Cuba tanya pada diri,

Siapakah yang telah mengurniakan naluri cinta pada manusia?

Tentu sahaja jawab kita Allah S.W.T.

Dengan nama Allah Ya Kholiq, yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia. Allah Ya Rahman, Ya Rahim yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mengurniakan hati dan juga akal fikiran bagi membezakan antara penciptaan manusia dengan makhluk Allah yang lain.

Dalam hati itulah, terdapatnya pelbagai rasa yang dipanggil perasaan. Dan dengan perasaan yang pelbagai rasa itulah, terdapatnya cinta.

Cuba kita tanyakan lagi,

Untuk apakah Allah Ya Wadud, Yang Maha Pencinta mengurniakan naluri cinta ini?

Bagi mengetahui apakah tujuan cinta, kita perlu kembali kepada persoalan asas, iaitu tujuan apakah manusia dijadikan?

Apakah tujuan Allah S.W.T menjadikan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Firman Allah S.W.T.

” Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri (beribadah) kepada-Ku.  ” 

(Surah az-Zariyat: 56)

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”   

(Surah al-Baqarah: 30)

Manusia diciptakan sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T setiap masa dan di mana sahaja. Juga sebagai khalifah, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan bumi ini berpandukan hukum hakam Allah S.W.T.

 

CINTA HANYA PINJAMAN, CINTA BUKAN TUHAN

Cinta itu Sebagai Alat

Cinta itu bukan matlamat. Mungkin kita boleh umpamakan cinta itu sebagai alat. Alat yang kita gunakan untuk membantu diri ini menjadi baik serta membawa kita ke arah yang lebih baik lagi.

Cinta jugalah yang akan membawa diri kita ke arah kebaikan. Kerana cinta itu adalah suci, ikhlas, fitrah, dan juga amanah. Cinta juga membuatkan seseorang itu menjadi lebih bertanggungjawab, tanpa meminggirkan tanggungjawab.

Jika kita seorang anak,

Dengan cintalah kita belajar menjadi seorang anak yang baik. Seorang anak yang cintakan kedua ibubapanya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebaikan untuk ibubapa. Tidak kira ibubapa kita itu masih ada, ataupun telah lama pergi. Kerana cinta, mendidik kita kenal erti kasih dan mengasihi.

Jika kita seorang pelajar,

Dengan cinta kita belajar menjadi seorang pelajar yang baik. Seorang murid yang cintakan guru-gurunya. Sentiasa mempertingkatkan ilmu, berdamping dengan guru, serta mengikhlaskan diri dalam menuntut ilmu. Tidak kira ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Kerana cinta, mengajar kita erti hormat dan menghormati.

Jika kita seorang pekerja,

Dengan cinta kita belajar menjadi seorang pekerja yang baik. Seorang pekerja yang bekerja kerana-Nya. Segala kerja dilakukan dengan baik serta sempurna tanpa cacat cela. Bekerja dan memahami bahawa pekerjaan itu adalah salah satu ibadah. Kerana cinta, memahamkan diri kita tentang erti amanah.

Cinta itu umpama alat, bukannya matlamat. Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Fikirkanlah!

 

Terlalu agungkan cinta

Usah dan jangan terlalu agungkan cinta. Hidup kita adalah kerana-Nya. Bukan kerana cinta. Bahana daripada media hiburan pada era ini, ramai yang menganggap cinta adalah segala-galanya.

“Saya sanggup korbankan jiwa dan nyawa saya demi cinta kita.”

Tujuan hidup, bukanlah kerana cinta.

Mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan, sahabat dan sesama manusia atas sebab cinta. Sebab cinta juga ada yang melanggar syariat agama dan melupakan Allah. Alasannya, semuanya kerana cinta dan demi cinta.

Kerana cinta kita sanggup berdosa? Kerana cinta kita sanggup menempah neraka-Nya?

Sedarlah.

Cinta itu bukan Tuhan!

Sumber: akuislam.com

Berpada-padalah hamparkan rasa cinta kepada manusia, kerana kita tahu manusia itu susah untuk setia, hatinya boleh berbolak-balik. Sebaliknya, sembahkan rasa cinta yang sebanyaknya kepada Allah kerana Allah tetap ada menjaga kita,tetap ingat walau kita lupa padaNya selalu.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan Kebahagiaan…

AKAN DATANG !!

LOVE TILL JANNAH

**Rahsia Memahami Pasangan Dengan Analisa Tulisan Tangan**

Jom Pre-Order Buku Ini Sekarang! Klik LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *