Alam dewasa adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Sampainya waktu itu maka semakin terarah tujuan hidup mereka dan semakin bertambah perancangan yang ingin dilakukan dalam hidup. Yang paling ketara mereka akan membuat perancangan dalam kerjaya dan pembinaan keluarga melalui perkahwinan. Jika rezekinya cepat, maka berkahwinlah mereka awal.

Namun, dalam soal jodoh ada juga yang diuji sebaliknya. Ketika masa yang berjalan tidak dapat diberhentikan, pasangan hidup pula tidak kunjung tiba, ketika itu juga hati menjadi gundah gelana.

Lalu, harus bagaimana?

Pujuklah Pada Hati dan Katakan:

#1-“Bersabarlah Wahai Hati”

Bersabarlah wahai hati. Akan hadirnya pelangi itu, selepas turunnya hujan. Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran menentukan lama atau tidak sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.

Untuk itu, belajarlah bersabar dan redha.

Ujian ini tidak hanya kepada kita, malah orang tua kita juga turut diuji. Bukan mereka tidak pernah berusaha untuk temukan jodoh anak. Juga bukan mereka tidak pernah berdoa dan bermunajat kepada Allah tetapi inilah rahsia Allah yang perlu dilihat dari sudut positif.

Pilihannya adalah sabar. Allah akan beri pahala bersesuaian dengan besarnya ujian. Dengan sabar, jiwa akan jadi tenang.

 

#2-“Ini Peluang untuk Tambah Bekalan di Akhirat”

Ketika doa untuk bertemu jodoh belum dimakbulkan, Allah terlebih dahulu memberi kita kebahagian yang lain. Kebahagian didunia dengan peluang lebih masa bersama keluarga. Kebahagian di akhirat dengan peluang untuk beramal jariah bagi menambah bekalan di akhirat.

Bersangka baiklah kepada Allah S.W.T., semoga hilang rasa tekanan yang kita rasakan.

Tips memohon ketenangan, kedamaian hati dan fikiran:
“Allahumma Ya Salam Ya Baasith, tenangkan dan lapangkanlah hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah.” 

 

#3-Jauhi Perkataan ‘Kalau’

Imam al-Nawawi melalui kitabnya merakamkan sebuah hadis yang berbicara tentang cara berinteraksi dengan musibah. Sabda Nabi, maksudnya:
“Bersemangatlah untuk mengerjakan apa yang bermanfaat bagimu serta mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan kamu lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah mengatakan: ‘Kalau aku melakukan demikian, tentu hasilnya akan demikian dan demikian.’ Tetapi katakanlah: ‘Ini sudah ketentuan Allah berdasarkan apa yang Dia kehendaki, lalu Dia akan lakukan.’ Kerana kata ‘kalau’ akan membuka jalan bagi syaitan.”

(Riwayat Muslim)

Kasih sayangNya yang agung menjadikan kehidupan manusia bergantung keseluruhan kepadanya. Sebagai hamba redha atas keyakinan bahawa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

#4-“Yakinlah, Keputusan Allah yang Terbaik!!”

Sedarkah kita keputusan Allah itu sentiasa terbaik!

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu tidak suka kepada sesuatu, padahal itu terbaik untukmu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi ia tidak baik untukmu. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Surah Al-Baqarah: 216 )

Ayat diatas mengingatkan kita pada salah satu rukun iman iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.

Nabi S.A.W. bersabda apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:
Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk.”

(HR al-Bukhari, Muslim)

Orang yang beriman dengan qada’ dan qadar akan mempunyai rasa positif dan optimis dalam kehidupan. Kita bukan berkuasa untuk meramal masa hadapan, tetapi kita tahu ini kekuasaan Allah S.W.T. Allah Maha Besar.

Sebagai hamba kita jangan berputus asa untuk berusaha dan ingat sentiasa optimis demi mencari kebahagian.

Jemput baca: 7 Perkara ‘Have To Do’ untuk Jodoh Datang Dekat

Wallahua’lam.Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Sebarkan Kebahagiaan…

Sejauh mana kita mampu meluahkan rasa cinta kepada pasangan?

Adakah setelah benar-benar mengenalinya?

Jika kita sendiri belum mengenali diri sendiri, mana mungkin kita bertemu pasangan yang akan memahami diri sepenuhnya.

Tawaran PRE ORDER BUKU kini telah dibuka!
Untuk order klik BUKU LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *