Kebanyakan usahawan yang terkenal akan mempamerkan karakter dan kualiti yang lebih kurang sama antara satu sama lain. Karakter yang dibina dalam diri secara tidak langsung telah menyumbang kepada kejayaan perniagaan mereka.

Jom lihat antara kualiti-kualiti yang patut dimiliki oleh usahawan diluar sana untuk berjaya.

5 KUALITI PATUT DIMILIKI OLEH USAHAWAN UNTUK BERJAYA

1.BERTANGGUNGJAWAB PADA ORGANISASI, KLIEN DAN PELANGGAN

Dalam perniagaan, setiap usahawan mengharapkan operasi syarikat berjalan lancar, bebas hutang dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan bagi menjamin kestabilan yang kukuh dalam industri.

Oleh itu, sebagai seorang usahawan, ketua operasi bagi syarikatnya haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan bersungguh-sungguh.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Anfaal ayat 27 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah S.W.T dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu. sedang kamu mengetahui.”

 

2.OPTIMIS MERANCANG

Dalam pemikiran usahawan, memajukan bisnes adalah satu keutamaan. Optimis merancang dengan strategi yang dirangka seterusnya menyediakan bekalan sumber yang mencukupi.

Usahawan perlu berpandangan jauh, menjangkaukan peluang dan potensi yang bakal muncul pada masa akan datang.

Usahawan yang optimis tidak jemu berusaha bagi merealisasikan impian. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita untuk sentiasa berharap pada kebaikan serta tidak berputus asa.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah ‘Ali-Imran :139)

Dengan bersikap optimis, usahawan akan terdorong untuk berdaya saing secara sihat bagi merealisasikan matlamat mereka.

 

3.BERANI MENGAMBIL RISIKO

Dalam setiap perkara yang kita lakukan ada risiko. Bezanya adalah sama ada risiko itu kecil (semua mampu mengatasinya) atau risiko yang sederhana (sebahagian sahaja boleh berhadapan dengan baik) atau risiko yang besar (belum ramai lagi yang mahu mengambilnya).

Begitu juga dalam perniagaan. Risiko datang dari pelbagai sudut dan masing-masing diduga dengan risiko yang berbeza. Beza antara usahawan A dan usahawan B adalah kesanggupan mereka untuk mengambil risiko bagi melakar kejayaan yang lebih besar lagi.

Sebelum itu, perlu ada ilmu yang bijak dalam menangani risiko. Ilmu juga boleh diperolehi dengan belajar dari pengalaman bisnes orang lain dalam menguruskan masalah yang dihadapi.

 

4.BERFIKIRAN KREATIF & INOVATIF

Kreatif dan inovatif tidak hanya terhad pada penambahbaikan produk sahaja. Malah, boleh juga dalam pembaharuan servis kepada pelanggan yang akan membeli produk kita nanti.

Perkembangan teknologi dan rangkaian internet yang semakin maju telah memberi inspirasi pada Vivy untuk menjayakan Fashion Valet. Fashion Valet adalah antara idea yang diusahakan oleh Vivy bagi memudahkan masyarakat untuk membeli belah. Beliau menganalisis keperluan dan kemahuan masyarakat seterusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya.

 

5. PERGAULAN SOSIAL YANG MANTAP

Personaliti ekstrovert mempunyai pergaulan sosial yang mantap.

Rata-rata usahawan yang kita kenali seperti Dato’ Aliff Syukri dan Vivy Yusof memang memiliki personaliti ekstrovert. Personaliti ini sedikit sebanyak telah membantu mereka meluaskan pengaruh perniagaan yang lebih besar terhadap klien dan pelanggan.

Sebagai usahawan, berhubung dengan ramai klien dari pelbagai latar belakang membolehkan anda berkongsi pengalaman dan menjana idea baru bagi perniagaan anda.

 

Personaliti Ekstrovert dalam Tulisan Tangan

Tulisan tangan boleh dikatakan cerminan karakter peribadi seseorang. Kebanyakan individu ekstrovert, menulis dengan gaya huruf ke kanan. Menulis dengan arah ke kanan menjadi simbolik keterbukaan anda dalam pergaulan sosial. Anda suka mencari peluang untuk menjalin hubungan baik dengan orang sekeliling.

Namun begitu, berhati-hati juga dengan tulisan yang terlalu ke kanan. Anda boleh dikategorikan sebagai orang yang terburu-buru dan sukar mengawal emosi.

Ilmu dalam analisa tulisan tangan ini adalah antara ilmu yang bermanfaat untuk dipelajari bagi mengenal potensi diri dan memahami karakter orang sekeliling. Sesungguhnya yang terbaik datang dari ilmu Allah, Ya ‘Alim yang Maha Mengetahui.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

TERAPI TULISAN TANGAN

” Lenyapkan 11 Ketakutan yang Menghambat Diri dari Menjadi Lebih Berjaya dan Bahagia “

Jom dapatkan DVD Terapi Grafologi untuk fahami bagaimana menukar tulisan untuk membuang karakter negatif yang ada.

 

Klik link ini untuk pembelian http://graphology.com.my/dvd-tutorial-terapi-grafologi/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *