Salah paham masyarakat dalam memahami seorang yang introvert cenderung kepada peribadi negatif seperti anti sosial, befikiran kolot, hanya menjadi ‘pak turut’ dan seorang penakut.

Alhamdulillah, dengan perkembangan ilmu dan kehadiran golongan ilmuwan telah memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat

Semakin hari semakin ramai mahu memperkatakan tentang keistimewaan keperibadian introvert. Penyelidikan dan kajian membantu meyelongkar rahsia individu introvert.

Jom teruskan pembacaan keistimewaan memiliki pasangan introvert dalam hubungan.

 

4 KEISTIMEWAAN MEMILIKI PASANGAN INTROVERT

 

#1-Kekasih yang Setia

Anggapan bahawa introvert tidak suka menjalin hubungan dengan orang sekeliling adalah mitos dan tidak benar.
Sebaliknya seorang yang introvert sangat menghargai orang sekeliling mereka.

Walaupun memiliki rakan yang sedikit, mereka tetap setia dalam kumpulan tersebut. Sehingga orang sekeliling kagum melihat persahabatan mereka yang dapat bertahan lama.

Mempunyai pasangan yang setia satu anugerah dalam perhubungan. Elemen kesetiaan sangat penting sesama pasangan supaya hubungan dapat kekal lama.

Satu perkara yang memberi kelebihan pada mereka yang memiliki pasangan introvert.

Kamu tahu dan kenal kumpulan kawan mereka. Sekiranya berlaku pergaduhan, salah paham atau merajuk kamu boleh tahu siapa yang mereka akan cari dan tempat yang dituju.

 

#2-Kekasih yang Menjaga dalam Pergaulan

Individu introvert bukan anti sosial seperti didengari di luar.

Mereka menjaga pergaulan mereka dengan baik sekali dan selesa bergaul bersama orang yang mereka percaya.

Tanda individu introvert dalam menerima pasangan mereka adalah keterbukaan menceritakan tentang hal yang bersifat peribadi.

Sukarela menceritakan masalah peribadi kepada orang lain adalah sifat yang bertentangan dengan individu introvert. Kamu adalah pasangan yang paling beruntung dan disayangi oleh individu introvert jika dia telah bersedia membuka kisahnya kepada kamu.

Selain itu, dalam pergaulan individu introvert selektif dalam pemilihan topik.

Mereka perlukan alasan untuk berinteraksi. Perbualan kosong tidak dapat menarik minat mereka lebih lama. Mereka mahukan cerita-cerita yang ada pengisian seperti tujuan hidup.

Walaubagaimanapun, mereka tidak menolak sekiranya perbualan tersebut hanya bualan kosong seperti keluhan, rungutan dan luahan perasaan. Mereka sudi mendengar cerita kamu dan setia menjadi pendengar yang baik.

 

#3-Kekasih yang Berhati-hati dalam Berbicara.

Sebelum berbicara dan menyuarakan pendapat, individu introvert akan berfikir terlebih dahulu penerimaan orang lain akan percakapannya. Terutama sekali pasangan mereka, bagi menjaga hati dan perasaan .

Nampak disini kebaikan yang cuba ditunjukkan oleh individu introvert. Walaupun selalu dilabel sebagai pendiam, tetapi kewujudan mereka diperlukan pada saat-saat genting.

Saat introvert berkata-kata, percakapan mereka menyenangkan dan mengandungi kata-kata mutiara yang dapat membuka minda orang yang mendengarnya.

 

#4-Kekasih yang Boleh Dipercayai

Individu introvert adalah antara penganalisis karakter yang boleh dipercayai. Masa bersendirian, memberi ruang untuk mereka melakukan pemerhatian pada sekeliling dan mencari apa yang mereka mahu.

Semasa memilih pasangan, individu introvert menggabungkan pemerhatian dan penelitian mereka pada karakter pasangan yang telah menawan hati mereka.

Jika pasangan anda introvert, cuba ajukan pertanyaan: “Selain atas nama cinta,  mengapa awak sudi memilih saya menjadi teman hidup?” Pasti jawapan utamanya adalah disebabkan karakter anda yang menambat hati mereka.

Anda patut berbangga memiliki pasangan introvert. Ini membuktikan anda adalah yang terbaik antara calon-calon yang mereka yang ada. TAHNIAH !!

 

Kesimpulannya, karakter introvert adalah karakter yang unik. Mereka cuma memerlukan pemahaman, kepercayaan dan penerimaan orang sekeliling terhadap mereka.

Jika dahulu ramai yang menilai karakter introvert sesuatu yang merugikan dan satu kekurangan, mereka silap. Pada hari ini, karakter introvert akan dapat sama-sama menyerlah seperti ekstrovert. Individu introvert akan menyerlah dengan gayanya yang tersendiri.

Tidak melihat kekurangan sebagai halangan sebaliknya diangkat sebagai satu kelebihan dan keistimewaan.

Setia menunggu untuk penulisan seterusnya yang akan membawa cerita mengenai pasangan ekstrovert pula.

 

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Siapa di kalangan pembaca yang mahu mengenal ciri introvert pada diri atau pasangan daripada tulisan tangan sahaja?

4 Mac ini bertempat di Kuantan, Pahang anda dijemput menghadiri…

** SEMINAR JOM HIJRAH: Hijrahkan Dirimu Dengan Tulisan Tangan **

Fokus dalam seminar akan datang ini adalah untuk mendedahkan rahsia tulisan tangan anda yang membawa makna-makna tertentu mengenai diri anda khususnya emosi yang kadang-kadang susah untuk dipahami.
Insha Allah, selesainya seminar ini anda akan dapat menterjemahkan personaliti dalaman, luaran, personaliti pasangan yang mengelirukan dan personaliti diri yang menghalang anda untuk berjaya.
Bersama dengan anda di seminar ini ialah Puan Azura Hashim, yang mempunyai kepakaran sebagai penganalisis tulisan tangan dan diitiraf ‘Master of Handwriting Analyst’ oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis.
Kepada yang berminat untuk menghadiri seminar  Pendaftaran ONLINE SEMINAR DISINI
Mahu membaca testimoni seminar yang lepas? Klik pada gambar dibawah

Anda tidak dapat menghadiri seminar di Kuantan? Jangan khuatir, anda juga boleh dapatkan Profil Analisa Tulisan Tangan  untuk anda dan pasangan.
Jom hubungi admin di 016-9237881 untuk dapatkan pertanyaan lanjut mengenai Profil Analisa Tulisan Tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *