Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri.

Dalam melayari bahtera rumah tangga, perselisihan adalah satu kemestian. Ada cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan perselisihan. Insha Allah, cara yang bijaksana dan lebih bertoleransi. 

Sebelum itu, pohonlah pada Allah S.W.T supaya diberi petunjuk dan dipimpin jalan untuk kita menyelesaikan kebuntuan pada masalah ini.

“Allahumma Ya Zohir, nampakkan padaku punca masalah ini dan berikan petunjuk kepada penyembuhan masalah ini dan bukalah jalan penyelesaian dan kurniakan kami kebijaksanaanMu dalam membantu hambaMu ini”

 

4 TIP MEREDAKAN KONFLIK RUMAH TANGGA

#1-BERHENTI (Stop)

“Berhenti apabila menyedari terdapat konflik yang sedang berlaku”

Contoh untuk berhenti ialah minum seteguk air kosong sambil berlegar-legar sebelum memberi maklum balas terhadap isu yang dibincangkan. Boleh juga cuba aktiviti mengira dari belakang bermula dengan 100 hingga 0.

100, 99, 98, 97, 96, 95, 94, 93,………………5, 4, 3, 2, 1.

Insha Allah, dapat membantu untuk mengurangkan tekanan. Tekanan yang tidak dapat dikawal dengan baik akan memberikan kesan buruk pada hubungan.

 

#2-FIKIR (Think)

“Fikir sebelum bertindak”
” Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, tolong kami menyelesaikan masalah kami “

Bijak berfikir adalah penentu kepada kejayaan bagi menyelesaikan konflik.

Elakkan daripada membuat kesimpulan awal kerana banyak perkara harus diberi pertimbangan dan pilihan. Ketika ini sangat penting untuk memikirkan hubungan dengan orang lain yang terlibat.

 

#3-DENGAR (Listen)

“Dengar sebelum berkata sesuatu”

Kebanyakan orang akan mempertahankan diri mereka sejerus mendengar kritikan berbanding mendengar terlebih dahulu keseluruhan ucapan orang lain.

Harus ada keseimbangan disini. Dengar keseluruhan cerita dahulu dari pihak tersebut dan sebab-sebab isu itu dibangkitkan.

Sebagaimana kita mahu peluang untuk membela diri, kita terlebih dahulu harus beri ruang untuk mereka berkata.

“Allahumma Ya Sobur, kurniakanlah kesabaranMu padaku agar daku menjadi hambaMu yang sabar dalam menanggung ujianMu ini”

 

#4-KOMUNIKASI (Communicate)

“Rancang bagaimana untuk bercakap”

Yang paling digalakkan ialah bercakap atau berbual terlebih dahulu tetapi dengan cara yang bukan agresif. Menyatakan fakta dapat membantu mempercepatkan konflik berakhir.

 

Pertembungan konflik dalam rumah tangga memerlukan salah seorang atau lebih bagus lagi kedua-dua pihak bertindak matang. Kuncinya adalah kematangan.

Kematangan dapat dilihat bila mana seseorang itu mampu menahan marah ketika berhadapan krisis dan perselisihan. Mampu bertenang akan dapat memberikan kita bertindak rasional dan membantu berfikir cara menyelesaikan masalah. Harus diingat, pilihan untuk melakukan tindakan kekerasan adalah pilihan terakhir, itu pun hanya sebagai pertahanan diri.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

Sebarkan kebahagian…

AKAN DATANG!!

LOVE TILL JANNAH

Dapatkan TIP-TIP KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA, antaranya:
1. Kenali diri sendiri
2. Kenal dan faham pasangan anda
3. Keserasian dan kefahaman yang dicari
4. Atasi ketakutan yang mengagalkan hubungan anda
5. Tingkatkan keyakinan dalam pembinaan rumahtangga
6. Mengetahui kelemahan untuk mengecapi kebahagiaan
Jom pre-order buku sekarang!! Klik BUKU LOVE
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-9237881

Leave a Reply