“Milik Allah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan memberi anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki “

(Surah asy-Syura: 149)

Anak adalah anugerah dan rezeki yang bernilai diberikan oleh Allah S.W.T. Fitrahnya anak lelaki dan anak perempuan dibezakan oleh faktor biologikal, tanggungjawab, sifat dan perasaan.

Salah satu faktor diatas adalah berkaitan dengan perasaan. Perasaan hadir kesan refleksi daripada emosi. Emosi adalah tindak balas spontan sama ada ditunjukkan melalui riak muka, kelakuan dan kata-kata.

Penulisan kali ini adalah berkaitan emosi anak. Emosi mereka dipengaruhi seperti faktor perkembangan otak, cara didikan oleh ibubapa dan pengaruh luar seperti media massa.

3 FAKTOR MEMPENGARUHI EMOSI ANAK

#1-Perkembangan otak

Dalam fasa mahu membesar dari segi fizikal secara tidak langsung perkembangan otak mereka berlaku setiap masa dan semakin hari semakin hebat.

Perkembangan otak mereka memberi kesan kepada proses kematangan. Kanak-kanak perempuan akan melalui proses kematangan lebih awal dari segi emosi dan fizikal. Sebaliknya kepada kanak-kanak lelaki. Proses kematangan yang perlahan menjadikan sewaktu kecil emosi mereka sedikit tidak teratur dan lebih sensitif.

Sebaik sahaja dilahirkan, otak bayi lelaki tidak tumbuh sepenuhnya berbanding bayi perempuan yang selalunya tahap perkembangannya lebih advance enam minggu. Bayi lelaki sedikit ke belakang, bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi tahap kematangan sosio-emosi (The Asian Parent Malaysia, 2017)

Proses kematangan yang cepat atau lambat tidak akan ada bezanya kerana akan sampai satu tahap dimana kedua-dua anak lelaki dan perempuan akan tahu cara untuk mengawal emosi mereka dengan lebih baik.

 

#2-Cara didikan oleh ibubapa

Didikan oleh ibubapa kepada anak melibatkan kemahiran sosial dan membentuk keperibadian diri mereka.

Kebiasaanya anak perempuan dibesarkan dengan cara lebih lembut sementara anak lelaki dibesarkan untuk menjadi kuat dan boleh memimpin. Tiada salah kedua-dua cara didikan tersebut. Cuma, apabila anak lelaki dibesarkan dengan persekitaran begitu, mereka cenderung untuk bersikap egois, kurang sensitif dan emosi yang terhad.

Keseimbangan emosi boleh dipupuk melalui sentuhan kasih sayang. Cara percakapan ibubapa yang berbudi bahasa dan intonasi lembut akan membantu anak meluahkan perasaan dan membuatkan emosi mereka lebih stabil.

Baca tip-tip mendengar dan meraikan perasaan untuk membantu anak belajar menguruskan emosinya.
Baca juga perkongsian pandangan daripada golongan bapa mengenai antara anak lelaki dan perempuan, yang mana sukar untuk dididik? 

 

#3-Pengaruh media massa

Besar impak pengaruh media massa kepada anak-anak milenial (juga dikenal sebagai genarasi Y) hari ini.

Saluran media umum seperti iklan, televisyen dan akhbar mungkin kesannya tidak besar kerana media-media ini akan ditapis dahulu dan sesetengah rancangan televisyen ada meletakkan tanda had umur yang bersesuaian.

Anak kecil, ibubapa boleh mengawal dan memantau saluran televisyen, pemilihan bahan bacaan dan aktiviti yang mereka lakukan. Sementara anak remaja perlu langkah yang lebih bijak untuk berkata kepada mereka.

Puan Azura Hashim ada berkongsi tip-tip cara mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W dengan konsep 4K iaitu komunikasi, kasih sayang, keberkatan dan ketauhidan.
Jom tonton video pendek dibawah untuk dapatkan penjelasan lebih jelas mengenai Konsep 4K

 

TIP PERSONALITI MELALUI TULISAN TANGAN

Pada kali ini tip karakter yang ingin dihuraikan adalah dwi personaliti. Dalam bidang grafologi iaitu analisa tulisan tangan, dwipersonaliti dilihat melalui beberapa jenis tulisan. Iaitu tulisan mengarah ke kanan, kemudian mengarah ke kiri.

Contoh tulisan untuk individu dwipersonaliti seperti di bawah:

 

Contoh tulisan diatas memberi gambaran emosi anda dalam keadaan tidak stabil dan sering bertukar. Salah satu sebab emosi anda tidak menentu adalah dari gangguan sekeliling.

Tidak semua orang boleh menghadapi atau berkomunikasi dengan individu yang emosi sering berubah ini. Hanya yang sabar, matang dan berjiwa kental sahaja yang boleh menghadapi orang yang mudah beremosi ini. Jadi, cuba ubah tulisan anda supaya semuanya slant ke satu arah sahaja.

TERKINI dari kami adalah Seminar Advance Brain Writing yang akan berlangsung selama dua hari pada Februari ini.

Seminar ini lebih terperinci dan fokus pada 9 Asas dalam Analisa Tulisan Tangan untuk membina karakter yang cemerlang dan terbilang. Selain tulisan, tanda tangan juga boleh membantu memberi gambaran karakter seseorang.

Anda boleh rujuk poster dibawah untuk pakej-pakej yang ada dalam Seminar Advance Brain Writing

Jom wassap admin di 016-9237881 untuk keterangan lanjut dan dapatkan dengan harga diskaun!!

Emosi walaupun ianya tidak nampak secara fizikal tapi anda boleh merasainya. Anda mampu mengawal emosi dengan gunakan kuasa minda dan hati anda.

Antara anak lelaki dan perempuan, emosi siapa ibubapa perlu utamakan dan diberi perhatian? Jawapannya tiada siapa yang perlu mendapat lebih. Di sini peranan ibu dan bapa yang terbaik adalah harus bertindak adil dan seimbang dalam kasih sayang.

Mohon bantuan Allah Ya Fattah untuk meleraikan kebuntuan dalam memahami anak-anak:
“Allahumma Ya Fattah Yang Maha Membuka jalan, kami mohon kepadaMu agar Engkau membuka kekusutan dan kebuntuan kami ini, dan bukalah jalan keluar bagi kami dalam menyelesaikan segala permasalahan kami dan halangan-halangan kami”

Wallah’alam, Biidznillah Ya Baari

Admin,

Handwriting Analysis Academy Malaysia

Leave a Reply