"SAYA CINTAKAN AWAK, TAPI.. ADAKAH SAYA BENAR-BENAR MENGENALI AWAK?"

Anda mungkin sudah lama bercinta, namun masih belum masak dengan perangai masing-masing. Atau, anda baru nak memulakan hubungan dengan orang yang anda langsung tak kenal.

Jom lihat tulisan pasangan atau bakal pasangan anda hari ini. Mungkin masih ada rahsia yang belum anda tahu !

Tanya semula diri kita cinta itu apa? Apakah sekadar berkenalan dan kemudian bernikah? Cukupkah sekadar mengenali luaran fizikal sahaja? Alangkah indahnya perkahwinan jika kita saling mengenali pasangan sebaiknya.

Kriteria yang dimahukan dalam mencari pasangan adalah sangat penting. Tipulah jika lelaki tak mahu gadis yang cantik dan serba sempurna dari pelbagai aspek. Begitu jugalah wanita, nak calon suami yang tidak kurang hebatnya. Tetapi itu semua hanyalah angan-angan, semua nya terpulang kepada Allah Ya Khaliq Yang Maha Mencipta itu sendiri.

Saat menghadapi isu dalam hubungan, pasti muncul keraguan didalamnya. Kajian menunjukkan salah satu punca pasangan bercerai adalah kerana merasakan mereka sudah tidak serasi untuk bersama. Dalam soal hubungan terutamanya cinta suami isteri, soalnya bukan pasangan itu tepat atau tidak, tetapi kita sendiri mampu atau tidak menjadi orang yang tepat buat pasangan kita.

Perkataan I LOVE YOU dan SAYANG SAYANG AWAK tidak cukup untuk mempertahankan hubungan rumahtangga. Adakah salah sendiri atau pasangan apabila si dia belum mencapai piawai yang ditetapkan pasangan. Apakah anda meletakkan harapan pada pasangan? 

 

Salah satu faktor yang membuatkan kita merasa ragu adakah kita sudah mencari pasangan yang tepat adalah kita sendiri belum mengenali diri kita dan tidak tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. Jika kita sendiri belum mengenali diri sendiri, mana mungkin kita bertemu pasangan yang akan memahami diri sepenuhnya. 

Oleh sebab inilah, dengan izin Allah saya terbitkan sebuah lagi buku tulisan tangan dengan fokus hubungan suami isteri. 

Semoga kita lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam agar dapat menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dengan baik. Saya sangat berharap agar naskhah kali ini dapat menjadi panduan kepada semua dalam meraih kebahagiaan rumahtangga. Semoga menjadi inspirasi buat kalian menjadi pasangan paling romatik dengan coraknya sendiri. Siapa kata kita tidak boleh bahagia dengan cara tersendiri? InsyaAllah selagi berlandaskan suruhan Allah, kita mampu mengecapi bahagia yang dicari. 

Bagaimana Saya Terjebak Dengan Dunia Grafologi?

Bermulanya saya dengan grafologi  secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.

Bayangkan, umur baru 7 tahun terpaksa pergi kelas tambahan membaca. Kelas tersebut pun bukannya murah. Dikatakan, murid-muridnya boleh membaca sepantas 6 bulan berada di program itu. Tapi, anak saya yang seorang ni masih lagi tak boleh membaca. Saya buntu!

Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia

Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri. 

Oleh sebab itulah saya terbitkan buku pertama saya ini sebagai satu initiatif untuk membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap buku ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.

AZURA HASHIM
Certified Master Of Handwriting Analysis
Certified NLP Coach
Entrepreneur

PENAMPILAN AZURA HASHIM DI MEDIA

BADAN KORPORAT YANG PERNAH MENJEMPUT PN AZURA

Apa Yang Anda Akan Pelajari dari Buku Ini?

LOVE : MILIK SIAPAKAH TULISAN INI

Semoga dengan mengenali ciri yang ada pada tulisan membawa anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam. Semoga kekurangan pasangan dapat dikenalpasti dan difahami, dan anda mempunyai empati terhadapnya, dan bukan hanya mencari kesalahannya.

Azura Hashim

Bagaimana Tulisan Tangan Sebagai Alat Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid Dapat Membantu Dalam Hubungan Suami Isteri?

Subhanallah, ada perkara yang memberi impak positif kepada diri saya, setelah saya mempelajari ilmu tulisan tangan. Rupa-rupanya, saya belum benar-benar mengenali suami saya walaupun telah 10 tahun berkahwin. Saya beranggapan karakternya seperti saya, namun ternyata saya silap, dan ia telah membawa kepada kedinginan dalam hubungan rumahtangga saya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan analisa tulisan tangan, saya boleh mengenal karakter sebenar suami saya – yang tersurat, mahupun tersirat. Dengan mengenal karakter masing-masing, saya dapat melakukan komunikasi dua hala tanpa perlu salah paham dan ada pihak yang memendam rasa.

Saya juga mengamalkan terapi tulisan tangan untuk memperbaiki kelemahan dan menambah baik potensi dalam diri kerana saya menginginkan kehidupan yang bahagia bersama suami dan anak-anak saya. Insha Allah.

Dr. Nurhidayah Roslan, Pengasas Dr Anne Skincare

PRE-ORDER* BUKU INI SEKARANG!

Saya akan berikan anda harga super-special. Tapi, boleh bantu saya untuk sampaikan ilmu ini kepada 1,000 orang?

Harga pasaran buku ini adalah RM35.90.

Tetapi, jika anda boleh bantu untuk share website ini di media social anda, saya akan berikan anda kod diskaun.

Hanya share website ini untuk “unlock” kod diskaun di bawah.

Harga pre-order bermula dari RM20 dan akan meningkat RM5 setiap hari sehingga 29 Mac 2018.

27 Mac 2018 – RM20
28 Mac 2018 – RM25
29 Mac 2018 – RM30

Jadi, anda yang pre-order awal akan dapat lebih penjimatan. 

Lekas ! Dapatkan kod diskaun di atas dan pre-order hari ini!

NOTA PENTING : 

Pre-Order bermaksud, anda bayar dahulu, kemudian baru anda akan dapat buku ini setelah dicetak nanti. Kami jangkakan buku ini akan siap dicetak pada hujung bulan April dan kami akan menghantarnya melalui Poslaju. InsyaAllah.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi / whatsapp 016-923-7881.