As-Syahid Hasan Banna menyebut “Waktu adalah kehidupan!” Kehidupan manusia sebenarnya ialah waktu yang dia gunakan dari saat kelahiran hinggalah saat kematian.

Hassan al-Basri juga mengatakan: “Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah himpunan beberapa hari, apabila berlalu pergi sebahagian hari maka sebahagian dari diri kamu juga berlalu pergi”

Masa ada karakter dan keistimewaan yang tersendiri, menjadikan masa itu begitu eksklusif dan tinggi nilainya.

 

4 KARAKTER MASA YANG DICEMBURUI

#1-Keistimewaan Dalam Al-Quran

Dalam al-Quran, ada beberapa surah yang menceritakan berkaitan masa dan waktu. Antaranya:

  • Demi Masa (Surah Al-‘Ashr)
  • Demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi gelap (Surah Adh-Dhuha)
  • Demi malam apabila menutupi cahaya siangnya (Surah Al-Lail)
  • Demi fajar (Surah Al-Fajr)

Allah S.W.T memerintahkan kepada kita sebagai hamba-Nya untuk memperhatikan kepentingan waktu dan mengisi waktu dengan perkara kebaikan.

Dengan peringatan Allah, kita beriman dan patuh. Nabi Muhammad S.A.W juga menyampaikan pesan tentang masa, umur dan masa muda. Sabda Nabi yang bermaksud:

“Tidak akan lewat tapak kaki seorang hamba pada hari kiamat, kecuali setelah ditanya empat perkara iaitu tentang jatah umurnya yang ia habiskan di dunia, masa mudanya yang telah ia lewatkan, hartanya dari mana didapatkan dan bagaimana dikeluarkan, tentang ilmunya sejauhmana ia amalkan.”

(HR.Al-Bazzar dan At-Thabrani)

 

#2-Masa Lebih Berharga Dari Wang

Masa adalah harta kita yang paling bernilai dan terletak di tangga kedua selepas nyawa.

Masa lebih berharga dari wang. Ada orang sanggup bayar beribu-ribu duit bagi mencuri masa orang tersebut. Anak kecil mengumpul wang saku sekolah bagi membeli masa daripada ayah ibu mereka untuk bermain bersama selama satu jam. Ayah ibu di kampung membeli tiket perjalanan ke bandar untuk bertemu anak-anaknya bagi meluangkan masa bersama. Betapa orang sanggup berkorban wang ringgit bagi meminta sedikit masa untuk bersama.

Pandangan manusia, masa adalah kepunyaan individu dan hak milik peribadi. Hakikatnya, kita tidak berkuasa pun mengawal peredaran masa dan membuatkan masa berpatah balik mengikut kehendak kita.

 

#3-Masa Lalu Tidak Akan Dapat Kembali Semula

Masa tidak akan dapat kembali semula dan kita hanya akan menghargai nilai masa setelah kehilangannya.

Tiada yang pernah kusesali selain keadaan ketika matahari tenggelam, ajalku berkurang, namun amalanku tidak bertambah-Ibnu Mas’ud r.a

Tanpa disedari bersama dengan masa yang pergi, kita juga mengabaikan perkara-perkara penting yang lain dan mungkin peluang untuk kita mendapatkannya semula adalah tipis. Contohnya seperti kata maaf, kesyukuran kepada Allah, ucapan terima kasih, bantuan, sedekah dan doa. Kita tidak tahu masa bila Allah akan mengkabulkan doa-doa kita, yang penting kita jangan mensia-siakan masa yang ada begitu sahaja.

Ramai yang merasakan rugi tidak menghargai masa dengan sebaiknya. Andai hari esok kita masih ada, manfaatkanlah masa tersebut untuk melakukan lebih banyak perkara baik dari masa yang ada sekarang ini.

 

#4-Masa yang Terus Berjalan, Tidak Tersekat Peredarannya

Masa itu bergerak dalam peredarannya sebagai ketaatan pada Allah S.W.T sehingga mendapat perintah untuk berhenti. Manusia tiada daya untuk melawan masa apatah lagi kehendak Allah S.W.T dengan nama asmaul husna Ya Mutakabbir, Yang Maha Memiliki Kebesaran.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Seandainya akan tiba hari kiamat dan di tangan kalian terdapat biji kurma, maka bila kamu sanggup sebelum datangnya kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

Sesingkat mana tempoh masa yang tinggal untuk kita, selagi itulah masih wujud ruang untuk kita membuat kebaikan. Sebolehnya maksimakan aktiviti kita pada perkara-perkara yang diredhai Allah.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Margin Kiri Penulisan yang Sempit

Penulisan kita ada berbagai-bagai gaya, bentuk dan saiz. Setiap gaya penulisan tersebut secara tidak langsung dapat menggambarkan karakter seseorang. Kali ini dalam rahsia tulisan tangan, kita membongkar karakter penulis yang mempunyai penulisan dengan margin kiri sempit.

Margin kiri sempit digambarkan individu ini seolah-olah dipengaruhi dan terbeban dengan masa lalu. Jarak yang dikatakan sempit adalah dengan kelebaran kurang dari 1cm dari tepi kertas.

Ini contoh penulisan dengan margin kiri sempit:

Mengenang masa lalu tidak menjadi satu kesalahan asal kita tidak terlalu taksub sehingga mempengaruhi kehidupan pada hari ini. Masa lalu sebagai pengalaman dan masa depan adalah fokus yang kita perlu utamakan.

Belajar cara menggunakan masa dengan produktif supaya boleh menikmati waktu kehidupan ini dengan tenang dan berharap aktiviti yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Tempoh masa 24 jam, adakah kita produktif dengan kerja seharian?

Mari manfaatkan masa dan belajar perkasakan potensi diri untuk kelebihan di masa depan !

ANDA DI JEMPUT HADIR

“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”

Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply