Hendak gagal atau berjaya?

HENTIKAN 3 SIKAP INI UNTUK BERJAYA

#1-Suka Prejudis pada Diri

Prejudis sikapnya menentang. Jadi, kalau prejudis terhadap diri sendiri boleh dikatakan anda menentang kemahuan dan keinginan anda untuk berjaya.

Anda nak sangat-sangat berjaya, semua persiapan dan kelengkapan sudah cukup, tapi sebab banyak sangat prejudis semua perkara tidak menjadi. Datang peluang lebih baik, anda ragu-ragu untuk mulakan.

Rugi, amatlah rugi jika anda membenarkan sikap prejudis ini menguasai diri. Kesannya, semakin jauh anda dengan cita-cita dan semakin tertutup pandangan anda.

 

#2-Suka Dorong Pemikiran ke arah Pesimis

Cara pemikiran pesimis adalah mereka yang selalu berpandangan tidak akan mempunyai harapan baik. Khuatir untuk berhadapan kegagalan, kekalahan, kerugian dan takut menanggung malu sehingga tidak mahu langsung untuk mencuba.

Orang yang bersikap pesimis memang lambat untuk berjaya. Kebanyakannya hanya akan berjaya setelah melihat kejayaan orang lain. Selepas melihat jatuh bangun orang lain, baru mereka ada keberanian untuk mencuba.

Sepatutnya, masa tidak perlu dibuang begitu sahaja. Bawa pemikiran kita dengan pandangan positif, optimis dan kurang-kurangkan kerisauan. Kerisauan yang berlebihan hanya akan memerangkap anda di satu tempat tanpa ada satu kejayaan pun yang anda boleh cipta.

Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu,

Jika kau fikirkan kegagalan, kau hampiri kegagalan,

Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan

 

#3- Suka Sentap

Biasanya mereka yang suka sentap, cepat terasa hati. Bila ada yang kritik, tegur dan beri nasihat, mereka tidak suka. Jika boleh menerima pun, mereka menerima dalam keadaan terpaksa.

Sikap suka sentap boleh dilihat pada mereka yang takut menghadapi realiti dan sensitif pada kritikan.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Sensitif terhadap Kritikan 

Kritikan disampaikan sebab orang lain prihatin dengan kekurangan dan kelemahan seseorang. Dalam tulisan tangan, individu yang mempunyai loop besar pada huruf d, anda digambarkan seorang yang sensitif. Sensitif terhadap kritikan dan teguran.

Ini contoh huruf d yang mempunyai loop besar:

Semakin besar loop tersebut, semakin besar sensitiviti seseorang terhadap kritikan. Semak semula huruf d anda. Kebiasaanya, mereka yang menulis dengan huruf d (seperti gambar diatas) boleh dijumpai pada penulisan orang yang lebih berusia. Namun, jangan ingat yang muda tidak sensitif. Selalu juga dijumpai dalam penulisan anak muda yang mempunyai d loop yang besar.

Ingat ya, anak muda remaja yang dikasihi, anda harus berhati-hati. Kalau tahu anda seorang yang suka sentap, berubahlah. Jadikan kritikan sebagai cabaran dan semangat untuk berjaya.

Tangga sudah dibina, banyak laluan juga telah dibuka. Tinggal diri anda sahaja lagi untuk memilih; meneruskan atau menangguhkan perjalanan cita-cita kehidupan anda.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

“Ada teknik untuk baiki kelemahan dan bawa pemikiran anda keluar dari zon-zon bahaya”

Insha Allah, bersama sertai kami di:

“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”

Info lanjut, klik:  http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply