Sedekah adalah menginfakkan sebahagian harta atau rezeki yang diperolehi di jalan Allah S.W.T. Sedekah itu penting untuk menjaga dan membersihkan harta kita dari harta-harta yang tidak halal agar rezeki kita peroleh itu berkah.

Firman Allah S.W.T maksudnya:

“Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredhaan Allah”

(Surah al-Baqarah: 272)

Amalan bersedekah ditambah lagi dengan kehadiran Ramadhan, bulan di mana segala amal kebaikan kita akan dilipatgandakan pahalanya. Sedekah ketika bulan Ramadhan akan menyempurnakan lagi ibadah puasa kita.

GANJARAN LUAR BIASA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

#1-Amalan yang Boleh Menjanjikan Syurga

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.”

(HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)

 

#2-Mendapat Pahala Tambahan Puasa Orang Lain

Mendapat pahala puasa orang lain hanya dapat dilakukan dengan bersedekah di bulan Ramadhan. Memberikan hidangan berbuka khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan badan-badan NGO yang menguruskan kebajikan masyarakat seperti rumah orang-orang tua dan persatuan orang kurang upaya.

Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.”

(HR. At Tirmidzi no 807)

 

#3-Pahala Sedekah & Pahala Silaturrahim

Sedekah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengutamakan waris atau saudara terdekat dalam bersedekah adalah lebih baik.

Tradisi bagi duit raya sering terjadi dalam sesebuah keluarga semasa hari raya. Namun, tak ramai yang jadikan tradisi ini lebih meriah di bulan Ramadhan. Pemberian duit raya kepada ahli keluarga juga adalah salah satu contoh bentuk sedekah.

Bukankah lebih baik tradisi ini dilakukan ketika dalam Ramadhan. Di samping kita meraikan ahli keluarga dengan pemberian duit raya, kita juga telah dapat merapatkan hubungan silaturrahim.

 

#4-Dengan Satu Pemberian, Kita Belajar Untuk Ikhlas

Ikhlaskanlah diri dalam bersedekah dan hendaklah kita tidak mengungkit pemberian apatah lagi meminta-minta semula daripada orang yang menerima. Nabi S.A.W mengumpamakan orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti anjing yang menjilat kembali muntahnya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.”

(Riwayat Muslim)

 

#5-Sedekah Wajib Jangan Dilupa

Selain berpuasa di bulan Ramadhan, tuntutan lain bagi seseorang yang beragama Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah.

Ada beza antara zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah adalah kewajipan ke atas individu lelaki dan perempuan muslim, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki.

Jangan lupa laksanakan sedekah wajib kita iaitu zakat fitrah. Memenuhi tuntutan zakat fitrah dengan berkongsi rezeki dengan orang lain adalah salah satu caa kita bersedekah. Jika dalam sebulan puasa kita terlupa untuk bersedekah, harapnya sedekah yang satu ini tidak kita tinggalkan.

 

“Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman: “Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan”

(Surah Ibrahim: 31)

Mari jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan mendidik jiwa kita menjadi saudara Islam yang pemurah, tidak sombong dan sentiasa rasa syukur kepada Allah. Salah satu latihan mendidik jiwa yang berkesan adalah dengan amalan bersedekah. Siapkan sebahagian wang gaji, duit saku dan elaun sara hidup untuk tabung sedekah. Nilai pemberian yang besar atau kecil tidaklah menjadi ukuran seseorang itu baik atau lebih baik.

Yang terbaik tentulah sedekah yang dilakukan dengan istiqomah, tidak hanya pada bulan Ramadhan sahaja malah bulan-bulan lain juga.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan Kebahagiaan…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

 

 

 

Leave a Reply