Maklum balas dari Kementerian Sumber Manusia sangat memberangsangkan dan positif  !!

Program seminar analisa tulisan tangan yang berlangsung selama dua hari itu telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari peserta-peserta. Semoga perkongsian ilmu analisa tulisan tangan ini dapat membongkar karakter dan personaliti yang tersembunyi dalam  diri mereka.

Semoga Allah Ya Aziz, Ya Qowiy, Ya Matin..perkuatkan dan perteguhkan jiwa, emosi dan jasmani mereka menjalani kehidupan seharian. Aamiin

Admin kongsikan antara koleksi gambar sepanjang seminar bersama kakitangan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tempoh hari.

” Berapa lamakah kau akan tetap menggelepar, bergantung pada yang lain…AYUH!! kembangkan sayapmu sendiri dan terbanglah lepas seraya menghirup udara bebas di taman luas “

Tugas sebagai khalifah besar peranannya pada diri, keluarga dan masyarakat. Tugas itu amanah dari Allah yang diberikan sejak manusia pertama hingga manusia akhir zaman.

Menyampaikan ilmu dan mengembangkan potensi adalah antara amanah yang dituntut sebagai seorang islam.

 

Jutaan terima kasih kepada pihak PTPK atas peluang dan ruang yang diberikan. Di harap usaha yang kecil ini memberi manfaat dan kelebihan pada organisasi mereka.

Selepas program seminar tersebut, admin tertarik untuk berkongsi dengan kalian antara rahsia pekerja produktif. Boleh baca di sini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *