Cemburu. Adakah kita dapat menzahirkan rasa cemburu pada tempat yang betul?
“Cemburu ada yang dicintai Allah Ta’ala dan ada yang dibenciNya. Adapun cemburu yang dicintai Allah adalah cemburu dalam hal-hal yang meragukan (cemburu yang beralasan) dan cemburu yang dibenci Allah Ta’ala adalah cemburu dalam hal-hal yang tidak meragukan”

(HR. Imam Ahmad)

 

#1-Cemburu yang dicintai Allah S.W.T

Kalau ada yang bertanya, wajarkah anda berasa cemburu?

Jawapannya: Saya memang wajar berasa cemburu dan patut berasa cemburu, tetapi  perlu pada tempat yang betul dan dalam hal-hal yang meragukan.

Mughiroh bin Syu’bah r.a. mengatakan, Sa’ad bin Ubadah berkata:

”Seandainya aku melihat laki-laki lain berduaan dengan isteriku, sungguh ku penggal dia dengan pedang tanpa memaafkan”

Mendengar hal itu Nabi Muhammad SAW bersabda

”Alangkah anehnya cemburu Sa’ad itu. Demi Allah, aku lebih cemburu dari padanya. Dan Allah lebih cemburu pula dari pada aku. Kerana cemburunya Allah, maka diharamkan segala perbuatan keji, baik terang-terangan maupun yang sembunyi-sembunyi. Tidak seorang pun lebih cemburu dibandingkan Allah. Tidak seorang pun lebih meresapkan dibandingkan Allah. Oleh sebab itulah Dia mengutus para Rasul untuk memberi khabar suka dan duka. Dan seorang pun yang lebih suka kepada pujian dari pada Allah, karena itulah dia menjadikan syurga,”

(HR.Muslim)

Dalam hadis diatas dijelaskan Allah juga turut meyukai cemburu. Cemburu yang membawa kebaikan.

Ada masanya cemburu itu satu keperluan. Cemburu menandakan rasa tanggungjawab untuk melindungi orang yang disayangi dari sesuatu perkara yang dapat memudaratkan dia.

Cemburu pada tempat yang betul membuatkan seseorang terpelihara diri, memelihara diri dan berasa dipelihara ataupun diambil peduli.

Pelik, jika ada yang tiada rasa cemburu. Sedangkan haiwan juga tahu berasa cemburu, inikan pula kita manusia yang telah dilengkapkan Allah dengan hati dan perasaan.

Sifat cemburu tidak dapat elak kerana ia sebahagian anugerah/nikmat yang dikurniakan dalam diri setiap insan seperti rasa gembira, bahagia, sedih dan kecewa.

 

#2-Cemburu yang dibenci Allah S.W.T

Seorang suami yang tidak mencemburui isterinya bergaul dengan orang bukan muhrim adalah cemburu yang dibenci oleh Allah.

Tiada rasa cemas dan khuatir pada pasangan yang tidak menjaga pakaian dan hijab mereka ketika keluar dari rumah. Tidak khuatir bagi isteri mereka yang keluar rumah tanpa izin, membiarkan perlakuan tersebut begitu sahaja tanpa meingkarinya.

Rasulullah saw bersabda :

“Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si DAYUS yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya”

(HR Ahmad)

Definisi lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang tidak peduli dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bergaul malah sebahagiannya membiarkan sahaja isteri dan anak perempuan dipegang oleh lelaki lain.

Contoh lain cemburu yang dibenci oleh Allah adalah cemburu buta.

 

#3-Cemburu Buta

Cemburu buta adalah cemburu yang berlebihan.

Kebanyakan cemburu buta yang berlaku bukan atas dasar rasa cinta mahu menjaga orang tersayang tetapi terdorong oleh rasa ego semata-mata.

Agama Islam tidak meyukai perasaan cemburu buta kerana lebih banyak kemudaratan dari kebaikan.

Kemudaratan yang dibawa dalam hubungan terutama pasangan suami isteri seperti pergaduhan, prasangka buruk dan tuduh-menuduh. Akhirnya memberi pengaruh pada sekeliling seperti anak-anak dan pekerjaan.

Solusi isu cemburu buta ini dapat diselesaikan dengan perbincangan bersama pasangan kerana musyawarah merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

 

Akhirnya, cemburu itu tanda sayang. Sayangilah apa yang ada disekelilingmu, asalkan dihubungkan dengan kasih sayang kepada Allah. Peka dengan perkara yang Allah marah, benci dan cemburu. Supaya kita tidak hilang rahmat dan pandangan belas kasihan dariNya.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari

Admin.

 

Alhamdulillah, SEMINAR JOM HIRAH DENGAN TULISAN TANGAN pada Januari lepas berlangsung jayanya dengan izin Allah. #ThrowbackJomHijrahJanuari
Insha Allah, akan datang Mac ini dibawakan satu lagi SEMINAR JOM HIJRAH KUANTAN bagi mereka yang ingin tahu rahsia disebalik tulisan tangan.

 

Kenapa anda perlu mempelajari rahsia tulisan tangan?

Sebab pertamanya adalah untuk anda mengenal karakter dominan dalam diri seperti yang diterjemahkan oleh tulisan tangan anda.

Tulisan tangan adalah tulisan minda separa sedar.

Daripada tulisan tangan dapat dibaca perkara yang tersurat dan tersirat dalam diri anda. Contohnya perkara yang anda fikirkan, emosi ketika itu dan kisah masa silam anda.

Ilmu analisa tulisan tangan ini sedikit sahaja dari ilmu Allah yang luas. Semoga Allah merahmati usaha kita untuk mengenal diri dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang menghalang kehidupan lebih baik. Insha Allah.

Info lanjut mengenai SEMINAR JOM HIJRAH KUANTAN klik poster di bawah.

Pendaftaran online SEMINAR JOM HIJRAH KUANTAN
Berminat untuk tahu lebih mengenai ilmu analisa tulisan tangan ini, Jom hubungi admin di 016-9237881

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *