azura_small

AZURA HANIM HASHIM yang berasal dari Klang, Selangor adalah pengasas Mastery Academy, sebuah syarikat yang memfokuskan latihan dan pembangunan. Dengan matlamat membangunkan kemahiran dan potensi masyarakat sekeliling. Mastery Academy juga memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan untuk meningkatkan perniagaan mereka dengan kaedah yang berkesan.

Azura menerima MBA dan PhD dalam Pemasaran Antarabangsa. Azura diiktiraf sebagai ‘coach’ Neuro Linguistic Programming (NLP) di bawah NFNLP, USA. Minatnya dalam bidang analisis tulisan tangan ini adalah untuk membantu mengubah kehidupan rohani, mental, emosi dan fizikal dengan lebih berkesan. Sehingga beliau diiktiraf sebagai ‘Certified Master of Handwriting Analysis‘ dari KAROHS International School of Handwriting Analysis.

Beliau mempunyai pelbagai industri pengalaman, lebih 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan.

Selama 15 tahun, beliau pernah memegang jawatan sebagai Head of Property dan Site Acquisition di syarikat telekomunikasi dan juga sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Beliau pernah mengajar subjek e-marketing dan pengurusan tingkahlaku.

Beliau juga aktif menerima undangan untuk berkongsi ilmu rahsia tulisan tangan dengan beberapa pertubuhan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), PERKESO, Lembaga Tabung Haji dan telah melatih ribuan usahawan tempatan.

Beliau percaya dengan pelbagai pengalaman dalam industri, beliau boleh membantu lebih ramai orang berjaya dan boleh memberi nilai tambah dalam organisasi dan negara secara keseluruhannya.

Selain aktif berkongsi pengalaman, Azura juga memiliki rangkaian produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri iaitu, Medina Essential. Beliau berazam dapat membantu ramai orang di luar sana untuk lebih sihat dan bertenaga, selain membantu mereka menjana pendapatan.

Azura sering muncul dalam akhbar, majalah tempatan dan kaca televisyen berkongsi ilmu tentang rahsia tulisan tangan dan transformasi kehidupan yang lebih cemerlang.

Beliau berazam untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi orang tentang ilmu analisis tulisan tangan kerana ia sangat penting untuk mengubah minda bawah sedar yang membantu seseorang individu menjadi lebih positif.

 

PENAMPILAN AZURA HASHIM DI MEDIA