Tahu fokus itu apa?
Fokus = Tumpu pada SATU perkara sahaja. Tahu apa yang ingin dibuat, follow jadual yang dirancang dan selesaikan tugasan.

 

TIPS KEJAR KEMBALI FOKUS YANG HILANG:

1.Nyah-aktifkan Gajet & Hiburan

Pertamanya, kita jauhkan diri dari perkara yang memang akan buat kita hilang fokus.

Gajet terutamanya.

Sebelum memulakan buat kerja atau tugasan, nyah-aktifkan gajet-gajet yang ada di tangan, tutup sementara aplikasi chatting yang akan menarik kepada perbualan yang lalai dan jauhkan diri kita dari apa pun yang boleh menggoda untuk keluar dari zon fokus kita.

Penting untuk kita kekal berjaya fokus secara berterusan dengan kita buat tip yang pertama ini. Disiplinkan diri, nyah-aktifkan gajet sebelum melakukan kerja

 

2.Bijak Pilih Persekitaran & Waktu yang Membantu Fokus

Seterusnya, kita dah sediakan diri dalam mode fokus tetapi kadang-kadang persekitaran pula tidak membantu. Gangguan bunyi-bunyian, cuaca yang tidak dapat dielakkan atau insiden yang tidak diingini boleh datang menganggu fokus kita.

Oleh itu, kita perlu bijak pilih persekitaran dan waktu yang dapat membantu kita fokus

Waktu pagi atau tengah malam yang kebiasaannya memang tidak ada gangguan daripada orang. Pilih waktu yang sesuai untuk kita bekerja dalam daya fokus yang tinggi. Daya fokus yang tinggi menyumbang pada penghasilan produktiviti kerja yang meningkat.

Biasanya dengan persekitaran yang tenang, akan lebih cepat kita menyelesaikan sesuatu perkara berbanding persekitaran yang bising dan panas.

 

3. Jadual Belajar Pandu Fokus & Tumpuan Pada Subjek

Dalam fokus, hanya tumpu pada satu perkara dan buat hingga selesai.

Disebalik rahsia pelajar-pelajar cemerlang, hampir keseluruhannya bersetuju bahawa mempunyai jadual waktu belajar yang sistematik dan tersusun menyumbang kepada kejayaan yang dikecapi oleh mereka.

Jadual belajar sebenarnya sangat membantu dalam pembahagian waktu untuk subjek-subjek yang perlu diulang kaji.

Ditekankan sekali lagi, dalam fokus hanya tumpu pada satu-satu perkara, tidak boleh dua kerja apatah lagi tiga

Oleh itu, dengan adanya pembahagian waktu-waktu dalam jadual belajar dapat memandu pelajar untuk fokus pada hanya satu subjek bagi tempoh yang ditetapkan. Jika subjek yang hardcore, berikan keistimewaan lebih waktu untuk pelajar ulangkaji. Jadual belajar juga memberi peluang kepada pelajar untuk siap sedia fokus dari segi mental dan fizikal terutamanya bagi mengulang kaji subjek hardcore.

 

4. “Take 5 minutes break”..Rehatlah Sebentar dari Fokus

Untuk maintain fokus, perlu rehatkan sebentar minda, mata dan  tangan dari buat kerja. Keluar sebentar untuk hirup udara segar, refresh mind sebelum kembali fokus untuk tugasan yang lain.

Tip rehat terbaik adalah rancang waktu untuk rehat 5 minit. Jam berapa akan berehat dan jam berapa sambung semula. Ingat, rehat sebentar sahaja dan jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit. Tip lain, sebolehnya elakkan daripada melihat telepon, takut nanti terlajak masa dan menganggu fokus untuk selepas ini.

Rehat sebentar untuk recharge energy dan hasilnya akan lebih bersedia untuk bagi tumpuan pada masa seterusnya

 

5. Latih Fokus dengan Teknik Meditasi

Banyak teknik meditasi boleh dicari dan dipelajari. Teknik yang bagaimana bebas mengikut keselesaan individu.

Bagusnya meditasi adalah untuk memberi latihan tumpuan dan fokus pada seseorang.

Kadang-kadang kita mahu fokus, tetapi teknik yang diguna pakai tidak bertahan lama atas sebab malas, letih dan sebagainya

Tidak perlu susah untuk keluar wang belanja untuk melatih kita fokus dengan teknik meditasi. Sebenarnya, teknik meditasi yang paling dekat dengan kita adalah ketika sedang sembahyang atau solat. Setiap agama dan kepercayaan ada cara yang tersendiri untuk menunjukkan ketaatan kepada Tuhan masing-masing.

Contohnya, sebagai yang beragama Islam kita solat untuk menunjukkan sifat kehambaan kepada Allah, Allah yang Satu dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Allah.

Dalam solat, kita praktikkan latihan fokus pada yang satu iaitu Allah dan meninggalkan hal dunia yang tiada kepentingan ketika itu. Solat yang dianjurkan untuk mengasah tahap fokus kita adalah solat tahajjud di sepertiga malam.

 

 

Rahsia Tulisan Tangan: KEAZAMAN Ciri-ciri Individu Fokus

Keazaman adalah salah satu kriteria penting untuk menjadi individu yang tidak mudah hilang fokus dan penuh penumpuan pada kerja yang sedang dilakukan.

Dalam rahsia tulisan tangan, keazaman seseorang digambarkan pada garisan lurus ke bawah seperti gambar contoh di bawah:

Garisan lurus ke bawah pada huruf g. Semakin panjang garisan tersebut, semakin kuat keazaman seseorang. Keazaman mendorong rasa kesungguhan dan kemahuan besar untuk mencapai tujuan yang dikehendaki. Usahakan untuk fokus pada tujuan, cita-cita dan kejayaan yang ingin digapai.

Sambil fokus pada kejayaan dunia, jangan dilupa fokus juga untuk menjadi khalifah Allah yang cemerlang yang sentiasa berkongsi manfaat.

“Allahumma Ya Baits. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Membangkitkan. Bangkitkan seluruh jiwa, saraf-sarafku, anggota badanku juga bakarkan semangatku untuk terus berbakti kepada masyarakat demi
keranaMu”

Mudah-mudahan kita berjaya.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari.

Admin

 

Tahukan Anda?
Selain TULISAN TANGAN, TANDATANGAN juga membawa kepada pengenalan diri seseorang.
Tandatangan itu ibarat LOGO DIRI yang seharusnya membawa pengenalan diri yang POSITIF, BERKEPIMPINAN & BERWAWASAN !!

Jom hadir!  Seminar “THE POWERFUL SECRETS OF SIGNATURE” yang akan menyelongkar rahsia di sebalik tandatangan seseorang.

Info lanjut, terus maju ke link ini http://graphology.com.my/the-powerful-secrets-of-signature/
Sekiranya perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply