R.A.S (Reticular Activating System) satu sistem terpenting dalam otak manusia. Ramai tidak sedar fungsi RAS yang mengawal pintu masuk untuk maklumat sampai ke minda. RAS atau bahasa yang lebih mudah difahami adalah penapis minda.

Setiap masa minda kita menerima banyak input dari sekeliling melalui penglihatan, pendengaran, bau-bauan, rasa dan sentuhan. Setiap dari deria ini akan menyumbangkan sebanyak mungkin input kepada minda untuk minda memproses maklumat dan menghasilkan tindakan yang sepatutnya.

Namun begitu, minda tidak mampu untuk menerima dan memproses maklumat sebegitu banyak dalam satu masa. Lalu, RAS mengambil peranan yang penting untuk menapis dan memilih maklumat yang penting dan diperlukan oleh minda ketika itu.

Bagaimana RAS menentukan ciri-ciri input yang diperlukan oleh minda?

RAS akan menapis input yang datang berdasarkan corak pemikiran seseorang. Ciri-ciri input ditapis mengikut kepercayaan, matlamat, emosi, keperluan, kesukaan dan kebencian seseorang. Input yang tidak penting bagi minda akan dibuang dan meninggalkan input yang berkaitan dengan ciri yang diterangkan.

Sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam membentuk corak pemikiran kita. Pemikiran yang ditetapkan oleh minda akan membantu RAS menapis input yang diperlukan. Persoalannya, pemikiran bagaimana yang terbentuk di minda kita, cenderung ke arah positif atau negatif?

CONTOH PRAKTIKAL R.A.S DALAM KEHIDUPAN

#1-SOLAT

Contohnya dalam solat, kita nak dapatkan khusyuk. Katakan hari ini kita niat “Aku nak solat dengan khusyuk” Kita percaya kita boleh solat dengan khusyuk. Kita yakin kita telah serahkan tugasan sebaiknya dan boleh fokus untuk solat. Jadi, sebelum angkat takbir kita istighfar, selawat. Apabila kita telah bersedia, maka RAS akan menapis dan membenarkan input yang selari dengan kepercayaan dan niat kita. Pandangan mata akan tertumpu pada satu tempat, mulut memulakan bacaan yang didengari oleh telinga dan di hati tetap dengan zikrullah, Allah..Allah..Allah
Jika pemikiran dan fokus kita adalah untuk melaksanakan tanggungjawab, kewajipan seorang hamba kepada Pencipta, maka RAS tidak akan menerima input yang boleh menganggu pemikiran dan fokus kita pada solat.

 

#2-BELAJAR

Pelajar sering berhadapan dengan tekanan dan dilema berperang dengan perasaan dan pemikiran sendiri. Contohnya, apabila dalam kumpulan mereka ada individu yang mempunyai bakat luar biasa yang tidak semua orang boleh melakukannya. Katakan, individu tersebut adalah Teme Abdullah. Seorang yang cukup dikenali dengan kemahiran melukis bangunan-bangunan yang bersejarah dan hebat dengan hanya menggunakan pen atau pensel sahaja. Lukisan yang halus dan mengkagumkan, perincian setiap sudut lukisan juga diambil kira. Di saat orang lain menggunakan kelebihan teknologi dan modal yang banyak untuk menghasilkan lukisan terbaik, Teme pula menggunakan bakat dan memaksimakan potensi yang dimiliki sebaiknya.

Dalam persekitaran begitu, pemikiran pelajar dibiarkan dalam keadaan tertekan. Pelajar jadi rendah diri dan kurang keyakinan. RAS akan menurut kehendak fikiran. RAS akan menarik input-input negatif masuk, mempengaruhi emosi dan perasaan pelajar untuk berputus asa. Sepatutnya, tidak boleh begitu. Andai Teme Abdullah ada bakatnya yang sendiri, orang lain juga ada bakat yang belum dicungkil lagi.

“Mereka yang berniat untuk belajar tidak akan pernah kalah!”

Oleh sebab itu, sangat penting kita letakkan pemikiran sentiasa dalam keadaan positif. “Setiap orang ada kelebihan tersendiri dan aku juga ada” “Aku unik dan aku juga boleh berjaya!” “Aku nak cari potensi sebenar diri aku” “Aku nak cuba lakukan sesuatu”. Fikiran yang positif, maka RAS akan memasukkan input yang boleh membawa kejayaan. Minda dengan input yang tepat akan memproses dan merancang matlamat untuk berjaya.

 

#3-SUKAN

Dalam satu perlawanan, goal pengakhirannya nanti setiap pasukan mahukan sebuah kemenangan. Kemenangan yang masyhur. Maka semua input yang akan membantu mereka mencapai kemenangan akan sampai ke minda mereka. Ini termasuk input dalam merancang strategi, gerak kerja pantas yang perlu dilakukan, berfikiran kreatif menyelesaikan masalah dan menggunakan kemahiran ahli bagi menolong pasukan mendapatkan kejayaan.

Sekiranya, ada rasa ragu-ragu dan tidak pasti akan mencapai kemenangan, maka input yang boleh membantunya untuk menang tadi mungkin akan ditapis keluar oleh RAS dan tidak sampai ke minda mereka. Kejayaan tiada dalam pemikiran mereka dan RAS menganggap input yang boleh membawa mereka kemenangan itu tidaklah penting.

Keseluruhannya, RAS atau penapis minda membolehkan seseorang memberi tumpuan kepada perkara yang patut dinilai dan menyokong dalam menetapkan matlamat. Pemikiran yang positif membenarkan RAS mengambil input-input yang dapat menolong minda dan membuang input yang tidak penting untuk kegunaan minda.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Tulisan Bersambung

Tulisan tangan adalah unik dan mempunyai karakternya tersendiri. Kajian oleh ahli grafologi yang menjalankan analisis tulisan tangan menunjukkan tulisan bersambung adalah cerminan pada individu yang sistematik dalam berfikir. Semasa membuat tugasan, mereka lebih suka menyelesaikan sesuatu perkara dahulu sebelum bergerak ke perkara seterusnya.

Contoh tulisan bersambung:

Individu yang memiliki tulisan bersambung juga seorang yang realistik dan mempunyai ingatan yang baik. Walaubagaimanapun, mereka terlalu cepat membuat keputusan sebelum berfikir sedalamnya.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari.

Admin

 

** Jom Mengenal Diri Sendiri & Pasangan Melalui Tulisan Tangan **

Info lanjut, layari: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply