Kita tanpa sedar terlalu asyik mengejar kejayaan yang sementara. Kejayaan yang ingin dihebahkan kepada orang ramai dan kejayaan yang ingin dicapai bagi merealisasikan cita-cita. Tidak salah andai objektif kehidupan kita begitu sebab inilah kemahuan manusia. Cuma, apabila terlalu asyik kita cenderung untuk leka dan hilang fokus sebenar.

Apakah fokus sebenar dan target kita?

 

FAHAMI PERBEZAAN KEJAYAAN INI:

#1-Your kids are not an achievement, their well-beings are

Bila anak-anak nak periksa, ibubapa jadi risau yang berlebihan. Risau menjadi stress. Ibubapa jangan terlalu stress, nanti anak-anak akan lebih stress. Kesan stress ibubapa akan bagi aura negatif kepada anak-anak. Anak tidak boleh beri tumpuan dalam kelas, anak tidak mahu berkongsi cerita tentang persekolahannya, anak jadi pendiam dan anak memberontak. Lama-kelamaan, anak-anak ini membentuk imej diri yang keyakinan rendah.

Masih ada lagi ibubapa zaman sekarang suka membanding-bandingkan pencapaian akademik anak mereka dengan orang lain. Tidak dinafikan pencapaian akademik memang penting dan peluang menuntut ilmu tidak boleh dipersiakan begitu sahaja. Tetapi pencapaian lain (kemahiran, bakat, sukan) sama penting juga dengan pencapaian akademik. Sekiranya, pelajaran anak-anak sederhana sahaja, jangan memarahi mereka dan paksa mereka untuk belajar dapat skor tinggi.

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Allah Ya ‘Adl yang Maha Adil memberikan kelebihan pada setiap orang yang memiliki kekurangan.

Mungkin pelajaran anak biasa-biasa sahaja, tetapi mereka cemerlang di bidang lain. Ibubapa haruslah menjadi penyokong kuat bantu anak-anak kembangkan potensi yang dimiliki. Dengan izin Allah S.W.T dan sokongan ibubapa, membuka jalan untuk anak mengenal diri sendiri seterusnya membentuk imej diri yang positif.

Ingatlah, pencapaian akdemik anak-anak bukanlah penentu kejayaan KPI ibubapa. Kejayaan sebenar ibubapa adalah apabila anak-anak mereka membesar dengan berakhlak, menyumbang potensi yang dimiliki untuk manfaat orang lain dan wakil khalifah Allah di muka bumi menjadi contoh teladan kepada sekalian manusia. Insha Allah. Fokus ibubapa dengan berdoa, memohon perlindungan dari Allah untuk memelihara anak-anak dari perkara yang mendatangkan mudarat kepada mereka.

 

#2-Your office is not an achievement, your work is

Setiap yang bekerja, pasti mengimpikan peluang untuk berkhidmat dengan syarikat ternama dan kukuh kedudukannya. Mereka berharap syarikat yang gah namanya ini boleh membantu dalam pembangunan kerjaya mereka. Cita-cita untuk mendapatkan jawatan tetap, gaji besar dan elaun yang banyak itu yang mereka harapkan.

Walau bagaimanapun, syarikat tempat bekerja hanya faktor sampingan yang menyumbang dalam pembangunan kerjaya seseorang. Pandangan tidak boleh hanya tertumpu pada syarikat besar sahaja. Luaskan pandangan dan berfikir. Pencapaian utama yang dicari bukanlah tempat dimana seseorang bekerja, tetapi kejayaan yang ingin dicapai adalah kepuasan dalam bekerja.

Berbeza kepuasan bekerja bagi setiap individu. Kepuasan kerja boleh dicipta dan diusahakan. Contohnya rasa tidak seronok bekerja sebab ada masalah komunikasi dengan rakan sekerja atau pihak pengurusan. Maka, usahakanlah untuk ubah cara komunikasi seperti memohon maaf, bersifat terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain.

Apabila kepuasan dalam bekerja tercapai, maka akan memberikan hasil kerja yang terbaik. Produktiviti kerja juga meningkat selari dengan rasa gembira bekerja. Bekerja dengan tujuan mencari nafkah untuk diri dan keluarga dikategorikan sebagai ibadah. Ibadah yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan amanah, ada ganjaran yang dijanjikan oleh Allah.

 

#3-Your wedding is not an achievement, your Barakah marriage is

Perkahwinan hari ini banyak isu dengan pasangan. Masih lagi tidak dapat memahami pasangan dengan sebenarnya walau telah berkawan lama dan saling mengenali antara satu sama lain. Memahami pasangan memang sukar sebab manusia boleh berubah.

Manusia berubah sebab hati pun berubah. Hanya Allah S.W.T yang mampu pelihara hati manusia kerana Allah adalah penciptanya. Pasangan tidak dapat meneka hati pasangannya hatta diri pasangan itu sendiri tidak dapat mengawal hati mereka dengan baik. Sandarkan pengharapan kepada Allah untuk menjaga hati ini sebaiknya. Pengharapan kepada Allah itu penting dan melakukan amalan yang mendatangkan keberkatan juga turut penting.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Barakah rumahtangga menjamin ikatan perkahwinan yang berkekalan. Sayanglah andai dalam rumahtangga banyak salah faham, tidak boleh tolak ansur dan sebagainya. Perkahwinan yang pada permulaanya mendatangkan rahmat dan barakah Allah, telah tercemar atas sebab perilaku diri sendiri dan syak wasangka yang datang dari hasutan syaitan.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Pasangan yang Mudah Beri Kerjasama

Tulisan bersambung ada pelbagai bentuk dan jenis. Salah satu daripadanya adalah tulisan jenis garland. Tulisan garland dalam tulisan bersambung boleh dilihat pada huruf yang ditulis dengan bentuk seakan cup shape. Ciri cup shape seperti melengkung di bawah dan terbuka diatas. Contoh ini banyak didapati pada huruf-huruf seperti w, m dan n.

Pemilik tulisan garland memberi gambaran imej individu yang mempunyai fikiran terbuka dan mudah memberi kerjasama yang baik dengan pasangan. Mereka juga seorang yang penyabar dan bertolak ansur. Apabila pasangan mudah bertolak ansur, kehidupan lebih tenang dan teratur.

Anak-anak yang berjaya, kerjaya kukuh dan rumahtangga yang membahagiakan adalah sebahagian dari kejayaan yang kita kejar. Walaubagaimanapun, berhati-hati dengan kejayaan ini. Fokus yang perlu didahulukan adalah mengejar kejayaan hakiki. Kejayaan hakiki adalah kejayaan yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

“LOVE TILL JANNAH”

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Info lanjut, layari: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply