Rasa ragu-ragu dan takut itu normal bagi seseorang apabila mereka ingin keluar dari zon selesa. Cara menanganinya adalah dengan meyakinkan diri sendiri bahawa kemajuan diri anda hanya akan terhasil jika anda bantu diri sendiri keluar dari keselesaan tersebut.

 

5 SEBAB KEYAKINAN MEMBANGUN KEMAJUAN DIRI

#1-Keyakinan Mengubah Cara Seseorang Berfikir

Meletakkan keyakinan di hati, mampu mempengaruhi cara seseorang berfikir. Rasa yakin yang kuat, mengawal minda supaya fikirkan perkara yang HEBAT, kejayaan yang akan dicapai dan sokongan positif yang diperolehi. Secara tidak langsung, sedikit-sedikit cara berfikir seseorang turut berubah.

Pemikiran yang sudah terbawa dengan pola fikir yang HEBAT akan memudahkan seseorang itu untuk belajar dari kesilapan seterusnya merancang hala tuju hidup di masa hadapan.

 

#2-Keyakinan Membentuk Kepercayaan Pada Kebolehan Diri

Dalam diri setiap orang, ada potensi dan bakat yang boleh bawa mereka ke mercu kejayaan. Cumanya, mereka belum membangunkan potensi tersebut sebab kurang keyakinan diri.

Keyakinan membentuk kepercayaan pada kebolehan diri. Seseorang itu harus percaya, dia mampu melakukan sesuatu yang LUAR BIASA untuk diri sendiri dan boleh memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Yakinkan pada diri anda seorang yang unik dan LUAR BIASA!

 

#3-Keyakinan Membawa Desakan Inspirasi untuk Berusaha

Keyakinan membawa desakan inspirasi untuk berusaha dan tidak melengah-lengahkan masa. Mereka yang kurang keyakinan diri, cenderung untuk menangguhkan cita-cita dan melihat orang yang lain berjaya dahulu.

Kehidupan ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan dan lorong jalan. Diri sendiri yang pilih, FOKUS kehidupan sendiri. Dengan keyakinan yang terbina, FOKUS pada sesuatu yang anda mahukan dan boleh memberi bahagia pada diri sendiri.

 

#4-Keyakinan Membantu Seseorang Mengawal Diri

Sesekali timbul masalah yang sukar untuk diselesaikan, kita jadi risau, mudah marah dan cepat hilang pertimbangan. Bila tidak dapat mengawal diri dengan baik, seseorang itu akan cepat stress.

Keyakinan membantu seseorang mengawal diri. Semakin tinggi keyakinan seseorang, semakin baik kawalan dirinya. Dia mampu kawal TINDAKAN, REAKSI dan EMOSINYA supaya tidak cepat melatah.

 

#5-Keyakinan Mencetuskan Keberanian

Dengan adanya keyakinan seseorang itu tidak akan teragak-agak untuk MENCUBA. Keyakinan mencetuskan keberanian. Rasa yakin diri menjadikan seseorang sanggup mengambil risiko dan TIDAK TAKUT berdepan dengan apa sahaja yang berlaku.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Keberanian Meletakkan Goal yang Tinggi

Dalam analisis tulisan tangan, kedudukan palang huruf t berkait rapat dengan kekuatan dalaman seseorang seperti keyakinan dan keberanian. Palang huruf t yang tinggi menggambarkan seseorang itu tinggi keyakinan diri. Ini contoh tulisan palang huruf t yang tinggi:

Individu yang berkeyakinan tinggi, seorang yang berani meletakkan goal yang tinggi dalam hidup mereka. Mereka ada wawasan dan rancangan masa depan yang hendak dicapai.

Jika hari ini, rancangan masa depan anda hanya tercatat pada dalam planner, masih belum terlambat untuk anda melakukan sesuatu. Ketahuilah dengan menjadi individu yang berkeyakinan tinggi akan lebih mudah untuk memajukan diri.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

“Tingkatkan KEYAKINAN dan KEBERANIAN menerusi tulisan tangan adalah sesuatu untuk saya, anda dan semua perlu tahu!”

Insha Allah, bersama sertai kami di:

SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Info lanjut, klik:  http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply