Penjenamaan diri bantu kita untuk STAND OUT dalam ramai-ramai kumpulan manusia di sekeliling kita. Bukan niat untuk popular apatah lagi membangga diri. Tetapi kita mahu mencontohi baginda Rasulullah S.A.W yang cukup dikenali sepanjang zaman atas keperibadian dan kejayaan baginda menyebarkan dakwah Islam ke serata dunia.

Tidak dapat kita berperang seperti zaman Rasulullah, tapi kita boleh berperang di medan perjuangan sendiri.  Kita tunjukkan akhlak yang baik, mengajak pada kebaikan insha Allah lama-lama akan jadi ikutan pada yang lain.

 

TIPS BRANDING & UPGRADE YOURSELF

#1-UPGRADE PENAMPILAN

Penampilan antara faktor luaran yang sangat mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap diri kita. The first impression.

Apabila kita bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali, kita dapat simpulkan gambaran imejnya sepantas 7 saat atau kurang daripada itu. Kemudian baru kita memutuskan untuk mendekati, menyapa, mendengar, menghormati atau sebaliknya tidak mengendahkan mereka.

“People See You First, Hear You Second”

Menjaga penampilan dan memilih pakaian yang sesuai dengan pembawakan diri kita.

Berpenampilan seperti yang dianjurkan dalam agama Islam boleh dijadikan panduan. Penampilan yang bersih, kemas dan menutup aurat adalah yang terbaik dan sudah pasti kita memberikan good impression kepada orang ramai.

 

#2-UPGRADE AKTIVITI SOSIAL

Bersosial adalah salah satu keperluan dalam hidup kita. Orang yang suka hidup sendiri juga akan bersosial. Tidak bercakap dengan manusia, dia akan berkomunikasi dengan haiwan seperti kucing. Hakikatnya, hidup akan sunyi sepi tanpa bersosial.

Aktiviti sosial ini boleh dipecahkan kepada dua kategori; offline dan online. Biasanya aktiviti sosial secara offline dapat dilihat dengan penglibatan diri dalam program kemasyarakatan seperti sukarelawan, program amal dan kebajikan.

Dalam kategori online, contoh mudah adalah laman media sosial. Ramai dalam kalangan kita ini suka share info dan like gambar dalam media sosial secara umum. Boleh jadi info tersebut adalah palsu dan mengaibkan orang lain. Secara tidak langsung, kita sedang menunjukkan pada orang lain karakter kita yang terburu-buru dalam tindakan dan suka membuka rahsia orang lain.

Adakah sesuatu yang bagus dan harus menjadi ikutan orang lain atas tindakan kita?

Yes, sharing is caring. However, sharing is also branding. You determine how you branding yourself

 

#3-UPGRADE TINGKAH LAKU

Tips #1 dan #2 tidak boleh berjaya jika kita tidak memulakan dengan upgrade tingkah laku. Boleh jadi kita menyamar dengan penampilan yang baik-baik bagi mengaburi pandangan orang lain. Berpura-pura aktif dengan program kebaikan sedangkan dalam hati melakukan kerana terpaksa.

Persoalannya, sampai bila kita mahu berperangai sebegitu?

Ambillah langkah berjaga-jaga, sebelum kita membiarkan diri hidup selesa dengan branding yang palsu. Jom kita berubah dan naik taraf tingkah laku kita supaya boleh seiring sejalan dengan penampilan dan kehidupan sosial kita. Kelak nanti, kita juga yang akan merasa bahagia.

Jom Hijrah Dengan Tulisan Tangan

Tulisan tangan adalah eksklusif dan hak milik peribadi kita sepertimana cap jari kita. Dalam kajian yang dijalankan oleh ahli grafologi iaitu mereka yang mengkaji rahsia di sebalik tulisan tangan manusia mendapati tulisan tangan adalah tulisan minda (brainwriting) hasil daripada minda separa sedar manusia.

Info lanjut layari: http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/

 

Usaha untuk mengetahui cara-cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan taraf diri adalah penting supaya kita tidak dicerca, ditindas, dihina dan dipandang rendah oleh orang lain. Hidup dalam keyakinan yang rendah akan membuka peluang untuk musuh menjatuhkan diri kita.

Wallahua’lam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

AKAN DATANG!

28 Julai 2018

“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”

Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply