“Jernihkan yang keruh”

Kerap mengongkong dianggap tidak percaya, terlalu memberi kebebasan dianggap tidak sayang.

Apakah yang harus dilakukan? Penulisan ini akan membongkar ‘AMALAN 5E’ yang wajar dielakkan untuk mencapai kebahagian sebenar suami isteri dalam rumah tangga.

5 E: KUNCI KEBAHAGIAN SEBENAR SUAMI ISTERI

#1-Elakkan memuji pasangan lain secara berlebihan

Elakkan memuji pasangan lain secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan pasangan anda cemburu, terasa hati dan memendam rasa.

Pasangan suami isteri perlu mengungkapkan kata-kata positif yang dimiliki oleh pasangan supaya dapat memberi rasa percaya diri pada pasangan. Dia akan lebih merasa dicintai dan dihargai oleh anda sehingga tidak ada keraguan dalam menjalani perkahwinan.

 

#2- Elakkan meninggikan nada suara anda

Elakkan meninggikan nada suara anda kerana makin tinggi nada suara makin menunjukkan tingginya ego anda. Sebaliknya,gunalah sebaik-baik nada agar ketegangan berakhir dengan kemesraan.

Bila salah seorang tidak sengaja berbuat salah, pihak yang satu lagi tidak perlu cepat melatah. Harus berfikir wajar dan rasional. Bantu mengingatkan dengan perkara baik, suara yang lembut, tidak menengking dan tidak menyinggung perasaannya.

Sebaliknya jika sikap kasar yang ditunjukkan, itu menjadi petanda dan isyarat kurangnya ilmu dan kerendahan akhlak anda.

 

#3- Elakkan menipu dalam perhubungan

Elakkan menipu dalam perhubungan kerana akan menghilangkan kepercayaan terhadap pasangan. Bercakap benar walau pahit dan sukar untuk diterima.

“Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu 1) kepercayaan, 2) cinta dan 3) rasa hormat” -(Saidina Ali)

Kejujuran penting dalam hubungan.

Tahukah anda, karakter orang yang jujur dapat dilihat dari tulisan tangan. Bagaimana caranya? sambung baca disini

 

#4- Elakkan meninggalkan pasangan anda bersendirian

Elakkan meninggalkan pasangan anda bersendirian di rumah tanpa sebab kerana boleh menyebabkan mereka rasa tidak dihargai dan tidak penting dalam keluarga.

Syak wasangka akan mudah terbit di hati pasangan, sedikit-sedikit mula mencari salah anda dan bertubi-tubi pertanyaan akan keluar dari mulut mereka.

 

#5- Elakkan memberikan kritikan negatif

Elakkan memberikan kritikan negatif terhadap pasangan kerana dapat mencalarkan hati pasangan dan boleh mencetuskan perbalahan.

Ramai orang pandai mengkritik, tetapi tidak bijak. Mereka tujukan kritikan tersebut kepada orangnya, bukan isunya.

Jadi, orang yang mendapat kritikan tersebut tidak dapat menerima dengan hati yang terbuka. Apabila dikritik, mereka akan menjadi defensif dan menolak kritikan tersebut.

Kritikan jarang membawa kebaikan. Lagi-lagi dalam hubungan perkahwinan. Jika kedua-duanya saling berlawanan, tiada pihak yang akan menang.

 

Akhir kata, kebahagian sebenar suami isteri datang dari karakter dan peribadi mereka sendiri. Ada saja perkahwinan yang boleh bahagia, dengan sebelah pihak sahaja yang ambil langkah untuk bersabar dan bertahan. Tetapi, bukankah usaha yang datang dari lebih satu individu lebih mudah dan cepat kesannya.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari.

Admin.

 

BERDUA LEBIH BAIK, BERSAMA-SAMA KITA KENAL PASANGAN HIDUP DENGAN TELUS DAN RAPAT, TAPI SECARA RAHSIA..
Eh! bagaimana pula secara rahsia tu??
Rahsianya ada dalam buku ‘Love’ Tip Membina Hubungan Ideal Melalui Tulisan Tangan. Nantikan akhir Mac ini, keluaran buku baru sebagai buah tangan untuk anda.

 

 

Leave a Reply