Dalam menelusuri kehidupan, pelbagai persoalan menjengah benak fikiran. Baik persoalan yang kadang kita tahu jawapannya tetapi akal dan hati tidak mahu menerima. Ada juga persoalan yang tidak tahu jawapan mana yang terbaik, lalu membiarkan masa dan perancangan Allah S.W.T yang membawa menemui jawapn tersebut.

INSHA ALLAH, MENJAWAB 5 PERSOALAN:

#1-Jika menghadapi masalah, jangan leka dengan masalah. Tetapi fokus pada jalan penyelesaian

Buka mata hati dan buka minda supaya kita boleh keluarkan sifat kreatif kita. Berfikir diluar kotak. Walaupun anda merasakan idea itu tidak logik, tidak bernas tetapi siapa tahu idea anda bantu mudahkan urusan orang lain. Apa salahnya mencuba? Sekurang-kurangnya, anda telah menunjukkan kesungguhan anda dan tidak lemah dengan ujian. Itu tanda-tanda orang yang akan berjaya.

Kadangkala, sesuatu masalah itu sulit dan berat untuk bertemu dengan jalan penyelesaian. Bila tiba masanya yang tepat, masalah akan bertemu penyelesaian. Yang hebatnya, adalah kuasa Allah S.W.T. Tawakal kita pada perancangan Allah. Doa yang diminta kepada Allah:

Allah Ya Mujib (yang Maha Mengabulkan Doa) permudahkan permasalahan kami dan bantulah kami mendapatkan jalan penyelesaiannya

 

#2-Jika diberi yang kecil, jangan dipersoal mengenai hal yang besar. Sebaliknya cari rahmat dan manfaatnya.

Sama ada kita ingat atau lupa, tidak sedikit pun perkara yang kita lakukan akan dibiarkan oleh Allah S.W.T. Setiap daripadanya akan dinilai. Sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya semuanya akan dihitung dan dicatat dalam kitab amalan masing-masing. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”

(Surah al-Zalzalah: 7)

Cuma, andai kita lebih bijak segala nikmat dan kurniaan-Nya akan kita manfaatkan seluasnya kepada orang lain. Juga, andai kita memang bijak, sebelum berbuat sesuatu kita akan berfikir untuk mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah sediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.”

(Surah an-Nisa: 134)

 

#3-Jika kita menghidapi banyak penyakit, perhatikanlah gaya hidup kita di masa lalu dan sekarang

Gaya hidup kita faktor yang cukup kuat boleh mempengaruhi kesihatan fizikal seseorang. Lihatlah cara pemakanan, pemilihan makanan, penjagaan kebersihan diri dan aktiviti riadah yang kita lakukan.

Penyakit tidak hanya pada kesihatan fizikal sahaja, kesihatan mental juga turut terkesan. Tidak hairan melihat persekitaran kita ramai anak muda, kanak-kanak, generasi pelapis negara sedang kritikal. Mereka sedang asyik dengan gajet, trend, fashion, pergaulan sosial dan banyak lagi yang telah meracuni pemikiran mereka. Akhirnya kumpulan ini tidak lagi mengutamakan pelajaran tetapi mereka mencari populariti untuk meneruskan hidup.

 

#4-Jika merasa diri tidak bahagia, fikirkan dimana silapnya dan perkara apa yang menahan diri untuk bahagia.

Penanda aras kebahagiaan seseorang terletak pada hatinya. Hati yang bahagia, bebas dari penyakit hati (mazmumah) akan terpancar kebahagiaan itu pada wajahnya. Kebahagiaan mengawal fikirannya pada yang positif dan mendorong tindakannya pada perkara benar.

 

#5-Jika diri putus asa, tanyakan pada diri pergantungan kita adalah kepada-Nya atau makhluk selain dari-Nya

Fitrah kemanusiaan yang mesti diakui, kita adalah hamba Allah. Seorang hamba memerlukan pergantungan kepada kuasa yang kuat. Kekuasaan yang kuat dan agung itu kepunyaan mutlak Allah S.W.T. Manusia dan alam seluruhnya bergantung pada Allah yang Maha Mencipta.

Orang yang meletakkan pergantungan kepada Allah S.W.T tidak ada kerisauan dan syak wasangka dalam dirinya. Mereka sentiasa berharap akan ada kebaikan dan hikmah setiap perkara yang berlaku. Mereka percaya pada janji-janji Allah.

Terjemahan ayat Kursi (Surah al-Baqarah: 225):

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yng Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

 

Rahsia Tulisan Tangan: Individu yang Tenang (Luaran & Dalaman)

Susah untuk mengawal diri menjadi tenang, apatah lagi mahu tenang dalam hati dan tenang di luar. Berdasarkan kajian dalam ilmu grafologi (analisis tulisan tangan), individu yang menulis dengan baseline lurus digambarkan seorang yang tenang. Baseline tulisan yang lurus seperti menulis di atas kertas yang bergaris.

Ini contoh tulisan dengan baseline lurus:

Lebih jelas lagi baseline tulisan setiap orang jika ditulis di atas kertas kosong. Selain digambarkan seorang yang tenang, individu ini juga tidak mudah patah semangat dan ingin berterusan mencapai matlamat hidup. Bagi individu yang tenang, mereka mudah untuk mengawal emosi dan mengatur sesuatu perkara. Berhati-hati jika baseline tulisan anda terlalu lurus, seolah-olah menulis di atas garisan. Anda digambarkan seorang yang degil dan mementingkan kesempurnaan.

Hanya dengan ketenangan, kita mampu berfikir waras dan tidak bertindak membuta tuli. Tindakan yang bercampur dengan emosi dan fikiran yang bercelaru akan memburukkan keadaan seterusnya tidak mendatangkan hasil seperti yang dimahukan.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari.

Admin

 

“Hidup lebih tenang membahagiakan, andai kita mengenal diri sendiri. Lalu, menggunakan seluruh potensi diri untuk membangunkan diri dan membantu orang lain belajar mengenal diri mereka pula”

 

** Mengenal Diri Sendiri Melalui Tulisan Tangan **

Insha Allah, bersama sertai kami di SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN pada 28 Julai 2018

Info lanjut, klik:  http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply