Bergembiralah, itu hak anda. Hati ini hanya mahu bahagia. Bahagia itu akan sukar dicapai apabila di hati timbul rasa negatif, tidak mahu memberi apatah lagi memahami orang lain.

 

TIPS BEBASKAN PENYAKIT HATI

#1-Kita Mahu Dihormati & Disayangi,

Maka Hormati & Sayangi Orang Lain Terlebih Dahulu

Hormati dan sayangi orang lain terlebih dahulu. Itu pengorbanan yang kita perlu bayar bagi mendapatkan kasih sayang orang sekeliling. Akan ada orang kata “Kalau macam itu, baik aku hidup seorang dan tak perlu nak berkorban untuk orang lain”. Boleh, manusia boleh hidup sorang-sorang, tetapi selama manakah dia mampu? Sampai suatu ketika, pasti hatinya akan terjentik “Alangkah bahagianya jika aku tidak…”.

Walau kasih sayang orang sekeliling tidak besar mana impaknya pada diri kita, sekurang-kurangnya kita ada dua sumber kebahagian. Satu dari diri sendiri, dan satu lagi diberikan oleh orang lain. Bila satu hari kita kecewa dengan diri sendiri, kita boleh cari kegembiraan bersama orang lain.

Langkah pertama, kita sendiri yang harus mulakan. Menghormati dan menyayangi terlebih dahulu supaya orang lain dapat merasainya.

Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, alirkan rasa cinta antara kami agar saling mencintai keranaMu untuk menuju cintaMu yang sempurna dan hakiki

Sedangkan Allah tidak berkira untuk memberikan kasih sayang yang begitu banyak untuk hamba-Nya inikan pula kita yang tidak memiliki apa-apa melainkan rahmat dan kasih sayang-Nya. Sebar-sebarkan kasih sayang sesama manusia dengan nama Allah Ya Rahman Ya Rahim (Allah Yang Maha Pengsih Maha Penyayang).

 

#2-Kita Tidak Suka Orang Cakap Negatif tentang Kita,

Jadi Jangan Berkata Negatif Tentang Orang Lain

Banyak kerosakan dan kehancuran yang berlaku di sekeliling kita disebabkan kata-kata yang dikeluarkan daripada lidah.

Lidah adalah anggota kecil dari tubuh kita tetapi peranannya cukup hebat sehingga jika tidak dijaga boleh mendatangkan penganiayaan pada diri sendiri. Hubungan kemasyarakatan, perkahwinan, persahabatan dan percintaan boleh terpisah  disebabkan terluka dengan kata-kata.

Langkah kedua ini mudah, tetapi bergantung pada diri kita. Kali ini jangan anda mulakan dan membenarkan diri anda bersama dengan kumpulan ini. Mengejek, mengata, memfitnah dan perkara seumpamanya lagi mengundang kesukaan syaitan. Ibaratnya kita telah mengambil alih tugas mereka untuk memecahbelahkan manusia.

Allah S.W.T menyeru pada umat manusia untuk berkata yang baik supaya kata-kata tersebut dinilai seperti dakwah dan mendapat pahala kebaikan. Firman Allah S.W.T:

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia”

(Surah al-Israa’: 53)

 

Kadang-kadang tidak sedar, sepatah yang keluar dari mulut kita boleh menjadikan seseorang itu terluka sepanjang hayat. Berhati-hati dalam berkata dan janganlah kerana kata kita menyakiti orang lain.

 

#3-Fahami Diri Kita & Belajar Memahami Orang Lain

Langkah satu dan dua akan lebih mudah diuruskan apabila kita fahami dan kenali diri sendiri. Tahu di mana kekuatan, kelemahan, perkara yang boleh membuatkan kita gembira dan sebaliknya.

Cara yang boleh dilakukan bagi mengenal diri sendiri antaranya tuliskan perkara yang boleh memberi kegembiraan kepada kita “Saya adalah individu yang …..” dan tulis juga perkara sebaliknya yang menjadikan kita kecewa. Catatkan perkara tentang diri anda secara khusus fizikal, emosi, spiritual dan mental. Penting untuk dilihat dari setiap sudut supaya anda boleh tahu secara keseluruhannya kecenderungan anda adalah mengikut emosi, tindakan fizikal, spiritual atau mental yang mengawal diri anda.

Fahami diri sendiri boleh bantu diri kita untuk fikir yang positif, lakukan perkara yang hanya terbaik untuk diri kita dan tidak mendekati perkara yang boleh membahayakan diri sendiri.

Pentingnya memahami diri sendiri dahulu sebelum belajar memahami orang lain. Pengalaman yang pernah dilalui, akan memudahkan untuk meletakkan diri kita dalam situasi yang orang lain sedang hadapi. Jadi, kita tidak cepat menghukum dan meninggalkan prasangka buruk dalam diri kita.

Fahami kekurangan orang lain. Bimbinglah mereka dengan kasih dan bantu mereka memperbaiki kesalahannya.

 

Rahsia Tulisan Tangan: Mengenali Individu yang Sukar untuk Didekati

Individu yang sukar didekati sebenarnya susah untuk memberi kepercayaan kepada orang lain. Mungkin sikap itu terbentuk disebabkan oleh masa silam, pernah dikhianati dan ditipu oleh seseorang yang rapat dengan mereka.

Sikap anda yang meletakkan gap antara diri anda dengan dunia luar hanya akan merugikan diri sendiri. Contoh tulisan individu yang sukar didekati adalah seperti dibawah:

Jika loop bawah huruf g, j dan y sempit dan seolah-olah tiada, anda mungkin mempunyai ciri ini. Semak semula huruf g, y dan j anda.

Kepercayaan adalah kunci yang membenarkan sebuah perhubungan itu terjalin. Ketakutan didekati dan was-was untuk memberi rasa percaya hanya akan menjadi penghalang buat anda untuk bahagia.

Bebaskan satu persatu penyakit hati yang ada dalam diri kita. Semakin kita berjaya menepis rasa negatif, semakin kita hampir menggapai bahagia. Kenapa kita perlu bahagia? Sebab, hanya orang yang bahagia mampu memberikan kebahagian kepada orang lain. Spread the love…. 

Wallahu’alam. Biidznillah Ya Baari’

Admin.

 

“Anda tidak akan nampak kebahagiaan yang tersedia di sekeliling anda jika anda belum mengenali diri sendiri”

Jemput hadir ke:

“SEMINAR JOM HIJRAH DENGAN TULISAN TANGAN”

Info lanjut, klik:  http://graphology.com.my/seminar-jom-hijrah-dengan-tulisan-tangan/
Sebarang pertanyaan, hubungi admin di 016-2223444

Leave a Reply