Kehadiran individu yang berfikiran win-win dapat membantu menjadikan sesebuah perhubungan itu bertahan lama dan saling menguntungkan. Ini kerana, individu yang berfikiran win-win akan memandang kehidupan sebagai tempat untuk saling memberi kebaikan, bukan sebagai tempat persaingan. Individu yang win-win sentiasa mencari manfaat bersama dalam setiap perkara. Mereka mahukan penyelesaian yang dibuat memuaskan kedua-dua belah pihak.

“When one side benefits more than the other, that’s a win-lose situation. To the winner it might look like success for a while, but in the long run, it breeds resentment and distrust.”-Dr. Stephen R. Covey

 

TIPS EFEKTIF ‘LONG-TERM RELATIONSHIP’ :Think Win-win

#1-I balance courage for getting what I want with consideration for what others want

Individu yang berfikiran win-win tahu menyeimbangkan antara keberanian untuk mendapatkan perkara terbaik bagi diri dan dalam masa yang sama ada pertimbangan untuk memberikan perkara yang orang lain juga inginkan.

Ajakan untuk berfikiran win-win dalam sesebuah perhubungan untuk membantu individu yang mengalami tekanan berlebihan apabila terlalu merendah diri akan kekurangan. Memilih untuk berdiam diri bagi mengelakkan permasalahan yang lebih besar timbul.

Penting hormat-menghormati dalam hubungan

Di samping ada keberanian untuk menyampaikan keinginan dan tahu pertimbangan, dalam sesebuah perhubungan sangat penting untuk saling menghormati antara satu sama lain.

Consideration adalah tentang cara kita menunjukkan hormat terhadap orang lain sementara courage adalah cara kita menghormati dan menyayangi diri sendiri. Memberi penghormatan antara contoh kebaikan yang orang hebat sahaja mampu buat dan kebaikan ini tiada daya dan kuasa untuk kita melakukannya tanpa pertolongan Allah S.W.T.

Seruan Allah untuk kita sesama manusia menjaga hubungan baik antara satu sama lain melalui penghormatan terdapat dalam Surah an-Nisa’, ayat 86 yang bermaksud:

“Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan segala sesuatu.”

Sesungguhnya dengan nama Allah Ya Baaqi (yang Maha Kekal) dan Allah Ya Rouf (yang Maha Memberi Kasih Sayang), bantulah kami kekalkanlah ikatan perhubungan ini untuk saling berkasih sayang keranaMu.

 

#2-When conflicts arise, I look for third alternatives

Setiap orang mempunyai keinginan dan matlamatnya yang dirancang untuk dicapai. Kemungkinan matlamat kita tidak sama dan ada kemungkinan juga kita menuju matlamat yang sama. Apabila pertembungan matlamat yang tidak sama maka kebarangkalian untuk konflik timbul adalah besar. Jika tidak bijak menangani konflik, akan membawa kesan buruk pada sesuatu perhubungan.

Contohnya perhubungan antara suami dan isteri

Banyak masalah, konflik dan salah faham sering berlaku dalam perkahwinan oleh sebab perbezaan cara berfikir antara lelaki dan perempuan. Suami sukar untuk memahami isteri yang mood kerap berubah-ubah dan begitulah si isteri susah untuk berbincang permasalahan apabila melihat personaliti suami yang bersahaja. Andai tidak ada salah seorang yang bersungguh-sungguh mahu mencari jalan keluar, maka konflik tidak akan boleh selesai dan semakin berpanjanganlah masalah yang dihadapi.

Kehadiran individu yang berfikir win-win akan mencari alternatif yang ketiga apabila menghidu konflik bakal timbul. Ada tindakan yang dilakukan dari individu ini sebelum tercetusnya konflik. Boleh jadi dengan permohonan maaf atau pengakuan jujur yang dibuat. Nampak seperti sudah kalah tetapi hakikatnya dengan memberi maaf kita telah menang! Menang dari menyimpan dendam dan menang dengan hati bahagia lapang.

Memberi maaf terlebih dahulu tidak melambangkan seseorang itu lemah. Hanya mereka yang kuat boleh menggalas tugas yang berat ini bagi mengejar rahmat kasih sayang Allah.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

(Surah Ali-Imran: 133-134)

Diri kita sahaja tidak mampu untuk memaafkan kesalahan orang lain secara keseluruhannya. Sebagai hamba, kita sangat mengharap pertolongan daripada Allah S.W.T.  Allahumma Ya Quddus, Ya Jalil suci bersihkan hati kami dari penyakit hati dan bisikan nafsu syaitan. Tiada daya dan upaya bagi kita menjaga diri ini melainkan hanya dengan pertolongan Allah.

 

#3-I work effectively and efficently with others to achieve optimal result

Allah S.W.T memberi peringatan kepada hambanya, dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan haruslah bekerjasama dengan orang lain dan jika melakukan perkara yang mungkar, tindakan adalah yang sebaliknya.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.

(Surah Al-Maidah: 2)

Meringankan beban saudara lain bererti kita juga membantu diri sendiri kerana saudara seagama itu adalah saudara kita di dunia juga di akhirat.

Individu yang berfikir win-win sentiasa mahu melakukan bersama-sama dengan orang lain. Mereka akan bekerja secara efektif dan efisien dengan orang lain untuk mencapai hasil yang optimum. Mereka tahu saling menolong antara satu sama lain akan mengukuhkan hubungan dan mengelak dari perpecahan.

Individu yang berfikir win-win lebih suka memandang kehadapan (positif), tidak gemar membiarkan konflik berpanjangan seterusnya mencari solusi yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Daya Imaginasi yang Tinggi

Penyelesaian masalah memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk kita berfikir secara bijak dan kreatif. Keputusan yang diambil haruslah tidak berat sebelah.

Kajian dalam analisis tulisan tangan menunjukkan jika titik huruf ‘i’ terletak tinggi dari tiang ‘i’, individu itu digambarkan sebagai seorang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Individu yang berimaginasi tinggi berupaya menjana idea-idea baru. Idea yang diterbitkan dari imaginasinya adalah sesuatu yang kreatif dan berinovasi.

Ini contoh huruf i yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi:

 

Seperti yang diceritakan sebelum ini individu yang membentuk pemikiran win-win memilih jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak berbanding hanya satu pihak sahaja yang untung. Memiliki pemikiran yang win-win dan ditambah lagi dengan kebolehan untuk berimaginasi tinggi memungkinkan individu ini boleh menjangka permasalahan lain yang bakal timbul seandainya tiada jalan penyelesaian yang diambil pada masa sekarang.

Sangat susah untuk menjaga sesebuah hubungan itu berkekalan dalam harmoni jika hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh. Jadi, sangatlah diperintahkan kepada kita untuk sentiasa menjaga hubungan baik, melakukan kebaikan walau disakiti dan dizalimi. Mudah-mudahan dengan kebaikan yang diberikan, kebaikan lain yang akan kita perolehi. Sesungguhnya, tiada daya dan kuasa kita melainkan yang wujud hanya kekuasaan Allah S.W.T.

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari.

Admin.

Adakah anda memiliki daya imaginasi yang tinggi?

Anda memandang kehidupan dengan pandangan yang positif?

“Mari Mengenal Personaliti Diri & Sahabat Sekeliling Daripada Tulisan Tangan”

Info lanjut layari: http://graphology.com.my/the-powerful-secrets-of-handwriting/
Perlukan bantuan? Hubungi admin di 016-2223444