Mudahnya mengucapkan kata putus asa sedangkan dalam hati kecil masih ingin menjadi seorang juara, juara dalam menentukan kehidupan sendiri.

Firman Allah S.W.T yang melarang kita untuk bersikap putus asa:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

(Surah az-Zumar: 53)

Kita tahu kata-kata boleh jadi sahabat dan musuh. Sahabat bila mana kata-kata positif selalu diucap dan disebarkan. Sementara menjadi musuh apabila kata-kata memakan diri sendiri.

Jangan pernah luahkan kata-kata putus asa seperti yang akan dikongsikan dibawah ini. Sebab kata-kata tersebut akan menghancurkan impian, menggagalkan strategi dan melemahkan diri.

JANGAN PERNAH UCAPKAN KATA-KATA INI

 

1.”Aku rasa aku gagal”

Rasa? rasa dari hati..hati yang dipengaruhi oleh bisikan dan hasutan syaitan.

Mohon perlindungan dari Allah S.W.T dari hasutan syaitan:
“Allahumma Ya Waliy, Yang Maha Melindungi lindungilah kami dari bisikan nafsu, dari godaan syaitan dan manusia. Tiada daya bagiku melawan dan hanya memohon pertolongan dariMu Allah Ya Raqib, Yang Maha Mengawasi”

Tidak perlu kita merendah-rendahkan diri kerana masih banyak kemungkinan yang boleh berlaku selagi belum ada keputusan.

Percaya pada diri kita mampu melakukan dengan pertolongan Allah Ya Wahab.

 

2.”Aku penat, aku pasrah sahaja”

Tanda orang lemah, cepat mengalah sedangkan masih ada peluang untuk mengubah.

Kita seolah-olah membiarkan rasa menyesal dan serba salah hadir menganggu fikiran. Apalagi saat melihat orang yang bersama kita dibawah telah maju beberapa anak tangga dan semakin meninggalkan kita.

Sesukar mana kita hadapi sesuatu berpalinglah pada Allah S.W.T Dia yang memberi ujian, dibawah kekuasaanNya jua Dia dapat melepaskan kita dari kesempitan
“Allahumma Ya Qodir, sesungguhnya masalah ini datang dariMu sebagai tanda kasihMu padaku dan daku redha atas ujian ini”
“Allahumma Ya Salam Ya Baasith, tenangkan dan lapangkan hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah”

 

3.”Aku tidak perlu berusaha keras, hasilnya tetap sama”

Eh, kenapa tidak mahu berusaha? Bukankah bila kita berusaha, bersungguh-sungguh hasilnya akan berbeza. Sebelum melihat hasilnya, kita sudah berniat malas untuk berusaha, jangan bersikap begitu..rugi nanti.

Istigfar, betulkan balik niat.

Mohon penyucian hati dari Allah

“Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, sesungguhnya Engkau yang Maha Menyucikan lagi Maha Menjernihkan, sucikan dan jernihkan hatiku daripada perkara negatif dan berburuk sangka dalam memahami hakikat kehidupan”

 

Sikap mudah berputus asa berdasarkan tulisan tangan

Tulisan tangan dianalisis berdasarkan kajian dalam bidang grafologi. Tulisan tangan secara tidak langsung telah memperlihatkan karakter seseorang, karakter dalaman dan luaran.

Garis asas tulisan yang menurun membawa imej anda seorang pesimis. Pesimis adalah tidak yakin, murung, sedih dan cepat rasa putus asa. Anda cenderung melihat sesuatu dari sudut negatif seperti susahnya dan buruknya masalah yang dihadapi.

Ini contoh tulisan bagi garis asas tulisan yang menurun

Perubahan positif tulisan tangan dari PESIMIS kepada OPTIMIS.

Ubah tulisan tangan kearah optimis. Contoh tulisan optimis ada disini

Optimis iaitu memandang ke hadapan, sentiasa mempunyai harapan dan tidak jemu memasang cita-cita. Allah memerintahkan hambaNya untuk yakin dengan janji-janjiNya.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan menegakkan islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) padahal kamulah orang-orang yang tinggi jika kamu orang-orang yang beriman”

(Surah ‘Ali-Imran: 139)

 

HEBAHAN!

Minggu terakhir untuk anda berdaftar di SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua individu, ibubapa, majikan dan juga mahasiswa yang mahu mengetahui rahsia di sebalik tulisan tangan.
Info lanjut klik gambar
Bidang grafologi (analisis tulisan tangan) ini ingin membantu anda mengenal personaliti diri dan orang sekeliling, menaikkan potensi diri dan membaiki kelemahan yang menghalang anda untuk berjaya.

Semoga bermanfaat.

Wallahu’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

 

Leave a Reply