Dalam hidup, kita dibentangkan dengan sejarah-sejarah hebat yang menemui kejayaan hasil dari perancangan dan strategi yang kemas. Bacalah rancangan hijrah Nabi S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah, strategi penaklukan Kota Konstantinople, kegemilangan tamadun Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan banyak lagi kejayaan-kejayaan yang dihasilkan oleh mereka yang terdahulu.

Kita mahu menyuntik semangat dan inspirasi ke dalam diri, tidak ada kejayaan yang dicapai tanpa perancangan. Perancangan yang teliti, teratur dan professional akan memudahkan proses untuk mencapai kejayaan.

 

“I HAVE A MISSION”-Begin with the end in mind

#1-Saya cipta misi peribadi & tetapkan matlamat saya

  • Apakah yang memberi makna kepada hidup saya?
  • Sekarang ini, adakah saya boleh berpuas hati dengan kehidupan saya?
  • Bagaimana kehidupan saya 5, 10, 20 tahun akan datang?
  • Apakah yang saya impikan saya akan menjadi?
  • Jika bukan untuk saya, apakah yang boleh saya sumbangkan untuk keluarga dan saudara saya akan datang?

Persoalan dan persoalan membawa kita berfikir mencari jalan penyelesaian kepada persoalan tersebut. Berfikir harus disertai dengan imaginasi supaya kita ada rangka pelan yang sistematik sebelum merealisasikan misi.

 

#2-Saya berimaginasi & merangka dalam ilusi

Imaginasi membantu kita merangka dalam ilusi dan kita diberi kebebasan berfikir tanpa gangguan sesiapa. Kecuali diri kita sendiri. Faktor dalaman banyak memadamkan imaginasi kita seterusnya membuat kita berhenti mencuba. Andai keinginan dan keazaman kita kuat mengejar misi, pasti imaginasi kita lebih besar dan lebih jauh.

Membina dalam minda misi yang belum menjadi kenyataan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk bermula dari sekarang bagi mendapatkan masa depan yang diingini.

Imaginasi sangat penting. Tetapi biarlah imaginasi yang ada isi dan boleh dijadikan sebagai panduan. Semakin terperinci dan teliti imaginasi anda, semakin terurus rangka pelan yang akan terhasil.

Merangka sahaja tanpa ada tindakan yang terhasil ibarat usaha yang dilakukan sia-sia.

 

#3-Saya lancarkan gerak kerja seiring dengan perancangan yang dibuat.

Berimaginasi adalah salah satu perancangan awal yang dicipta. Tetapi perancangan ini hanya berada di awang-awangan, belum realistik selagi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Tindakan dan gerak kerja akan mengukuhkan lagi rancangan untuk berjaya. Jangan mudah putus asa. Sesungguhnya tiada kejayaan yang diperoleh dengan mudah seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)

Rahsia Tulisan Tangan: Bersedia menghadapi Masa Depan

Gaya penulisan kita diatas kertas boleh menggambarkan bagaimana penerimaan diri kita akan masa depan. Adakah kita takut berhadapan dengan masa depan? Atau adakah kita sudah bersedia menghadapi masa depan?

Bidang grafologi atau analisis tulisan tangan telah mengkaji cara penerimaan diri terhadap masa depan melalui margin tulisan. Margin kanan tulisan yang normal, memberi gambaran penulis seorang yang sentiasa bersedia menghadapi masa hadapan. Ini beberapa contoh margin tulisan yang boleh dijumpai dalam penulisan kita:

Margin yang normal adalah dengan jarak 1.5cm dan tidaklah terlalu mengambil jarak yang besar. Ada juga yang suka menulis dengan margin kanan yang sempit iaitu dalam jarak 1cm dari huruf terakhir. Individu ini seorang yang sudah ada perancangan masa depannya dan yakin akan mencapai matlamat yang telah dirancang.

Dalam merealisasikan misi menjadi kenyataan, perlu ada persiapan yang teliti dan  perancangan yang sistematik. Wajib berusaha kerana dengan usaha membezakan peringkat kejayaan kita dengan kejayaan orang lain. Selebihnya, bertawakallah kepada perancangan Allah, Allah Ya Baari (Allah yang Maha Merancang). Serahkan pada kebijaksanaan Allah Ya Hakim untuk menyusun atur perjalanan kehidupan kita.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

Memilih pasangan juga kita perlukan perancangan yang tepat dan kriteria-kriteria yang dapat melengkapi kehidupan berumah tangga.

Mari mengenal karakter pasangan yang tidak terlihat melalui tingkahlaku dan tuturkata dengan mengaplikasikan ilmu analisa tulisan tangan. Insha Allah

Info lanjut, boleh layari: http://graphology.com.my/buku-love-till-jannah/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply