WE ARE WHAT WE BELIEVE. Cara kita melihat diri sendiri, apa yang kita rasa, tindakan yang kita lakukan itulah imej diri kita. Satu imej yang dipertontonkan kepada orang lain tentang diri kita.

Imej diri sangat penting. Orang lain menilai bukan hanya pada kecantikan luaran sahaja, mereka juga suka mencari kecantikan dalaman seseorang. Kerana kalau dalaman cantik, sudah tentulah imej luaran yang kelihatan juga cantik.

 

TIPS UPGRADE IMEJ DIRI

#1-Hargai Diri Anda Secara Seluruhnya

Dalam penulisan sebelum ini, ada dikongsikan pentingnya belajar menerima diri sendiri sebagai langkah awal untuk bahagia.

Selepas kita menerima diri sendiri, baru kita boleh menghargai nikmat yang ada di sekeliling kita. Nikmat yang selalu kita terlepas pandang seperti kesihatan mental fizikal, mata yang terang jelas tidak rabun, rezeki yang mencukupi dan banyak lagi. Apabila kita sedar di sekeliling kita ada lagi orang yang kurang bernasib baik, pandangan kita pada diri sendiri akan berubah.

Kita akan lebih bersyukur. Terus bersyukur dan terima dengan berlapang dada takdir Allah yang telah tertulis. Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Hadid, ayat 22:

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya…

Untuk upgrade imej diri jadi hebat, kita harus hargai apa yang Allah anugerahkan supaya kehidupan dapat dijalani dengan bahagia dan tenang. Dalam tempoh bertenang, baru kita dapat fikir penambahbaikan yang boleh dilakukan. Saranan yang boleh diberikan adalah untuk kita sama-sama mulakan penambahbaikan dengan perubahan sikap kita. Ubah cara pandang kita terhadap diri kita sendiri.

 

#2-Tumpukan pada Kekuatan & Potensi yang Dimiliki

Semasa perubahan sikap untuk upgrade imej diri, berikan tumpuan pada kekuatan dan potensi yang dimiliki. Orang yang tahu menggunakan potensi dirinya yang sebenar akan boleh mengatur hidupnya sendiri dan tidak perlu terlalu bergantung pada orang lain.

Berfikiran kolot sebab bimbang orang lain lebih baik berbanding diri kita hanya akan memerangkap diri dari buat perkara yang bermanfaat. Ketahuilah, bagi melonjak potensi diri sebenar ke peringkat terbaik, setiap individu perlu memaksimakan kekuatan masing-masing dengan cara yang betul.

 

#3-Lapangkan Masa dengan Aktiviti Sihat

Pembentukan imej diri yang hebat juga disokong oleh minda yang cergas dan badan yang sihat. Antara aktiviti sihat yang boleh dilakukan:

  • Lakukan aktiviti riadah ringan
  • Hadiri program ilmu yang boleh membina diri
  • Bergaul dengan mereka yang mempunyai imej diri yang positif

Insha Allah, jika mental dan fizikal kita sihat, kita akan tonjolkan impression yang bagus melalui imej luaran kita.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Imej Individu Kreatif

Kajian analisis tulisan tangan menunjukkan, orang yang mempunyai jenis tulisan arcade adalah individu yang kreatif. Tulisan arcade adalah tulisan yang cenderung kearah bentuk bulat. Kebanyakan huruf-huruf yang ditulis tidak runcing, tidak bersegi dan bukan tulisan yang halus.

Ini contoh tulisan arcade:

Individu yang kreatif suka membuat kerja yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti dan kemahiran. Selain itu, individu tulisan arcade digambarkan seorang yang belum matang akan tetapi pandai berdikari.

Upgrade imej diri dengan cara yang positif membawa kebahagian pada diri sendiri. Bila kita rasa bahagia, orang yang di sekeliling kita juga akan turut rasa bahagia. Seandainya kita memandang diri kita dengan imej yang buruk, bagaimana pula pandangan orang sekeliling terhadap kita?

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

“Jom UPGRADE IMEJ DIRI dengan cara mudah guna teknik tulisan tangan”

Insha Allah, bersama sertai kami di:

SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN

Info lanjut, klik:  http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply