.A.W, mengajak pada kebaikan dan menceritakan keindahan alam.

Walaupun kita ini bukan ada bakat, apatah lagi suara yang sedap mendayu untuk menyanyi janji kita ada keyakinan dan kesungguhan untuk menggembirakan pasangan. Siapa tahu lirik lagu tersebut mampu mencairkan hati pasangan.

 

#5-Hadiah & Kejutan Buat Yang Tersayang

Hadiah sebagai tanda kasih kita pada yang tersayang. Mahal atau murah sebenarnya bukanlah satu isu besar kepada penerima. Tetapi keikhlasan yang ditunjukkan melalui perbuatan lebih berharga pada si dia.

Tunjukkan rasa sayang kamu kepada dia. Gembirakan pasangan, usah malas memberikan pelukan dan pegang tangan pasangan. Biarkan tanda-tanda ini menunjukkan kasih dan sayang ada dalam diri.

Sehelai nota ringkas sahaja sudah dapat membuat pasangan tersenyum. Nota seperti terima kasih awak, sayang awak atau petang ini ada kejutan untuk awak, sudah dapat membuatkan si dia tersenyum sepanjang hari. Lagi dia tidak sabar untuk bertemu dengan kamu nanti.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan kebahagian….

Akan datang!!

LOVE TILL JANNAH

Nak pasangan yang serasi?
Nak pasangan yang memahami?
Nak kenal pasangan lebih mendalam lagi?

Jom pre order buku baru dari Azura Hashim mengenai rumahtangga, yang memfokuskan tip-tip untuk hubungan suami isteri.
Untuk order klik BUKU LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *